Tips dan info penjagaan radiator .Part 2

Salam semua....




                  Untuk post kali ini saya akan membincangkan bab bab mengenai penjagaan radiator,atau tangki air.Sepertimana gambarajah dibawah,fungsi utama radiator adalah sebagai alat untuk menyejukkan bahagian enjin dimana air yang mengalir dalam enjin semasa ia sedang berfungsi akan melaluinya.Air akan melalui bilah bilah yang terdapat pada radiator sementara bahagian kipas yang terdapat dibahagian depan radiator akan membantu untuk menyejukkanya.Akan tetapi sistem penyejukkan melalui kipas tidak akan menjamin radiator tidak akan panas sekiranya terdapat mana mana bahagian pada radiator mengalami masalah seperti tersumbat akibat keladak karat kerana lama tidak diservis , masalah penggunaan coolant atau sistem penyejukkan kipas itu sendiri.



                                                                   RADIATOR


                       Radiator perlu diservis tiga atau empat bulan sekali.Anda tidak perlu mengeluarkan radiator dari tempatnya untuk melakukan servis secara manual(DIY).Cukup sekadar dengan membuka kunci atau nut atau keluarkan hose yang bersambung dengan tangki yang terdapat pada bahagian tepi bawah tangki itu dan biarkan air yang bercampur karat keluar terlebih dahulu.Kemudian buka penutup tangki atau radiator cap yang terdapat pada bahagian atas dan masukan air yang disambung pada paip air (getah paip).Setelah air melimpah dari tangki ,hidupkan enjin kereta anda dan perhatikan air yang mengalir keluar dari bawah  bersama karat menjadi berkurangan warna karatnya.Setelah itu matikan enjin dan pasangkan semula bahagian bahagian yang anda buka tadi.



                                                                   TOP COVER

                 Kebanyakkan penutup bahagian atas tangki radiator sekarang,diperbuat dari bahan plastik yang tahan panas akan tetapi mudah pecah.Tidak seperti keluaran dahulu yang boleh dikatakan kesemua bahagian penutupnya diperbuat dari tembaga.Oleh itu semasa anda memeriksa atau menambah air,pastikan tangan anda tidak menekan hose yang mengikat pada penutup tangki bahagian atas dengan kuat.Ini kerana ia mudah retak dan anda tidak perasan kandungan air akan berkurangan akibat kebocoran dari retakkan tadi.



                                                                KIPAS RADIATOR

                     Bahagian ini amat kurang kita perhatikan.Ini mungkin kerana ia sekadar kipas sahaja.Tetapi sekiranya kita abaikan penjagaannya,ia juga akan menjadi penyebab enjin menjadi panas.Anda harus pastikan kipas ini sentiasa berfungsi ketika anda melakukan perjalanan.Sebenarnya kipas ini akan berfungsi on off secara outomatic .Sekiranya anda malas mahu membuka bonet,cukup sekadar hanya mendengar sahaja bunyi kipas itu apabila enjin telah panas.Akan tetapi sekiranya enjin telah panas sekitar 5 minit dan tiada kedengaran bunyi kipas berpusing,segera matikan enjin dan cuba periksa pada bahagian kipas.Kerosakkan pada bahagian kipas hanyalah pada bahagian pendawaian atau motor kipas sahaja.




                                                           OVERFLOW TANK
  
                     Setiap radiator ada dibekalkan satu tangki bersebelahan yang diperbuat dari plastik untuk takungan air.Ia dikenali sebagai radiator overflow tank atau biasa kita panggil tangki spare.Tujuan penyediaan tangki ini adalah sebagai langkah berjaga jaga sekiranya berlakunya overflow.Jadi semasa anda mengisi air pada bahagian ini pastikan anda tidak mengisi terlalu penuh.Cukup dengan setengah bahagian sahaja untuk memastikan ada ruang apabila overflow berlaku.


COOLANT

                  Coolant adalah bahan kimia cecair yang berfungsi untuk menyejukkan dan menghalang bahagian enjin dari menjadi terlalu panas.Berbagai jenama coolant yang terdapat dipasaran.Dari yang murah hinggalah yang mahal.Bergantung kepada kemampuan dan kemahuan anda untuk menjaga prestasi enjin kereta.Tapi perlu diingat, untuk jangka masa panjang,ia akan mengakibatkan pereputan pada bahagian bahagian dalaman enjin yang diperbuat dari bahan alumunium terutamanya pada bahagian laluan air pada cylinderhead.Ini akan menyebabkan salah satu  perkara berikut mungkin berlaku.Minyak bercampur air atau air bercampur minyak akibat penggunaan coolant.Itu bergantung kepada kepercayaan masing masing kerana ini adalah dari pengalaman saya sendiri dalam mengenalpasti punca kerosakkan pada cylinderhead.



                                                               
                                                                      PEREPUTAN

                Pereputan melalui asid dari bahan yang terkandung dalam coolant juga boleh menyebabkan kandungan air berkurangan kerana ia akan keluar melalui ruang ruang kecil dari pereputan tadi .Akibatnya gasket akan rosak dan akhirnya overheatting akan berlaku.


Sehingga jumpa lagi ...


Comments (7)

::Mastura Zakaria::

11 Oktober 2012 pada 2:34 PTG

memang suka ambik tau bab enjin kereta.

Unknown

11 Oktober 2012 pada 8:29 PTG

Oh ye ke....memang jarang orang perempuan berminat bab bab enjin ni.Terima kaseh atas komen anda

Tanpa Nama

1 April 2013 pada 11:35 PTG

Nk tye....np bile drive temperture turun xnaek langsung...sllu normal bwah skru...kire mcm temperture xbce btol...pe pnce ye....

Unknown

3 April 2013 pada 10:10 PTG

Cuba periksa soket wayar yg menghubungkan kebahgian maningfull.

sirsucre|Tech

6 April 2014 pada 4:26 PTG

Nak tnya,temperature naik bila jln jem..tp bila kreta brgerak(jln x jem dn straight),tmperature x naik pulak..karat mmg byk la.. Blh x coolant+air paip?

Unknown

21 September 2018 pada 10:40 PTG

Nak tanya Napa tangki spare saya asik keluar air saja bila SDH start sampai air dlm tangki kering plase

Unknown

6 Mac 2020 pada 10:12 PG

nak tanya...apa resikonya Kalau tukar radiator cap R126,108kpa,1.1 kepada R124,88kpa,0.9 untuk proton persona elegant 2012

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian