Masalah kenderaan dan tips penyelesaian part 1

Salam semua.....


              Mengenal pasti dan membaik pulih sesuatu masalah pada kenderaan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kelancaran kenderaan dan keselamatan diri andaJadi.dalam entry kali ini saya akan cuba senaraikan beberapa masalah atau punca punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan agar dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk menangani masalah yang timbul.Untuk permulaan saya akan bincangkan masalah masalah yang berpunca dari bateri dan yang bersangkut paut dengannya.


  1. BATERI

Bateri jenis basah



   
                                                                    Bateri jenis kering


  • Jangka hayat bateri biasanya akan dapat bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja.Mungkin ia akan bertahan lebih lama lagi sekiranya penjagaan air bateri di titik beratkan berbanding penggunaan bateri dari jenis kering.Anda perlu memeriksa kandungan air bateri sekurang kurangnya seminggu sekali.Pastikan level air berada pada paras tengah antara dua garisan yang terdapat pada bahagian tepi bateri.Anda perlu memeriksa lebih kerap lagi sekiranya terdapat tanda tanda seperti lampu tiba tiba menjadi terang/malap,power window /cermin sisi seakan berat untuk naik,jam pada dashboard menjadi malap.Cara lain yang paling mudah cuba hidupkan wiper atau pengelap cermin kereta anda ketika enjin kereta tidak dihidupkan.adakah ia berfungsi seperti biasa atau seakan akan berat untuk ia bergerak.


                                                                     Alternator


  • Sekiranya bateri tidak dapat bertahan lama walaupun ia baru diganti,pasti berpunca dari Alternator yang  telah rosak.Dalam keadaan rosak ia cuma  berfungsi  menerima bekalan daya elektrik dari bateri tetapi tidak dapat untuk  mengecas semula bateri semasa enjin dihidupkan.Untuk memastikan samada alternator rosak atau tidak cuba anda cabut kedua dua cable positif dan nagetif pada bateri dalam keadaan enjin hidup.Bermula dengan cable nagetif dahulu.Sekiranya enjin mati bermakna alternator memang rosak dan perlu diganti.Akan tetapi untuk memastikan alternator betul betul rosak anda boleh pastikan dengan cara menguji dengan menggunakan alat yang dikenali dengan nama Multimeter atau multitester.


                                                                         Multimeter



  • Mula dengan setkan multimeter ke voltan DC (arus terus),sambungkan wayar multimeter ke bateri mengikut tanda positif dan nagetif.Bacaan normal pada bateri yang berkeadaan baik adalah sekitar 13V hingga 14V.Akan tetapi sekiranya bacaan pada multimeter tadi kurang dari itu bermakna kuasa yang tersimpan pada bateri telah berkurangan berpunca dari alternator yang hanya menerima bekalan elektrik tetapi tidak dapat membekalkanya semula.




Penyelarasan belt alternator


  • Anda juga perlu pastikan ketegangan talisawat atau alternator belt dalam keadaan yang betul.Sekiranya terlalu kendur,alternator tidak dapat membekalkan arus elektrik yang menepati tahap yang diperlukan untuk mengecas bateri.Sekiranya terlalu tegang ia akan menyebabkan arus yang berlebihan pula dimana ia akan memutuskan fius fius dari jenis Blade type yang tidak mampu menerima arus yang berlebihan.


                                                                     Fius (Blade type)




  • Sekiranya anda telah menukar fius kepada yang mampu menerima voltan yang lebih tinggi,ia akan menyebabkan mentol mentol yang bervoltan rendah pula yang akan terbakar.Kebakaran pada wayar wayar juga mungkin akan menyebabkan berlaku litar pintas dimana  ia akan mengakibatkan kerosakkan dari segi pendawaian kenderean anda.Oleh itu adalah tidak digalakkan untuk mengubahsuai pada mana mana fius terutama dari jenis ini kerana pengubahsuaian dengan cara melilitkan dawai sebagai alternatif tambahan adalah bahaya kerana kita tidak tahu bilangan voltan yang terkandung pada setiap lilitan yang kita lakukan. 

PENYELESAIAN MASALAH

Manual.




                                                                 JUMPING CABLE
  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian manual,anda hanya perlu jumper sahaja dengan bantuan dari kenderaan lain sekiranya anda memandu berseorangan,
  • Sekiranya anda membawa penumpang,minta tolong dari mereka untuk menolak kereta anda,sementara anda mengawal kenderaan anda dengan menekan clucth dan masukan gear pada kedudukan satu.Lepaskan clucth bila kenderaan anda telah bergerak agak laju.
  • Adalah satu bonus untuk anda sekiranya kereta anda berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk memudahkan anda menggerakkan kereta tanpa bantuan orang lain.
Auto

  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian auto,anda tidak boleh melakukan apa apa kecuali meminta pertolongan orang lain untuk melakukan proses jumper.

Kita akan sambung bab punca punca kerosakkan  pada bahagian akan datang.....tunggu.

 
     

Comments (10)

admin

12 Oktober 2012 pada 2:31 PG

terima kasih kerana berkongsi.. saya kurang mahir pasal buat kenderaan ni..

Unknown

12 Oktober 2012 pada 9:13 PG

Terima kaseh juga diatas komen anda.Blog ini sekadar panduan asas sahaja kepada sesiapa yang ingin ambil tahu.

Tanpa Nama

27 Ogos 2013 pada 4:26 PTG

Thanks! :)

Tanpa Nama

17 Mei 2014 pada 7:17 PG

Salam..nak tya masa gunakan maltimeter nak chek bateri adakah wayer bateri perlu di cabut dahulu negatif dan fositinya..

Tanpa Nama

17 Mei 2014 pada 7:24 PG

nak tanya sikit..semasa mencabut wayar nagatif semasa dihidupkan..ok selepas itu..di matikan kereta atau kereta masih hidup semasa memasang semula wayer bateri

Unknown

13 April 2015 pada 1:03 PG

Mcm mana dy nk jd pomeb haa?

Unknown

13 April 2015 pada 1:04 PG

Saya daa buat tp x jd apa2 pon..abg menipu kew?

Unknown

13 April 2015 pada 1:04 PG

Saya daa buat tp x jd apa2 pon..abg menipu kew?

Unknown

13 April 2015 pada 1:04 PG

Mcm mana dy nk jd pomeb haa?

Unknown

22 Februari 2016 pada 12:48 PTG

jelaskan kerosakan yang sering berlaku pada bateri kenderaan

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian