Proton Gen2 :Adjustment hydraulic tappet

Salam semua....


                   Dalam entry  sebelum ini , saya ada menerangkan secara asas bagaimana setting adjustment tappet untuk kenderaan proton Gen2 dilakukan.Mungkin masih ada yang keliru atau masih kurang faham bagaimana cara cara yang sebetulnya untuk membuat setting pada cyliderhead dari jenis ini.Sebenarnya entry ini hanyalah untuk mereka mereka yang masih tercari cari panduan bagaimana untuk mengatasi bunyi bising yang terjadi secara tiba tiba atau selepas membuat adjustment tappet.Ini kerana setiap kali bila saya masuk ke ruangan dashboard bahagian statistik dan carian kata kunci,kenderaan Gen2 paling banyak tertera.Jadi dientry ini saya akan tunaikan carian mereka semuga ia akan lebih memudahkan tanpa membuang masa mencari dengan menggunakan kata kata kunci yang pelik pelik.




PROTON GEN2

                    Sebagaimana kebiasaan pada bab bab penjagaan enjin kereta,pemeriksaan minyak pelincir atau minyak hitam mesti diutamakan.Sekiranya tiada penjagaan yang betul,ia akan memberi kesan bukan sahaja pada utama enjin,malah akan memberi kesan pada komponen komponen pada bahagian cylinderhad terutama pada liftervalve yang bersistem hydraulic.Sekiranya kotoran memasuki bahagian itu,ia akan menyebabkan bahagian tertentu akan tersumbat dan dengan itu ia akan menghasilkan  bunyi yang agak kurang menyenangkan bila kita mendengarnya.Oleh itu utamakan penjagaan minyak enjin.Tukar bila tiba waktunya.



Cylinderhead



.Diatas adalah imej cylinderhead Gen2 yang telah dikeluarkan dari enjin blok.Saya pinjam dari Mudah.my sebab gambar kepunyaan saya tidak berapa jelas.Dalam bab ini saya akan membincangkan tentang membaik pulih pada bahagian liftervalve yang bermasalah sahaja tanpa perlu membuat top overhaul.Cukup sekadar membuang minyak enjin terlebih dahulu,kemudian buka head cover , camshaft dan timing belt.Setelah kesemua dikeluarkan,ia akan berkeadaan seperti di atas.Cuba bersihkan sisa sia minyak enjin yang terdapat pada nya dengan cara mengelap sahaja agar memudahkan untuk anda membuat kerja kerja pengeluaran liftervalve.



                                                                         Liftervalve



Diatas adalah imej Liftervalve.Sebelum anda keluarkan kesemua 16 liftervalve,pastikan anda telah membuat tanda urutan 123 pada intake dan ABC pada outake bermula dari arah timing belt.Tekan satu persatu sekuat mungkin pada bahagian tengah yang kelihatan seperti tombol itu.Sekiranya ia tenggelam atau ada seperti tindak balas spring,bermakna liftervalve itu bermasalah.Sekiranya ia berkeadaan keras apabila ditekan sekuat mungkin bermakna Liftervalve itu berkeadaan baik.Cuba kesemuanya dan asingkan mana yang bermasalah tadi untuk dibuat pemeriksaan punca kerosakkanya.Proses seterusnya ialah membuang kandungan minyak yang terdapat dalam Liftervalve dengan cara menghempaskanya pada permukaan yang rata dan keras seperti pada sekeping plate tebal.Lihat cara untuk mengeluarkan bahagian tombol pada Liftervalve.AWAS...jangan sampai bahagian tombol keluar dalam keadaan berterabor.





                                                                   ARAH KETUKKAN


Dibawah adalah imej Litervalve dan part part yang berada didalamnya yang telah dikeluarkan dengan cara seperti gambarajah diatas.



KANDUNGAN



Kandungan minyak juga perlu dibuang pada yang bertanda no. 1.Sementara yang bernombor 2 adalah ball beareng yang berfungsi untuk mengawal kemasukan mimyak.Jangan kehilangan ball beareng itu kerana sukar untuk mencari gantinya.Bahagian yang sering berlaku kerosakkan ialah pada bahagian spring kecil yang berada antara no 1 dan 2.Kadangkala ia patah menyebabkan ia tidak dapat berfungsi untuk menahan minyak dari keluar  apabila camshaft menekan permukaan liftervalve.Ini menyebabkan clearence antara liftervalve dan camshaft agal besar dan ia akan berlaga sesama sendiri yang menyebabkan terhasilnya bunyi bising.Dibawah adalah imej liftervalve yang telah dibersihkan kandungan minyak yang terdapat didalamnya.Pastikan ia betul betul bersih.





SETELAH DIBERSIHKAN


Setelah siap proses membuang minyak dari Liftervalve,pasang semula kesemua part part yang telah dikeluarkan tadi.Cara untuk memasang semula ialah dengan cara menekan masuk dengan berhati hati.Peringkat permulaan ialah dengan memasukan semula spring ke dalam part yang bertanda 2.Setelah itu masukan semula ke dalam part yang bertanda 1.Untuk lebih memudahkan anda lihat lakaran gambarajah dibawah.


Pemasangan semula Liftervalve part


Pasangkan semula kesemua 16 liftervalve yang telah siap di install kedalam Cylinderhead,dan pasangkan semula kesemua part part cylinderhead.Setelah siap isikan semula minyak pelincir yang anda keluarkan tadi....hehehe jangan lupa pulak.Start enjin kereta anda dan anda akan dengar bunyi bising dalam beberapa saat.Jangan risau kerana liftervalve dalam proses pengisian minyak semula setelah anda membuangnya tadi.Siap dan selamat mencuba.

Jumpa lagi....






Comments (38)

F.O.S.S.I.L

6 Disember 2012 pada 8:43 PG

Terima kasih tuan...saya dah mencuba untuk mencerai kan tappet..berjaya jugak akhir nya....info yang amat berguna untuk sesiapa yang baru nak belajar pasal enjin.....

Unknown

6 Disember 2012 pada 1:50 PTG

Semuga ia dapat memberi manfaat pada semua.Terima kasih

Ali

22 Julai 2013 pada 11:51 PTG

Salam bro. Kalau spring tu didapati patah atau dah melekat, nak buat macam mana ya? Kedai spare spart ada jual ke berasingan? Atau kena beli satu lifter? Terima kasih.

Ali

23 Julai 2013 pada 8:03 PG

Salam bro. Betul ke lifter boleh menyebabkan valve belaga dgn piston? Sy kena dah dua kali semasa menggunakan hi duration camshaft pada campro cps sy. Kali pertama sy salahkan valve floating pada rpm tinggi. Tapi kali kedua terjadi pada rpm 3000 gear 5. Kelajuan hanya lah 100kmh sahaja. Mohon pencerahan dari bro. Terima kasih.

Unknown

23 Julai 2013 pada 7:04 PTG

Salam kepada Ali....maaf diatas kelewatan membalas komen saudara.Untuk soalan pertama ,kalau spring itu rosak atau patah,ia harus diganti.Memandangkan keluaranya terhad ada baiknya saudara membeli dalam satu lifter dan gantikan lifter yang lama dengan yang baru.Jadi tidak perlulah saudara bersusah payah untuk membuka dan memasang semula spring pada
lifter yang lama.Untuk soalan kedua,sebelum saudara menukar camshaft kepada yang lebih high ,pastikan ukuran lube pada camshaft tidak terlampau tinggi.Sekiranya ini berlaku ia akan menekan lifter dan valve lebih tinggi dari kedudukan asal.langkah yang kedua ,saudara perlu membuang semua kandungan minyak yang terdapat dalam lifter terlebih dahulu agar ia boleh diselaras semula mengikut kesesuaian camshaft semasa saudara menghidupkan enjin.Ini sahaja yang serba ringkas yang boleh saya bantu melalui ruangan komen.Harap dapat membantu.

Ali

25 Julai 2013 pada 6:32 PTG

Terima kasih bro. Baru sy paham n tahu skarang. Dua kali terjadi. Skarang dah tahu, boleh lah sy pasang semula high cam sy. Terima kasih bro.

Tanpa Nama

2 September 2013 pada 12:34 PG

Salam..mohon pencerahan..kalau tekan tombol liftervalve dia keras tanpa tindak balas bermakna ianya berkeadaan baik kan..perlu ker saya keluarkan tombol untuk proses pembuangan minyak dalam liftervalve berkenaan..atau saya boleh terus pasang, ada tak berkemungkinan ianya akan berbunyi bising kembali?sebab saya punya bunyi kuat, saya sudah dapatkan lifter valve terpakai..perlu ker saya cuci(buang minyak dalam liftervalve) atau boleh terus ganti sahaja.

Unknown

2 September 2013 pada 11:02 PG

Salam saudara....sekiranya saudara menggunakan liftervalve yg terpakai ,kandungan minyak mesti dibuang terlebih dahulu kerana kita tidak pasti berapa tinggi tombol itu keluar.Bimbang sekiranya ia keluar berlebihan,ia akan menyebabkan valve tidak tertutup rapat dan akan menyebabkan kebocoran disitu.Begitu juga sebaliknya,sekiranya ketinggian tombol berkurangan ,ia kan menyebabkan bunyi bising kerana terdapatnya keregangan antara liftervalve dengan valve.Lebih senang jika saya katakan sekiranya kita beli liftervalve yg baru tentu ia dalam keadaan kosong tidak berminyak kan...jadi mustahil untuk kita mengisi sendiri.Jadi kita akan terus pasang dan biar ia dilaras sendiri secara outomatic.Terima kaseh atas pertanyaan saudara.

Tanpa Nama

2 September 2013 pada 10:25 PTG

haha betul tekaan saya..cuma nak kan kepastian jer..lagi satu..biasa lifter valve akan senyap selepas tukar miyak enjin dan lama kemudian dia berbunyi kembali..adakah liftervalve tersebut rosak@kotor atau saya salah pilih minyak enjin?saya biasa tukar minyak enjin 10w 40..terima kasih atas komen tuan diatas.

Unknown

2 September 2013 pada 11:38 PTG

Kebiasaannya lifter valve tidak banyak menimbulkan masalah lain kecuali bunyi bising sahaja.Ia akan senyap disebabkan kelikatan minyak enjin yang baru.Setelah lama kelamaan ia akan bising semula disebabkan sememangnya sudah terdapat sedikit keregangan antara lifter dengan valve akibat tombol yang keluar sudah mencapai tahap maksimum setelah lama digunakan. Valve perlu diganti atau dilaras semula dengan cara memotong valve atau valve seat(graindvalve)untuk memastikan kedudukan valve turun semula pada kedudukan asal.Harap harap saudara tak pening ye dengan penerangan ini....hihihi

Unknown

9 Februari 2014 pada 7:27 PG

Valve tu yg mana 1 boss

Unknown

9 Februari 2014 pada 7:27 PG

Valve tu yg mana 1 boss

Unknown

22 April 2014 pada 10:20 PTG

Terlalu umum soalan tu.....kalau dalam liftervalve,tombol yg terkeluar dlm lifter itulah yg dipanggil valve.

Unknown

19 Mei 2014 pada 5:29 PTG

tuan,

tuan ada bengkel sendiri ker??
klu ada.. saya nak hantar kereta utk tuan periksa teppet keta saya nie.. mengganggu lah bunyi dia..

Tanpa Nama

5 November 2014 pada 1:14 PTG

kalo beli lifter baru maka tak perlua la potong valve kan..mcmtu ke?

Tanpa Nama

9 November 2014 pada 11:30 PG

Assalamualaikum bro, sya ada msalah dgn bunyi knocking pda shim tappet gen 2 sya. Sya tnya pomen dy ckp kna tukar oil pump, dy kta myk xsampai. Tpy sya tgk myk percik byk. Perluka sya tkar oil pump atau ikot cra bro tulis di atas? Harap blz, trima kash bro.

Norasfauza bt sulong

27 November 2015 pada 8:19 PTG

Salam bos boleh mtk no telifon tak sng sy nk bg video keadaan bunyi kereta sy tu....

Unknown

11 Februari 2016 pada 9:21 PG

Salam bos...kedudukan lubang minyak lifter tu cmne???ade kah direct lubang oil lifter o kne kedudukan atas???

Unknown

4 Mac 2016 pada 9:50 PTG

Salam.

Sy mngalami mslh:
1. Rpm jatuh mdadak jika aircond d hidupkn (kdg2 mmbuatkn enjin mati swaktu kreta sdg bgerak)
2. Rpm tidak steady smasa kreta brada dlm free gear (lebih teruk jika aircond d hidupkn)
3. Enjin semput stiap kali kreta mula bgerak sma ada maju atau undur
4. Bunyi knocking yg kuat smasa pedal gear d tekan swaktu kndraan sdg bgerak (bunyi knocking tdak jelas/tdak kdengaran swaktu free gear)
5. Bau asap exzos yg kurg mnyenangkn

Saya sudah mlakukan:
1. Pnukaran spark plug
2. Pnukaran fuel filter
3. Pnukaran air filter
4. Top overhaul stahun lebih yg lepas
5. Servis minyak 10/40

Adakah sy mngalami mslah valvelifter atau tappet? Adakah prlu pnukaran valve atau hnya mlakukan valvelifter adjustment? Prlukah sy mlakukan top overhaul?

Sy sudah mlakukan pmeriksaan computer diagnosis d proton centre n hsil nya ialah pmbakaran d silinder 2 dan 3 mngalami mslah. Mohon bantuan dan pcerahan.

Unknown

4 Mac 2016 pada 9:51 PTG

Mohon bantuan

jay gen2

7 Mac 2016 pada 2:06 PG

as salam encik.. sya guna proton gen2 auto 2006.. sya nk tanye minyak engine jenis ape yg bagus untuk engine kete sya

Ali

7 Mac 2016 pada 12:27 PTG

Kepada Fety fatiha, cuba tukar ignition coil dahulu. murah saja. rm 120 ++..pastikan kabel spark plug mengikut urutan yg betul seperti yg tertera pada ignition coil..

Unknown

12 Mac 2016 pada 7:27 PG

Utk makluman, sy sudah mnggunakn cable plug n distributor plug yg d pinjam dr kwn yg mnggunakn kreta yg sma. Dan keadaan nya tetap sma.

Unknown

18 April 2017 pada 8:41 PTG

Tuan #Dhinai adnan As salam wbt. Sya ada masalah bunyi enjin yg pelik. Saya ada rakamkan bunyi tersebut. Sekiranya bole, mohon jasa baik tuan wtspp sya di talian 0138703502 untuk sya sent audio bunyi tersebut kepada tuan utk kenalpasti bunyi itu.Tk tuan

Unknown

22 Julai 2017 pada 1:24 PTG

smua filtervalve di tukar dgn baru tapi bunyi masih ada.langsung tiada perubahan. mohon penjelasan

Unknown

22 Julai 2017 pada 1:24 PTG

smua filtervalve di tukar dgn baru tapi bunyi masih ada.langsung tiada perubahan. mohon penjelasan

Unknown

22 Julai 2017 pada 1:24 PTG

smua filtervalve di tukar dgn baru tapi bunyi masih ada.langsung tiada perubahan. mohon penjelasan

harryugah

26 Mac 2018 pada 9:49 PG

salam..nak tanya kalau lifter valve tercampur x bertanda masa kena buka..x ada masalah ke klau pasang semula sebab x ikut urutan

harryugah

26 Mac 2018 pada 9:58 PG

mohon bantuan terima kasih

Unknown

28 Jun 2018 pada 5:00 PTG

Pelu ke saya menukar Liftervalve setelah berusia 10 tahun. Enjin bunyi kasar. Bengkel Kata kena grainvalve?

Unknown

24 Julai 2018 pada 2:16 PG

Salam. . Kalau tukar lifter valve yang baru.. Perlukah lifter valve itu di service atau terus pasang? Mohon pencerahan.

Unknown

13 Disember 2018 pada 10:50 PTG

Salam tuan . macamane kite nak tahutahu kedudukan lifte valve jika kite tak tanda 123??

Unknown

14 April 2019 pada 12:09 PTG

Tbaik

Unknown

28 April 2019 pada 1:57 PG

Salam tuan bagai kalau semasa buka lifter valve smua da tcampur dan tade tanda 123..bagai nak susun semula kedudukan tu?? Mohon pcerahan. ..

Unknown

3 Julai 2019 pada 12:16 PG

Assalamualaikum tn sy dh tukar leftervavle baru tp masih berbunyi bising kurang sedikit daripada asal adakah ada masalah lain tolonggghgg tn

Unknown

7 Februari 2020 pada 10:11 PTG

Gen2 sy dulupun ade bunyi teppet yg kuat. Mcm2 bengkel dh masuk tp bnyi xhlg. Dlm 3thun lpas 2 kbetulan tukar oilsum pan sbb bocor slalu offroad😅. Rupe2nye paip sdut myk dlm oilsum xrapat/ade gap, balut paip dgn whitetape baru pasang kt oilsum pan. Alhamdulillah smpai skg teppet dh xbnyi. Teppet bunyi sbb xcukup myk rpenye.

Unknown

29 Julai 2020 pada 2:57 PTG

slam tuan, sya ada kereta gen2,gen2 sya ni kekeringan minyak hitam, lps tu htr la pergi workshop, workshop btbgenerel ovohol, tapi bila sdh siap buny bising dtg, tek tek zek, mcm tu la bunyi dia. adakah shim dia jem, dan blh servis ke shim dia tu, dan perluk ke sya htr ke enjenering utk seting balik, minta pencerahan tuan..

Unknown

15 November 2021 pada 9:44 PG

Bantuan brpa kos nak tukar 1 set tappet utk proton gen 2

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian