Khasiat 7 mubin dan ayat 65 surah Yasin.

Salam semua....

                                        

          Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al Quran itu ialah Yasin..Barang siapa di antara kamu membaca surah Yasin,nescaya Allah akan menuliskan pahala kepadanya seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sebanyak 10 kali." 
         

                             

        Sepertimana sabda Rasullullah s.a.w berkenaan khasiat dan fadhilat membaca surah Yasin,Banyak lagi kegunaan yang boleh diperolehi hasil dari bacaan surah Yasin ini.Tentu anda semua lebih maklum tentang kelebihan bila membacanya.Di sini saya ingin kongsikan bersama tentang satu kelebihan ayat"mubin"yang  terkandung dalam surah Yasin .Di dalam surah Yasin terdapat 7 tempat  dimana terdapatnya perkataan ayat "Mubin".Ia terdapat pada ayat 12,17,23,47,60,69 dan77.

         Kepada sesiapa yang kehilangan barang berharga....ingat yang berharga sahaja, dan berniat untuk mendapatkanya semula ,adalah digalakan agar anda membacakan surah Yasin dalam kadar segera iaitu dalam tempoh 24 jam.Kita hanya berusaha dan hanya Allah yang menentukan.Jadi berdoalah dan bertawakkal agar Allah memperkenankan permintaan kita selepas kita selesai membacanya.

         Dalam kadar segera bacalah surah Yasin sehingga tiba ayat "mubin" yang pertama,berhenti dan berdoa apa yang kita ingin pohonkan.Selesai berdoa,baca semula ayat pertama tadi sehingga jumpa pada ayat "mubin" yang kedua,berhenti dan berdoa.Begitulah seterusnya, selesai berdoa baca dari ayat pertama hingga jumpa ayat "mubin" yang ketiga dan berdoa semula.Ulang sehingga sampai ayat "mubin" yang ketujuh,berdoa dan ulang bacaan sehingga selesai.

       
         Selain dari itu, kaedah ayat ini juga boleh digunakan untuk tujuan:

  • Memanggil kembali anak yang melarikan diri dari rumah
  • Melindungi diri dari fitnah atau di zalimi manusia.
  • Pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan
  • Dibacakan pada pesakit yang sedang tenat(dibacakan pada air dan diminum oleh pesakit) 

          Selain dari itu,Surah Yasin juga boleh digunakan untuk mengetahui siapa yang telah menzalimi diri kita.Contohnya seperti sihir,santau atau apa apa sahaja yang berniat tidak baik kepada diri kita.Caranya ialah:


  • Mengambil wudhuk terlebih dahulu.
  • Membaca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 kali.
  • Baca surah Yasin ayat 65 secara berulang kali diwaktu malam sehinggalah anda tertidur.Sambil membaca,berdoalah semuga Allah memberi petunjuk kepada kita.Pastikan anda tertidur dalam keadaan berwudhuk.


        Itulah salah satu diantara kelebihan surah Yasin.Semuga anda mendapat manfaat darinya.Insyaallah



Comments (7)

Tanpa Nama

23 Julai 2013 8:40 PG

dalilnya ga disertakan berarti amalan tsbt adalah bid'ah dholala...

dhinai adnan

23 Julai 2013 7:34 PTG

Saudara tanpa nama....adakah melakukan sesuatu perkara yang baik walaupun tanpa dalil dianggap bid'ah...?harap beri dalilnya.Terima kaseh

saida

2 Disember 2013 10:23 PTG

Boleh x bcaan ini btujuan utk lembut hati seseorg yg ego dgn kita.

dhinai adnan

21 Disember 2013 8:03 PG

Bergantung pada niat kita asalkan ianya untuk kebaikan dan bukan untuk memudaratkan orang lain.

khadimatulquran

12 Februari 2014 10:51 PG

Bukan bid'ah dholalah, tp bid'ah hasanah...kena fhm btul2 dl apa makna dholalah, hasanh adalah yg baik, dholalah pula adalh yg sesat...buat amalan baca surah yasin diktakn dholalah?? selebihnya bertanyalh kpd ustz atau mereka yg ahli dlm ilmu Alquran, wallahua'lam...

Tanpa Nama

14 Mac 2014 10:33 PG

mudahan kita semua diampuni Alloh... jangan kita mudah menyatakan bid'ah dholalah karena setiap amalan yang baik Atau hasanah buat kita sekalipun gak berdalil Tetap nilainya ibadah ingsyalloh...

Tanpa Nama

17 Mac 2014 9:50 PTG

Bacaan yaasin 7 mubin untuk mengembalikan barang yang hilang dalam kadar segera iaitu dalam tempoh 24 jam,semua itu pendapat kurang tepat,walaupun kehilangan itu telah berlalu 3 bulan sekalipun,kalau kita benar2 yakin dengan solat hajat & yaasin 7 mubin pasti kita berjaya walaupun barang yg hilang tidak dapat sekurang2nya sipencuri kepanasan dan mengaku dan akhirnya kena tangkap.pokokny yakin

Wikipedia

Hasil carian