Salam blogger semua...
Tempe....Itu tajuk entryku malam ini.Siapa yang tak pernah makan tempe atau melihat tempe.Kalau ada tak tau ,tak tahu lah aku nak kata apa.Ketinggalan zaman kot.Pada aku tempe ni memang sedap dan ia mempunyai khasiat dan citarasa tersendiri.Walaupun proses membuatnya agak leceh namun ia amat berkhasiat kerana ia diperbuat berasaskan kacang soya.Tiada campuran bahan kimia,tiada bahan pengawet dan yang paling istimewanya cara proses membungkusnya masih kekal dengan cara tradisional,menggunakan daun pisang sebagai pembungkus.
Inilah tempe
Bercakap mengenai cara pembungkusan tempe,sekarang ini memang banyak terdapat dimana mana tempat terutama dipasar pasar malam,Market dan kadang Super Market,tempe dibungkus dengan menggunakan berbagai cara.Ada yang dibungkus dengan menggunakan plastik,daun ketapang atau kertas yang biasa digunakan untuk membungkus nasi lemak.Namun bagi aku ,cara pembungkusan seperti ini akan menyebabkan keaslian dari segi rasa tempe itu sudah jauh berbeza kerana ia bersifat segera
Arwah nenek aku dulu juga pernah mengusahakan perusahaan membuat tempe,tapi secara kecil kecilan.Dan sekarang ia telah menurun kepada mak aku.Jadi sempatlah aku mempelajari sedikit sebanyak bagaimana proses proses membuat tempe dilakukan.Jadi malam ni aku bermurah hati untuk berkongsi pengetahuan bagaimana proses membuat tempe ini dilakukan dari peringakat permulaan hinggalah ia siap untuk dijual atau dijadikan sebagai bahan masakkan.
Kacang tempe dengan kacang soya adalah berbeza.Kacang soya digunakan untuk membuat air soya,tauhu atau tauhu kering.Kacang tempe adalah kacang tempe dan ia berbeza sedikit dengan kacang soya dari segi saiz.Ia berbentuk bulat dan lebih kecil sedikit berbanding kacang soya.Kacang tempe ini akan direbus terlebih dahulu bertujuan untuk melembutkan kulit kacang tadi.Kemudian ia akan dibiarkan terendam selama satu malam.Hari yang kedua, proses membersihkan dan menukar air dilakukan dan rendam satu malam lagi.Begitulah seterusnya hinggalah hari yang ketiga ,kacang tadi akan dicuci dan dibuang kulitnya.Setelah kulit dibuang proses merebus semula akan dilakukan.
Setelah proses campuran tepong beras dan ragi
Siap proses merebus,kacang akan ditapis airnya dan dikeringkan.Setelah agak kering,sedikit tepung beras dengan kadar 5:1 dan sedikit ragi akan digaul bersama kacang tempe tadi.Bercakap mengenai ragi ni,aku tak pasti dari mana asalnya.Ia bukan dari jenis ragi ragi yang terdapat dipasaran.Ia adalah turun temurun dari arwah nenek aku dimana ragi tu telah terdapat pada daun koko yang telah dikeringkan melalui proses jemuran. Aku akan ceritakan bagaimana ragi ni terhasil melalui proses pembungkusan tempe nanti.Setelah siap proses campuran tepung beras dan ragi dilakukan,maka bermulalah proses membungkusnya pula.
Daun koko untuk dijadikan ragi
Proses membungkus kacang tempe

sukatan kacang tempe
Dengan menggunakan daun pisang sebagai pelapik utama,paling elok menggunakan daun pisang abu kerana ia tidak mudah pecah bila dilipat.Kacang tadi akan dibungkus mengikut sukatan genggaman.Tidak memerlukan alat sukatan bila sudah mahir Kalau dahulu tali untuk mengikat tempe yang telah siap dibungkus diperbuat dari kulit pokok pisang yang telah dikeringkan.Tapi sekarang lebih mudah dengan menggunakan getah gelang sahaja.Untuk mendapatkan ragi ,daun koko dengan anggaran lima atau enam keping akan dijadikan sebagai pembungkus kacang tempe menggantikan daun pisang.Terserah pada kita berapa banyak ragi yang kita ingin buat sebagai bekalan untuk membuat tempe yang akan datang. Setelah siap proses membungkus,ia akan dibiarkan selama tiga hari untuk ia betul betul telah menjadi tempe atau kata lain ia telah cukup masak.Setelah itu terserahlah samada untuk dijual atau dimasak mengikut selera masing masing.
Sekian
Comment (1)
7 Oktober 2012 pada 9:31 PTG
Like tempe...
Catat Ulasan