Tubeles repair kit..

Salam blogger

                      Berapa kalikah dalam setahun anda memeriksa dibahagian bonet belakang kereta anda terutama pada bahagian yang menyimpan peralatan keselamatan seperti set jek kereta ,tayar spare,pump angin,set penampal tayar  jika berlaku kebocoran tayar dan beberapa peralatan asas spanar seperti common ring,adjustable spanar dan skru driver dalam keadaan baik dan mencukupi?Adakah tekanan angin untuk tayar spare kereta anda mencukupi?Sekiranya keadaan sebaliknya ada lebih baik kiranya anda periksa semula dan pastikan kesemua peralatan yang saya sebutkan diatas mencukupi.

                       Langkah langkah diatas adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini  semasa kita dalam perjalanan jarak dekat atau jauh.Begitu juga sekiranya ia berlaku ketika dalam keadaan darurat seperti berlaku diwaktu malam atau dikawasan sunyi.Lebih lebih lagi jika isteri dan anak anak ada bersama.Tentu kita akan merasa bimbang akan keselamatan kita sekeluarga sekiranya perkara diatas berlaku.Akan tetapi sekiranya berlaku kerosakkan pada bahagian enjin anda tidak boleh melakukan apa apa kecuali mendapatkan pertolongan dari sesiapa yang sudi asalkan jangan jadi perkara seperti post saya sebelum ini."anda mungkin disembelih sekiranya....."Jadi sebelum perkara yang tidak dingini berlaku, apasalahnya jika kita periksa sekali sekala dan ia cuma mengambil masa yang tidak sampai pun 5 minit.


TUBELES REPAIR KIT


                        Pada post ini saya akan terangkan cara penggunaan peralatan penampal tayar yang bocor dikenali sebagai"tubeles repair kit".Peralatan ini biasanya banyak terdapat dikedai kedai atau supermarket dan harganya sekitar rm8.00 rm 10.00.Apa yang anda perlukan lagi adalah pam kaki atau sebarang pump yang biasa anda gunakan.Kalau tak ada pam pun tak guna juga kan.....hehehe.Ok...langkah pertama,

  • Keluarkan tayar yang bocor tadi dan cari penyebab tayar itu bocor.Adakah disebabkan paku atau serpihan besi besi kecil.Sekiranya disebabkan paku atau yang seangkatan dengannya,cabut paku itu terlebih dahulu.
  • Gunakan tool yang berbentuk tajam  seperti gambar dibawah terlebih dahulu.Cucuk bekas lubang paku  dengan peralatan tadi hingga menembusi tayar .Tolak dan tarik beberapa kali bertujuan untuk membuat laluan kepada tali yang bergam atau nama lain cacing,sebab rupa dia macam cacing kot.
Lakaran 1

  • Langkah ke dua ,masukkan cacing tadi kedala tool yang kedua seperti gambarajah dibawah
  • Langkah ke tiga tekan masuk kedalam tayar sekuat mungkin sehingga tinggal separuh sahaja dibahagian luar dan tarik keluar semula perlahan lahan sehingga cacing tadi terlepas sendiri dari tool itu. Lihat gambarah dibawah.


langkah terakhir



  •    Langkah terakhir potong sedikit lebihan yang terkeluar seperti gambarajah dibawah,dan pam dengan kadar angin yang mencukupi.



Potong bahagian terlebih


                                          Semuga ia memberi manfaat kepada anda.sekian


Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian