Salam blogger...
Ok...blog aku dah separuh pulih.Kalau sebelumnya markah SEO yang aku dapat cuma 27 peratus sahaja.,sekarang dah ok sikit la.Dah meningkat ke 51 peratus.Tapi masih ada lagi yang perlu diperbetulkan.Lambat sikit lah sebab aku tak paham sangat apa masalah yang timbul pada link url dan file image aku.Tak apalah...tolak tepi dulu...yang penting ada pengisian dan terus menulis....yang lain tolak tepi dulu....... seperti kata member blogger kita http://hazminhamudin.com/.
Entry ini adalah sambungan dari entry yang telah aku publishkan sebelum ini.Kalau sebelum ini entry mengenai Camshaft fiiting membincangkan secara asas sahaja....untuk entry kali ini aku akan terangkan secara lebih terperinci apa yang menyebabkan camshaft menjadi bengkok atau patah dan cara untuk mengatasinya.
camshaft
Diatas ialah apa yang dikatakan camshaft.Ia diperbuat dari besi tuang atau cast iron yang bersifat rapuh.Tapi tak lah serapuh biskut ye.....Ia akan mudah patah bila terhempas dan akan bengkok dan berkemungkinan akan patah bila mengalami tekanan yang berlebihan.Dalam sebatang camshaft ada mengandungi beberapa bahagian yang kelihatan agak terkeluar yang dikenali sebagai Lobe.Lobe berfungsi untuk memberi tekanan kepada valve spring agar proses buka tutup valve akan berlaku mengikut jangka masa atau timing yang telah di tetapkan .Kepada anda yang suka membuat pengubahsuaian bertujuan untuk menambah power pada kenderaan anda....lakukan pada bahagian ini.Akan tetapi ia memerlukan ketepatan dari segi ukuran ketinggian lobe agar anda dapat apa yang anda inginkan.Jangan main belasah je...nanti kereta anda akan sentiasa menggigil ......Maksud aku bergegar..
cylinderhead
Cylinderhead adalah punca utama mengapa dan bagaimana camshaft boleh menjadi bengkok atau patah.Apabila cylinderhead mengalami overheatting yang agak teruk,sifatnya akan berubah menjadi melengkung.Dibandingkan cylinderhead yang diperbuat dari jenis cast iron atau besi tuang,cylinderhead yang diperbuat dari jenis aloi atau alumunium lebih mudah mengalami masalah seperti ini (melengkung)Apabila cylinderhead melengkung,kedudukan camshaft yang terikat pada cylinderhead tadi akan turut sama melengkung.dengan itu camshaft akan mejadi semakin ketat untuk berpusing akibat tekanan dari bahagian tengah cylinderhead.Disitu sahaja tentu anda sudah boleh membayangkan apa kesanya pada camshaft yang terpaksa menanggung tekanan pada 3 tempat bahagian.Seandainya anda kurang faham ,dibawah saya sertakan lakaran sebagai imiginasi agar anda lebih faham.
Lakaran imiginasi
Anak panah yang berwarna merah merupakan bahagian yang paling tinggi memberi tekanan kepada camshaft.Sementara bahagian yang bertanda 2,adalah bahagian yang berisiko tinggi untuk camshaft patah.Tekanan seperti ini akan memberi banyak kesan pada bahagian bahagian lain seperti timing belt akan lebih pendek jangka hayatnya kerana terpaksa memusingkan camshaft yang telah sedia ketat untuk berpusing akibat dari tekanan tadi.Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa usaha untuk membaikinya....atau mungkin kerana anda beranggapan ia perkara kecil....dan kereta masih boleh bergerak.......tak apalah pakai dulu...tanpa anda mengetahui enjin kenderaan anda menghadapi risiko yang bagaimana.
ehsan google
akibat
BPC
Ok ....jumpa lagi
Comments (5)
7 November 2012 pada 1:30 PG
Best!walaupun aku tak tau apa2 psal enjin ni semue..tp ble bce entry ko bt aku fhm ckit..:)
7 November 2012 pada 1:58 PG
terima kasih...semuga satu hari nanti kamu akan faham lebih banyak.
28 Disember 2012 pada 12:39 PTG
Write more, thats all I have to say. Literally, it seems
as though you relied on the video to make your point. You clearly know what youre talking about, why throw away your intelligence on just posting videos to
your blog when you could be giving us something enlightening to read?
Also see my web page: GFI Norte
30 September 2019 pada 8:33 PG
terbaik ,penerangan yg detail ,dan saya mengalami masalh cam sub patah ,selepas overheat melampau sehingga cable plug terbakar,buat top overhaul ok ,jln 20km drop balik ,ingatkn coil rosak ,cek punya cek cam subnya patah...
23 Disember 2019 pada 5:31 PG
Bolehkah camshft yang bengkok dibetulkan
Catat Ulasan