Salam blogger smua....
Melihat pada imej diatas tentu korang dah agak apa yang ingin aku perkatakan pada entry ini.Bukan tujuan aku untuk mempertikaikan hak hak pada sesiapa yang merokok atau perokok, samada kaum lelaki atau perempuan.Itu hak masing masing dan sekiranya kita campur tangan,kita juga yang kene balik walaupun sudah jelas tertera amaran pada kotak rokok tu.Kesudahannya masing masing lepas tangan dan amaran atau teguran hanya ibarat melepaskan batuk ditangga saja.Hiduplah kita dengan disajikan dengan berbagai jenis asap yang terdapat disekeliling kita .
Telah diisthiharkan kawasan kawasan larangan merokok dibeberapa tempat awam dan denda namun adakah ia diambil perhatian atau sekadar hiasan sahaja atau cakap tak serupa bikin.Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah rokok namun masih menemui jalan buntu.Hapuskan sahaja tanaman tembakau dinegara kita atau tutup saja kilang kilang pembuat rokok dinegara kita ni.......itu adalah segelintir pendapat yang sering kita dengar bila isu rokok ini diperbangkitkan,walhal itu adalah salah satu punca pendapatan negara.Kalau dihapuskan semua maka akan sedikit terjejaslah hasil pendapatannya.Bagaimana pula dengan rokok rokok yang diimport dari luar dan disahkan oleh pihak Kastam dan belum termasuk yang melepasi secara haram.Adakah ini akan membantu kerajaan dalam menjayakan kempen kempen anti rokok?Aku rasa kempen kempen seperti ini seolah olah hanya untuk mengaburi mata kita sahaja.Semuanya putar alam........
Kalau nak buat iklan tu biarlah logik dari segi pemikiran ,bukan untuk menakut nakutkan orang dengan iklan iklan yang tak masuk akal langsung malah dipersendakan disebabkan tiada kajian mendalam dalam menghasilkan iklan.Contohnya seperti iklan ini yang menjadi bahan ketawa orang ramai walaupun nawaitu asalnya betul....
Siapa yang nak hisap rokok macam ni......
Logik ke......
Antara bahan yang dikatakan terkandung dalam sebatang rokok
Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Arsenik (racun anai-anai)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
Hydrogen cyanide (racun)
Toluene (bahan pelarut)
Carbon Monoxide (gas beracun)
Kalau betul kesemua bahan ni terkandung dalam sebatang rokok pasti itu jam juga korang dah padam...
P/s: Sekadar luahan hati

Comments (0)
Catat Ulasan