Salam smua....
Sekumpulan pelajar sekolah rendah berbasikal melintasi depan rumahku.Perhatian ku tertumpu pada mereka sehingga mereka hilang dari pandanganku.Dalam hati "alangkah beruntungnya kanak kanak zaman sekarang jika dibandingkan zaman aku kanak kanak dulu ,beruntungnya ibubapa zaman sekarang tak perlu banyak fikir bagaimana anak anak hendak pergi kesekolah,kalau nak berbasikal dibelikan basikal.kalau nak lebih senang naik bas sekolah atau van sekolah.....semuanya sudah tersedia cuma sedia kan ongkosnya sahaja".Memang jauh bezanya jika dibandingkan sewaktu zaman aku sekolah rendah dahulu.Kalau bangun pagi tu memang dah terbayang dulu jalan jalan yang akan aku tempuh untuk sampai kesekolah.Malasnya ya amat nak kesekolah,tapi sebab takut kene marah terpaksa jugalah aku empat beradek ni menapak sampai kesekolah sejauh tiga km dengan beralaskan kasut sekolah yang dahulunya memang diperbuat dari getah dan satu jenama sahaja pulak tu.....so..nak tak nak itu je lah pilihan yang ada jika dibandingkan dengan sekarang yang banyak pilihan dan fesyen.
Seingat aku kasut jenis ni tahan sehingga tiga atau empat tahun.....jimat habis.Cuma kalau dah lama sangat ia akan keluar titik titik hitam seperti baju yang bertahi lalat.Kelebihan kasut ni ia tak perlu dibasuh atau di kapor........ia tetap putih walau sebulan tak dibasuh.......hehehe.Kasut ni cuma tidak tahan pada bahagian belakang tumit.......cepat koyak.Kalau koyak terpaksalah berjalan dengan secara menyeret,kalau tidak ianya asyik tertanggal saje.Setiap hari kami berjalan kaki kesekolah ,pagi berembun ,tengahhari berpayungkan terik matahari.Basikal......jangan mimpilah nak dapat,sedangkan belanja sekolah pun kadang ada kadang tak.Bukan banyak pun,hanya 10 sen,itu pun susah nak dapat.Dengan belanja sebanyak aku boleh beli sebatang aiskrim dan cekodok tepong dikantin.Kadang cekodok tu aku bahagi empat untuk adek adek ku sebagai alas perut semasa perjalanan pulang dari sekolah.
Cuba korang bayangkan berapa jauh bezanya dahulu dengan sekarang,sebagaimana bezanya kanak kanak dahulu dan sekarang.Tapi aku terima kenyataan ini ......zaman dah berubah,dunia semakin maju,cuma sedikit terkilan.......
Adakah kanak kanak zaman sekarang yang boleh dikatakan berada dizaman mewah akan merasa seperti apa yang aku rasa sekarang bilamana mereka sudah berusia dan mempunyai anak anak yang bersekolah.Adakah mereka akan berkata kata seperti apa yang aku kata sekarang ?,.....adakah mereka akan rasa seperti mana yang aku rasa sekarang?

Comments (2)
30 Oktober 2011 pada 9:43 PTG
Masa mengubah segalanya... Kita Makin Tua kan?
Eh tuka layout lagi?
31 Oktober 2011 pada 12:44 PG
Sorry la..aku terpaksa...blog aku problem nak publish entry .dia orang kata template punya hal....
Catat Ulasan