RAJUK....

Salam blogger smua...





Sapa diantara korang yang suka merajuk,kerap merajuk dan kuat merajuk.Tak kisahlah korang merajuk pasal apa,yang pastinya korang akan merajuk disebabkan perkara perkara yang mungkin korang tak puas hati,sakit hati ,terasa hati atau saja mengada ngada untuk menarik perhatian.Biasanya yang berjiwa sensitif je yang sering merajuk ,terutama kaum Hawa kerana ia telah dibekalkan dengan sifat semula jadinya yang lemah lembut berbanding kaum Adam yang agak metal sikit walaupun kadang terselit juga kaum Adam yang terlebih lembut macam sotong.Tapi aku tak tau lah jenis ni merajuknya macamnana.....

Kebanyakkan pendapat mengatakan sikap merajuk ni ada kebaikkan dan ada keburukkanya.Aku sendiri tak dapat mencari jawapan dari segi kebaikkan,tapi kalau dari segi keburukkan memang banyak.Contohnya  kalau seseorang isteri itu merajuk disebabkan apa yang dia inginkan tidak ditunaikan dan dia akan  mula menunjukkan sikap rajuknya dengan berbagai cara seperti enggan bertegur sapa,muncung mengalahkan muncung itek, jelingan  menggoda dulu dah bertukar menjadi juling ,apalagi kalau tidur bersama.Bagi suami pula mesti nak maintain dengan sikap kejantanannya."lantak ko la nak merajuk sampai bila...." lama kelamaan ia akan berlanjutan dan akhirnya masing masing malu untuk memulakan sesi tegur menegur atau rujuk merujuk.....baru serba salah.............menyesal tak lagi.

Kalau dari segi kesempatan aku rasa sikap merajuk ni  amat digemari oleh golongan remaja,tak kisahlah remaja lelaki atau perempuan.Ini akan menunjukkan skill masing masing bagamana cara untuk memujuk pasangan yang merajuk tadi,dan sekiranya jodoh mereka panjang ,ia akan menjadi satu memori yang akan terpahat dalam kenangan mereka atau mungkin akan dijadikan modal bahan gurauan bersama anak anak sebagai  mengeratkan lagi suasana ceria dalam keluarga.....tapi sekiranya tiada jodoh dan aksi pujuk memujuk bertukar kepada aksi ...................apa pula sudahnya.

Sebenarnya aku sendiri pun pernah mengalami perkara yang sedemikian dan mungkin korang pun sama.Jadi rasanya perlu tak sikap merajuk ini diamalkan dalam sesebuah rumahtangga atau persahabatan
semata mata untuk menarik perhatian sidia walaupun kita sedar ianya akan menimbulkan dua kemungkinan........

Comments (3)

msredcheesecake

17 Oktober 2011 pada 6:10 PTG

suka majuk ngan bf je... heee

bloglist da siap..

Pondok Usang

17 Oktober 2011 pada 9:20 PTG

rajuk - rahmat

Jue Nara

18 Oktober 2011 pada 8:47 PTG

klu merajuk sy akan berdiam diri dan nangis kat dlm bilik.. hehe

tp kdg2 tak jadi majuk bila tgk muka org yg buat kita majuk sbb kesian dan tak smp ati nk kecikkan ati dia..

stress giler =='

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian