AYAH DAN IBU



Salam blogger semua dan selamat menyambut bulan baru dan ini entry terbaru sebagai pembuka tirai untuk bulan ini.Sebagaimana entry aku yang sebelum ni aku ada mengatakan minggu ni aku agak sibok dengan kerja kerja harianku hingga nak update blog pun aku tak sempat.Tapi pagi ni aku sempat sempatkanlah juga sebagai kata orang cukupkan syarat.

Sebenarnya malam tadi aku lepas makan sempat jugalah capai album album gambar terbaru semasa raya tadi.Belek punya belek jumpalah satu gambar yang aku rasa patut ada dalam blog aku atau korang semua.Sebab tanpa mereka siapalah kita kan........,lagipun banyak khasiatnya.....salah satunya supaya kita akan sentiasa ingat pada mereka.Kata orang semakin lama semakin sayang.

Gambar diatas diambil pada pagi raya pertama tahun ni selepas acara bermaaf maafan......huhuhu...sedihnya sebab aku tak dapat bersama mereka kerana raya tahun  tadikerana tahun ni  giliran aku beraya dirumah mertua.Tapi tak apalah sekurang kurangnya aku dapat juga memohon ampun dan maaf kepada kedua orang tuaku sementara mereka maseh ada.

Kepada yang maseh mempunyai kedua ibubapa,ibu atau bapa sayang sayangilah mereka sebagaimana mereka memberi sepenuh kaseh sayang mereka sehingga kita boleh menjadi  manusia.Untuk menguatkan lagi perasaan sayang korang pada mereka aku bagi petua paling senang....cuba dengar dan hayati lagu dari allahyarham Sudirman"Ayah dan ibu".


p/s : Yang dok tengah tu bukan aku tau.....itu kembar 7 iras aku ...hehehe

Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian