'' Ya Allah,tunjukkilah aku sebagaimana orang yang telah engkau tunjukki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah engkau sejahterakan,
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah engkau pimpin,
Berkatilah hendaknya untukku apa apa yang telah engkau berikan kepada ku,
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah engkau tetapkan,
Sesungguhnya hanya engkau sahajalah yang menetapkan dan tiada sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain dari engkau,
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanmu,
Dan tiada mulia orang yang engkau musuhi,telah memberi berkat engkau,
Oh tuhan dan maha tinggi engkau,dan hanya untuk engkau tetapkan,
Aku minta ampun dan bertaubat kepada engkau
Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad,nabi yang buta huruf,
dan keluarga serta sahabat sahabatnya semuga diberi kesejahteraan.
Amin.......''
Comments (2)
23 Februari 2013 pada 1:00 PTG
Saya cari ayat bentuk orang bertahiyat itu di kampung sampai sekarang tak jumpa. Mungkin kerana pernah ada larangan agar ayat tidak boleh dibentuk menyerupai sesuatu jadi arwah abah dah buang.
Tapi saya nak simpan kamu punya boleh? (sebagai kenang-kenangan)
23 Februari 2013 pada 5:51 PTG
boleh sangat sangat kalau untuk dijadikan kenang kenangan.
Catat Ulasan