Salam blogger semua....
Sememangnya pemakaian kopiah,songkok dan serban telah menjadi satu budaya dikalangan bangsa melayu dan islam khasnya.Sejak zaman kanak kanak lagi ada yang telah dilatih untuk menggunakan salah satu daripadanya,bergantung kepada kemahuan atau citarasa masing masing.Berbagai bagai fesyen dan jenama terdapat dipasaran untuk kita membuat pilihan.Pendek kata tepuk dada tanya selera.
Akan tetapi dalam sedar tak sedar,pemakaian ketiga tiga...................penutup kepala ni.(sorry aku tak tau nak panggil apa)sedikit sebanyak telah secara sengaja atau tidak sengaja menimbulkan perasaan menmembeza bezakan sesama kita.Bukan niat aku nak melaga lagakan atau membeza bezakan sesama kita,ia cuma sekadar renungan sahaja.
Kopiah kebanyakkannya dipakai oleh orang orang yang agak bersederhana dari segi penampilan mahupun kehidupan.Dikalangan orang orang tua lebih selesa mengenakan kopiah dari yang lain...mengapa.Adakah mereka takut atau malu kepada diri sendiri bila bertukar selera kepada yang lain seperti songkok atau serban maka akan meyebabkan perasaan dan penampilan mereka akan berubah?....atau belum masanya.......mengapa.
Songkok pula dari sudut penampilan pemakainya ia akan kelihatan agak menyerlah.Ia juga boleh dikaitkan dengan status kedudukan seseorang itu dari segi pangkat atau kedudukanya dalam masyarakat.Sebagai contoh Ketua kampong,adun,ahli ahli exco atau senang cerita orang yang berpengaruhlah......mengapa kita jarang melihat mereka memakai kopiah atau serban.........mengapa.Adakah disebabkan darjat?
Pemakaian serban yang lengkap dengan jubah pula akan melambangkan betapa kuatnya iman seseorang itu......betul ke..Itu kita sendiri yang menilainya,sebab otak kita disetkan sebegitu rupa.Hakikatnya,adakah tahap keimanan seseorang perlu dinilai dari segi penampilan dengan apa yang pakaianya.?...............adakah orang yang hanya berkopiah atau tidak berkopiah lansung akan menunjukkan tahap keimanan dan darjatnya lebih rendah dari mereka yang memakai songkok atau serban.?......atau sedar siapa mereka dikalangan masyarakat .
Hanya sekadar renungan kita bersama......................
Comments (2)
4 Oktober 2011 pada 3:02 PTG
Baru perasan perbezaan tapi serban lah yang paling nampak..menampakan seseorang tu warak..tp yelah pakai apa2 pun kena ikut keselesaan =)
4 Oktober 2011 pada 6:06 PTG
Pemakaian ketiga2nya tak menggambarkn iman seseorg...
Catat Ulasan