BAIK PULIH CYLINDERHEAD






     
Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, cylinder head merupakan salah satu dari beberapa bahagian enjin yang bila sampai masanya ia perlu untuk dibaik pulih.Ada kalanya belum tiba masanya pun ia terpaksa dibaik pulih bila keadaan memaksa.Yang dimaksudkan keadaan memaksa itu ialah bilamana ia mengalami kerosakkan akibat kecuaian kita sendiri.Kebiasaanya sesebuah cylinderhead perlu untuk dibaik pulih atas beberapa sebab tertentu,diantaranya

  • Terlalu lama tidak diservis
  • Kuasa pada enjin semakin berkurangan.
  • Penggunaan bahan api semakin bertambah.
  • Berlakunya overheatting.
  • Tangki radiator sering kekurangan air
  • Timing belt putus
  • Valve dan seat sudah terlalu uzur
  • Asap putih sentiasa keluar dari saluran exzoz
  • Penggantian valve seal.


Terlalu lama tidak diservis


Cylinder head yang terlalu lama tidak pernah diservis akan menyebabkan kuasa sesebuah enjin semakin berkurangan akibat dari karbon karbon yang melekat pada tempat tempat yang tidak sepatutnya seperti pada valve,valve seat,plug ,ruang pembakaran dan saluran exzoz.Sekiranya dibiarkan ia akan semakin menebal dan saluran yang dahulunya luas akan menjadi mengecil atau tersumbat.Dengan melakukan servis, karbaon karbon yang melekat tadi akan dibersihkan dan baik pulih valve dan valve seat akan dilakukan semula.

Kuasa enjin semakin berkurangan



Kuasa enjin semakin berkurangan akibat berlakunya kebocoran pada kedudukkan antara valve dan valve seat.Kerana telah lama ia berfungsi,kedudukan valve akan menjadi tidak stabil lagi kerana tetapnya kedudukan valve adalah bergantung pada keadaan valve guide atau valve sleave.Valve guide berfungsi sebagai panduan atau pemegang  kepada valve agar ia berkedudukkan tetap.Sekiranya valve guide telah longgar,ia akan menyebabkan valve bergerak turun naik dalam keadaan tidak menentu dan hanya mengikut daya tarikan spring .

Penggunaan bahan api semakin bertambah


Ini adalah disebabkan perkara perkara yang telah saya sebutkan diatas dimana penggunaan bahan api akan semakin kuat atau bertambah tetapi enjin tiada daya kuasa yang cukup sepertimana sebelumnya.Mungkin anda pernah mengalaminya sendiri.Kebiasaanya bila anda pergi kesuatu tempat seperti balik kampong,anda hanya menggunakan kos untuk mengisi minyak sebanyak rm30.00,tetapi kali ini rm30.00 tidak mencukupi sedangkan tempat yang dituju adalah tempat yang sama.Harga minyak naik...mungkin itu satu sebab sebagai alasan,namun hakikatnya hanya anda sendiri yang tahu.

Berlakunya overheatting



Overheatting adalah masalah yang paling banyak mendatang kerosakkan pada sesebuah cylinder head.Ia akan melibatkan kos yang agak tinggi untuk memperbaikinya bergantung pada tahap kerosakkannya.Sekiranya cylinderhead mengalami overheatting,ia akan dihantar ke pusat baikpulih untuk menjalani beberapa proses sebelum  ia boleh digunakan semula atau anda terpaksa menggantikan kepada cylinder head yang baru atau secondhand sekiranya ia tidak boleh digunakan lagi disebabkan ia mengalami keretakkan atau maksimum limit ketika proses skimmimg dilakukan.

Sering kekurangan air



Sekiranya anda terpaksa memeriksa kandungan air dalam tangki radiator setiap hari atau ketika  ingin memulakan perjalanan,tentu ianya  satu rutin yang membosankan.Lebih lebih lagi bila menghadapi jalan yang sesak,hati semakin risau bila melihat pada jarum meter temperature yang semakin lama semakin naik .Hendak atau tidak anda terpaksa berhenti ditepi jalan untuk menyejukkannya semula.Tahukah anda ini adalah salah satu dari tanda tanda yang cylinder head anda menghadapi masalah.Mungkin ia telah melengkung dan tekanan air yang panas akan mencari ruang untuk keluar melalui gasket yang mungkin telah rosak akibat dari cylinder head yang melengkung tadi.Sebab sebab lain mungkin ada kebocoran kecil dibeberapa bahagian lain yang telah rosak seperti gasket Waterpump atau mana mana yang kita tidak perasan.Mungkin pada host pipe,water jaket atau radiator cap.

Timing belt putus






Timing belt mempunyai tempoh jangka hayat yang telah ditetapkan dan kita perlu menggantikan yang baru apabila sampai waktunya.Tetapi bagaimana jika belum sampai waktunya ia telah putus.Bagi cylinder head yang pernah mengalami overheatting,walaupun telah membuat proses baik pulih tetapi dibahagian tempat duduk camshaft ia tidak diberi perhatian lansung.Setelah ianya siap dibaik pulih camshaft akan terus dipasang tanpa memeriksa terlebih dahulu samaada ia boleh berpusing atau tidak.Kebiasaanya sekiranya cylinderhead melengkung ,camshaft akan menjadi ketat untuk berpusing dan secara tidak lansung  timing belt akan menanggung beban yang lebih untuk memusingkan camshaft tadi.Ini akan menyebabkan hayatnya menjadi lebih singkat dari yang telah ditetapkan.

Valve dan seat sudah terlalu uzur





Valve dan seat adalah sepasang,sekiranya salah satu menghadapi masalah yang satu lagi akan menerima kesannya.Sekiranya seat telah lama digunakan ia akan menjadi semakin rendah atau tenggelam dan valve pula akan menjadi semakin lekuk.Bila proses pemotongan dilakukan ianya akan bertambah rendah dan ini akan menyebabkan tekanan ruang pembakaran semakin besar.Satu masalah lagi dimana ini akan menyebabkan kerosakkan pada bahagian lain seperti piston dan liner ialah tekanan spring untuk valve akan menjadi semakin kurang dimana spring tidak dapat memberi tekanan yang cukup untuk menekan kekunci/valve retainer.Ini akan menyebabkan valve terlepas dari spring dan terjatuh kedalam ruang pembakaran .Anda tentu dapat membayangkan kesannya.

Asap putih 




Kadangkala kita ada melihat kereta yang keluar asap putih dibahagian saluran ekzoz mengalahkan lori atau bas yang menggunakan diesel.Kadangkala adajuga asap yang hitam.Ini nergantung pada kerosakkan jenis apa yang dialami.Bagi kenderaan ringan seperti kereta ,asap putih yang keluar tidaklah merisaukan sangat,cuma kena rajin  rajinlah periksa minyak enjin,takut kering pula sebab sedikit demi sedikit ia habis melalui ruang pembakaran .Sebabnya valve guide dan valve seal telah rosak dan perlu diganti.

Penggantian valve seal




Valve seal berfungsi sebagai penghalang minyak enjin daripada  memasuki ruang pembakaran yang boleh menyebabkan pelepasan asap putih.Ia ada yang murah dan ada yang mahal harganya.Kalau yang murah ia disertakan sekali semasa pembelian gasket untuk top overhaul.Kelebihannya ia murah dan kelemahannya ia tidak tahan lama.Ia akan menjadi keras dan retak dimana ia akan menyebabkan minyak enjin memasuki ruang pembakaran dan terjadilah asap putih yang sentiasa keluar dari saluran exzoz.






                                                     


Baca lagi :PROSES BAIK PULIH CYLINDERHEAD






Comments (12)

EmpayarUtama

17 Ogos 2011 pada 11:59 PTG

aku x tau apa-apa pasal enjin. Br ni overhead enjin masuk air kena kurang sikit lima tiang... huhuhu (alamak komen ko td hilangla, camna aaa?)

msredcheesecake

30 September 2012 pada 2:57 PTG

Pening..... Kalau ada masalah enjin bagi hasben je setel...heee

Pyanto

8 November 2012 pada 11:47 PTG

Salam Tuan Tanah,

Kalau keluar asap putih pagi2 tu normal ke? sebab bile enjin dh panas asap putih pun hilang. Saya rev tinggi2 pun xde asap putihb ile dh panas. cuma pagi2 itu jela yang mengkonfiuskan saya ni. Kwn saya gtau valve seal dah sparuh keras. Enjin saya campro baru 70K km.. pakai semi 10w40 tukar setiap 7-8K jarang redline tapi slalu maintain rpm dlm 5k lah..

Trimass..

Unknown

9 November 2012 pada 12:29 PG

salam juga untuk Pyanto...Sebenarnya asap putih yang saudara maksudkan itu adalah wap yang terhasil dari tindak balas enjin apabila ia sedang panas.Ia akan hilang bila enjin telah cukup panas.Saudara tidak perlu susah hati kerana itu perkara biasa pada sesebuah kenderaan terutama bila enjin masih sejuk.Untuk bab valve seal...kalau v/seal rosak atau sparuh keras,asap putih akan sentiasa keluar walaupun enjin telah cukup panas.Ini akan menyebabkan kandungan minyak enjin akan berkurangan sedikit demi sedikit....trima kaseh atas komen anda.

Pyanto

12 November 2012 pada 10:17 PTG

Trimas atas penjelasan tuan tanah..
Lega sikit sbb saya dh nak standby duit kalau2 betul lah valve seal nak mula kaput.

Unknown

1 Mac 2013 pada 4:21 PTG

Assalamualaikum, ada tahu mana-mana kedai yang bagus buat baik pulih cylinderhead ni di johor bahru tak? bercadang nak baiki cylinderhead proton gen 2. Terima kasih

Unknown

1 Mac 2013 pada 4:41 PTG

Waalaikumsalam E.Azizul Azman.Saya minta maaf sebab Johor Bahru diluar kawasan saya.Saya menetap diSelangor.Kalau tak keberatan boleh beritahu apa masalah cylinderhead G2 anda.Mungkin saya boleh membantu dari sini.Setidak tidaknya sebagai panduan untuk anda nanti.

Unknown

22 Oktober 2015 pada 1:28 PTG

Saya pun ada masalah sama bolehkah cylinder head di baik pulih ....

Unknown

22 Oktober 2015 pada 1:30 PTG

Saya pun ada masalah sama bolehkah cylinder head di baik pulih ....

Unknown

22 Oktober 2015 pada 1:31 PTG

Saya pun ada masalah sama bolehkah cylinder head di baik pulih ....

Ramanay

11 Mei 2016 pada 9:11 PTG

Suatu artkel yg sangat bermanfaat. Terima kasih Sdr Dhinai Adnan, moga Allah merahmati dan memurahkan rezekiNya kpd saudara.

Unknown

18 April 2018 pada 11:03 PTG

adakah asap putih tu berbau kalau valve seal problem

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian