ADA NASI BERKAT TAK... (NASI AMBENG)



Tunggu berkat....




Setiap kali ada jemputan kenduri khususnya kenduri arwah atau doa selamat,aku sanggup tunggu bapak aku balik dari kenduri semata mata nak makan nasi ambeng ni.Walaupun nama sebenarnya ialah nasi ambeng,tapi zaman aku dulu ia dipanggil nasi berkat.Masa tu tak tau dan tak pernah dengar pun nama nasi ambeng ni.Kami menggelarkanya nasi berkat kerana ,sebelum pak imam memulakan majlis tahlil atau doa selamat beberapa talam nasi yang lengkap dengan lauk seperti ayam goreng,mee goreng,serunding kelapa,sambal goreng,kerabu pucuk ubi  yang disusun disekeliling nasi dalam satu talam akan di letakkan ditengah tengah ruang majlis tersebut.Ia akan ditutup terlebih dahulu dengan daun pisang agar ........ .......korang paham paham la kalau perut tengah lapar,nak makan tak leh lagi.Pak imam akan memulakan bacaan dan doanya samada tahlil atau doa selamat dan secara tidak lansung mendoakan berkat rezeki yang ada didepan mata .Itu sebabnya dipanggil nasi berkat.






Lebih kurang setengah jam,dan pak imam selesai menjalankan tugas , tuan rumah akan memberi isyarat
sambil menjemput para jemaah menjamu selera  dan kami akan atur agar satu talam cukup untuk empat  orang .Makan disitu sebagai syarat je,tapi bagi yang  tak paham ,tengah lapar pulak tu...memang dibalun cukup cukup.Siap makan salah seorang dari kami,biasanya yang lebih tua akan membahagi bagikan nasi dan lauk tadi kepada empat  bahagian dan masing masing akan membungkus nasi dan lauk tadi menggunakan daun pisang yang telah disediakan oleh tuan rumah.





Ok..trip kedua pula kami akan dihidangkan dengan pencuci mulut  berupa kuih muih dan air panas.Sementara menunggu jam 10.00 kami akan bersembang sembang dahulu tentang isu isu sensasi dan terkini.Takkan lepas makan nak terus blaah.....tak patut. Sambil bertanya khabar dan bertukar tukar maklumat terkini ,kami akan teruskan mesyuarat tak rasmi ini sehinggalah salah seorang dari kami yang dah tak boleh tahan nak balik melaungkan selawat  "ALLAHUMMASSOLLIALASAYDHINAMUHAMMAD"barulah masing masing minta diri untuk pulang.Sampai dirumah mesti ada yang bertanya "ada nasi berkat tak".


Saat ini aku amat merindui saat saat seperti itu berulang kembali tapi .........MUSTAHIL.Bak kata allahyarham P.Ramli "Apakan daya masa tak akan kembali"

Comments (2)

Bro Framestone

10 Ogos 2011 pada 11:41 PTG

rindu nak makan cam tue

faizalnizam

11 Ogos 2011 pada 7:47 PTG

very classic. zaman sekarang ada lagi ke orang buat camtu? kt kampung2 masih ada la kot.

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian