Salam Blogger.....
Semua orang pasti mempunyai sejarah silam masing masing tentang pengalaman pahit manis yang dilalui bersama keluarga mahupun sahabat semasa peringkat zaman remaja.Tak kisahlah kenangan samada sewaktu zaman persekolahan atau telah memasuki alam pekerjaan , pokok pangkalnya masing masing telah membawa haluan diri masing masing. Walau serapat manapun persahabatan kita suatu masa kita pasti akan terpisah.Terpisah selama lamanya atau terpisah sementara didunia sahaja dimana suatu masa nanti bila ditakdirkan pasti akan berjumpa semula.Begitu juga dengan aku ,tidak terkecuali dari mengalami perkara perkara seperti ini.Sejauh mana kita pergi dan sejauh mana kita tinggalkan kenangan,suatu ketika pasti kenangan itu akan muncul semula tanpa kita pinta.Saat itu ,akan timbullah segala macam perasaan yang kadangkala kita sendiri tidak pasti apa perasaan yang kita alami itu.Tapi yang pastinya rindu.....rindu kenangan silam walaupun kita sedar yang ianya tidak akan berulang kembali.
Diatas adalah sebahagian dari gambar gambar kenangan bersama teman teman aku yang hilang entah kemana dan sehingga kini jugalah aku masih tetap menyimpan gambar mereka. Kini aku telah berumah tangga ,namun masih juga belum dapat menjejaki mereka.Jadi kepada sesiapa dikalangan pembaca blog ini ada terperasan ada atau mengenali salah seorang dari mereka , harap bantuan agar dapat memaklumkan kepada mereka mereka ini.agar dapat menghubungi aku atau maklumkan saja kepada aku melalui email atau ruangan komen.Terima kasih.

Bawa haluan masing masing |
Teman akrab |
Teman XPDC |
Teman bujang senang |
zaman bujang berakhir |
Akhirnya |
Diatas adalah sebahagian dari gambar gambar kenangan bersama teman teman aku yang hilang entah kemana dan sehingga kini jugalah aku masih tetap menyimpan gambar mereka. Kini aku telah berumah tangga ,namun masih juga belum dapat menjejaki mereka.Jadi kepada sesiapa dikalangan pembaca blog ini ada terperasan ada atau mengenali salah seorang dari mereka , harap bantuan agar dapat memaklumkan kepada mereka mereka ini.agar dapat menghubungi aku atau maklumkan saja kepada aku melalui email atau ruangan komen.Terima kasih.
Comments (2)
27 Mei 2013 pada 9:26 PTG
Iskkk, betul-betul buat aku teringat zaman sekolah dulu. Banyak betul kenangan pahit yang sekarang aku rasa jadi manis pula :)
27 Mei 2013 pada 10:28 PTG
semanis kurma agaknya....
Catat Ulasan