Punca asap...

Salam Blogger.....



berbagai bentuk valveseal


                          Adakah kenderaan anda mengeluarkan asap setiap kali enjin kenderaan dihidupkan tanpa mengira waktu bila ia dihidupkan....?Adakah anda merasa selesa atau sedikit malu bila kenderaan yang anda pandu meninggalkan kesan asap yang  agak keterlaluan jika dibandingkan dengan kenderaan lain.Lebih lebih lagi sewaktu kenderaan anda mahu mula bergerak.Asap keluar berkepol kepol dan mungkin akan membahayakan orang belakang kita.Jadi bagaimana dan apa punca terjadinya asap itu.Dan untuk menjawabnya saya akan terangkan  apa punca terjadinya asap secara satu persatu dibawah.




valve seal


        Bermula dari bahagian cylinderhead, yang mana ia memunyai beberapa bahagian yang boleh menyebabkan terjadinya asap seperti valve seal .Gambarajah diatas ialah apa yang dikatakan valve seal.Ia mempunyai berbagai bentuk bergantung kepada jenis model kereta.Secara asasnya ia diperbuat dari getah kenyal dan dibahagian luarnya disalutkan dengan lapisan zing untuk mengawal agar getah  tadi tidak mengembang atau berubah bentuk apabila ia dtekan masuk pada valve guide.Ia juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan lingkaran yang  berupa seakan  spring (anak panah) untuk memberikan cengkaman yang lebih kemas pada batang valve .



                      Ketahanan valve seal bergantung kepada kualiti pembuatan dan jenis getah yang digunakan.Kualitinya kita dapat ketahui melaui harga yang dipasarkan dipasaran.Sekiranya murah bermakna rendahlah kualitinya dan ia tidak tahan lama.Jadi ada lebih baik sekiranya anda menggunakan dari jenis kualiti yang baik jika tidak mahu tidak masalah masalah dalam waktu yang singkat dikemudian hari.Kedudukan valve seal yang sentiasa terendam dalam takungan minyak enjin yang sentiasa berada pada suhu panas dan sejuk , akan menyebabkan ia berubah sifat dari lembut menjadi keras atau pegun.Bila ini berlaku,ia tidak lagi dapat memberi cengkaman yang kemas pada batang valve yang mana akan menyebabkab minyak enjin sedikit demi sedikit akan memasukinya (gamabarajah dibawah) dan berkumpul diruang pembakaran.




ruang masuk minyak


          Sewaktu enjin dihidupkan,ia akan membakar kandungan minyak yang terkumpul tadi.Hasil dari pembakaran tadi akan dilepaskan melalui valve outake/exzos dan dusalurkan ke saluran exzos pipe.Dari situlah terhasilnya asap.Untuk mengetahui berapa seriusnya masalah asap ini pada sesebuah kenderaan bergantung kepada jenis warna asap tersebut.Asap yang berwarna putih kebiru biruan menandakan ia berpunca dari bahagian cylinderhead iaitu pada bahagian valve seal sahaja.Sekiranya berwarna kehitaman dan terdapat sisa sia lebihan minyak disaluran exzos,ia berpunca dari enjin blok pada bahagian dinding selinder liner yang telah haus. .




            Bahagian yang lebih serius jika terjadinya asap ialah jika melibatkan bahagian dalaman enjin blok iaitu selinder liner atau piston ring.Bermula dari selinder liner,kebanyakkannya ia diperbuat dari material cast iron kerana ia mempunyai sifat  yang  lambat untuk mengalami suhu kepanansan sewaktu proses geseran turun naik piston.Namun lama kelamaan sedikit demi sedikit hakisan akan terhasil pada dinding liner akibat dari geseran piston ring.Walaupun dinding selinder liner tadi telah dilindungi dengan lapisan minyak enjin,namun ada ketikanya ia akan berada dalam keadaan kering lebih lebih lagi jika kenderaan lama diparking.Dalam waktu yang singkat,sewaktu permulaan  enjin dihidupkan, piston ring akan bergerak dan bergeser dengan selinder liner dalam keadaan kering.Bagaimana sekiranya ini berlaku setiap hari.Tentu lama kelamaan ia akan meninggalkan kesan pada dinding selinder mahupun pada ring itu sendiri.




              Walaupun piston dibekalkan dengan tiga atau empat lapisan  ring,apabila  lapisan dinding selinder liner semakin besar akibat dari kesan geseran tadi, ia akan meyebabkan sebahagian kecil minyak enjin yang dibawa naik sewaktu piston menuju peringkat TOP,akan tertinggal atau terlepas sewaktu piston turun semula kebahagian bawah.Apabila piston naik semula keatas atau sewaktu compress,ia akan dapat  membakar sebahagian  sahaja kandungan minyak enjin ,sementara sebahagian lagi akan ditendang keluar kesaluran exzos.Hasil dari pembakaran tadi lama kelamaan akan menyebabkan lebihan minyak yang tidak terbakar akan meleleh keluar melalui saluran exzos..Bayangkan bagaimana kesan yang akan  terhasil jika pembakaran adalah dari gabungan  lebihan minyak enjin dari cylinderhead .ditambah lagi dari lebihan minyak enjin dari selinder blok.


bahagian kerosakkan

                Bermula semula pada bahagian cylinderhead ,selain dari valve seal yang telah  mengalami kerosakan disebabkan dari jenis kualiti atau telah expired,kerosakkan dari segi semasa pemasangan juga boleh terjadi.Ada terdapat sesetengah valve seal amat sukar untuk dipasang dengan menggunakan tekanan tangan.beberapa kali mencuba namun masih gagal untuk dipasang dan akhirnya keadaan fizikal valve seal itu akan berubah samada dari segi bentuk mahupun keadaan getah tersebut.Ada juga sesetenganya dipasangkan dengan cara ketuk ,namun ia menggunakan sejenis tool yang kadangkala boleh dibuat sendiri dengan menggunakan valve guide.Jika menggunakan cara ini ...perlu diperhati betul betul pada bahagian yang bertanda merah(gamabajah diatas)  memandangkan bahagian ini yang paling mudah untuk rosak tanpa disedari.Ada lebih baik sekiranya dilakukan dubble check.


tool pasang valve seal


                 Ini adalah sebahagian dari info yang dapat saya kongsikan bersama anda yang berminat untuk ambil tahu mengenai bab bab permasalahan pada bahagian enjin .Sebagai pesanan dari saya mengenai bab asap ni,sekiranya anda ingin mengatasi masalah ini ada lebih baik sekiranya anda beli sendiri spare part dan pastikan ia berkualiti sebelum dipasangkan pada bahagian enjin.Ini kerana ia akan melibatkan kos penyelengaraan yang agak tinggi dan tiada jaminan sekiranya ia dibuat sambil lewa atau terlalu percaya pada sesetengah bengkel yang anda tidak kenali.Sebelum anda ingin membuat baikpulih pada kenderaan anda ,bertanyalah pada rakan rakan dimana tempat atau bengkel yang boleh dipercayai untuk menyelenggara kenderaan anda agar anda tidak tertipu atau menyesal dikemudian hari..Sekian dari saya.
            

Comments (0)

Wikipedia

Hasil carian