Selaras waktu tamat persekolahan



Salam blogger...
                             


                       Entry aku ini adalah sebagai ulasan dari artikel keluaran HarianMetro yang bertarikh 16.11.2012 berkenaan tajuk Selaras waktu persekolahan.Artikel ini menyebut tentang rasa tidak puas hati atau cadangan dari pihak GPBSM(Gabungan pengguna bas sekolah Malaysia) melalui Presidennya Encik Rofik Mohd Yusof tentang waktu tamat persekolahan di antara kelas kelas yang tidak sekata.Ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibubapa yang menggunakan perkhidmatan bas untuk menghantar dan mengambil anak mereka kesekolah,malah juga kepada ibubapa yang mengambil sendiri anak mereka , terpaksa membataskan waktu yang mereka ada hanya untuk menunggu anak anak mereka yang tamat waktu persekolahannya yang berbeza beza.Saya sendiri sebagai bapa pun kerap mengalami situsai yang begini dan kadangkala ia boleh menimbulkan perasaan marah lebih lebih lagi bila terpaksa berpanas dan berhujan di sebabkan  pihak Sekolah  tidak mengambil daya inisiatif  bagi menyediakan tempat  untuk ibubapa berteduh sementara menunggu kepulangan anak anak mereka.Adakah pihak Kementerian atau sekolah tidak prihatin tentang perkara ini?...atau setakat prihatin sahaja.Dibawah adalah artikel yang saya maksudkan.Copy & past.






Selaras waktu tamat sekolah

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula waktu tamat persekolahan supaya tidak memperlihatkan perbezaan masa yang begitu ketara terutama di peringkat sekolah menengah.
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, waktu tamat persekolahan yang tidak selaras mendatangkan kesukaran kepada pihaknya untuk mengatur operasi mengambil dan menunggu pelajar, selain membabitkan kos.

“Kalau ikut jadual sekarang, ada yang keluar pada jam 1.05 tengah hari, 1.30 tengah hari malah jam 2 petang dan 2.30 petang pun ada. Bukan serentak menyebabkan kami terpaksa tunggu semua pelajar keluar (ada) baru boleh bergerak.


“Bila kami buat begitu (menunggu) ada ibu bapa yang anaknya tamat sekolah awal marah sebab anak mereka sampai lambat (di rumah) kadang-kadang sampai jam 3 petang, tapi untuk kami sebagai pengusaha buat dua kali perjalanan (mengambil pelajar) adalah mustahil.

“Sebab semuanya membabitkan kos dan kami juga ada kekangan dari segi bas sekolah. Atas faktor beginilah kami mohon supaya Kementerian Pelajaran ambil kira pandangan untuk selaras waktu tamat persekolahan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.


Mohd Rofik berkata, beliau berharap perkara itu diperbincangkan dengan lebih mendalam berikutan tidak mahu mengganggu komunikasi dua hala dengan ibu bapa pelajar apabila anak mereka dihantar lambat dari sekolah.



Beliau juga berkata, mesyuarat agung pertama GPBSM yang akan diadakan 24 November depan bakal mengulas isu itu secara mendalam dan beberapa perkara lain yang membabitkan kepentingan pengusaha bas sekolah di negara ini.

“Kami memfokus kepada bagaimana meningkatkan mutu dan membantu pengusaha menjana pendapatan tambahan termasuk cadangan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji pemberian Lesen Perubahan Sementara (LPS) hanya kepada bas sekolah bagi setiap musim perayaan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

              

Terkenang zaman di sekolah rendah dahulu.....pengorbanan ibu dan ayah.        

Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian