Salam smua,
Kalau sebelum ni suasana rumah aku riuh rendah dengan gelak ketawa gurau senda anak anak.Bukan ramai mana pun,empat orang je,tapi disebabkan kawan kawan dia ditambah lagi anak anak jiran yang tersangatlah rajinnya melepak kat rumah aku,jadinya riuh rendah seperti pasar malam,bezanya cuma tak ada jual beli.Kalau ada jual beli mau seperti pasar borong jadinya.Sebagai manusia biasa kadang ada juga perasaan marah bila tengok barang rumah bersepah sana sini.Nak dimarah anak orang,takut nanti sebab anak anak emak bapak pulak bermasam muka.Kalau ikut hati aku nak taji je sorang sorang biar takut sikit lain kali.Tapi apakan daya.....terpaksalah bermain sandiwara semata mata nak jaga hati jiran tetangga.Makan hati berulam jantung lah aku,tak pasal pasal boleh kene sakit jantung pulak.Baru padan muka aku....hehehe.
Sekarang aku rasa aman,dah tak ada pasar borong lagi dalam rumah aku.Sempena cuti sekolah ni masing masing nak balik kampong,tukar angin lah kononnya.Apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang,anak anak dengan bini aku sekali aku hantar balik kampong.Aman.........anak anak jiran pun dah kurang nak jenguk muka sebab anak aku tak ada.Lagi aman aku.
Itu seminggu lalu,sekarang ni aku rasa sunyi pulak sejak anak bini aku tiada dirumah.Apa yang aku buat semua tak kene.Jalan salah,duduk salah,makan tak selera,cuma kalau mandi tu basahlah,kalau tido tu boleh dikatakan lena juga.Ada juga aku risik risik tanya dia orang nak balik tak.....kalau dekat kampong dah seronok lebih lebih lagi kene musim rambutan dengan durian tengan bermusim,tentu korang dah tau apa jawapanya.
Sekarang ini,disaat aku menulis entry ini aku maseh bersendirian.Sendiri cari pasal,pada muka aku lagi sekali.....huhuhu.

Comments (2)
10 Disember 2011 pada 8:55 PTG
Hampagas tullah. Balikle kampung skali ngan diorang rumah gerenti bersih hahahahah
13 Disember 2011 pada 5:37 PTG
samala macam tonggas...kalau aku balik apa cerita keje aku
Catat Ulasan