JAUHI SIFAT SIFAT INI

Sikap dan sifat yang diancam oleh Allah.

Sikap dan sifat apakah yang menyebabkan manusia mendapat ancaman dari Allah?dan apakah ancaman yang Allah ancamkan kepada mereka mereka yang mempunyai sifat dan sikap sedemikian?Marilah kita sama sama hayati dan ketahui apakah sikap sikap yang dibenci itu.

MUNAFIK

Apa yang dimaksudkan munafik dan bagaimanakah sikap dan sifat sifat orang munafiik ini.Dari segi istilah syarak ialah seseorang yang melindungi kekufuranya dengan berpura pura menunjukan keislamanya hanya melalui perkataan dan perbuatan.Dia mengaku dan berikrar dengan kalimah shahadat sebagai seorang islam akan tetapi didalam hatinya menafikan segala ajaran dan hukum hukum yang terkandung dalam syariat islam.Untuk kita mengenali sikap sikap orang yang dikatakan munafik itu amat mudah iaitu dari segi perbuatan ia mempunyai sikap dan pendirian yang tidak tetap dan berubah ubah seperti lalang ditiup angin.Perbuatanya juga sering berubah ubah.Jika dia berada dikalangan orang kuat beribadat,dia akan ikut kuat beribadat juga,akan tetapi  didalam hatinya merasa amat berat sekali kerana banyak perkara perkara yang disukainya oleh hawa nafsunya tidak dapat dilaksanakan kerana merasa malu,segan atau takut kepada orang mukmin.Golongan ini juga sering mengharapkan balasan apabila dia melakukan amal bakti dan suka apabila namanya disanjung lantaran amal baktinya.Pada mereka kehidupan duniawi lebih utama dari kehidupan diakhirat kerana mereka menganggak kehidupan diakhirat hanyalah dongengan semata mata.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang orang munafik tiu akan ditempatkan  pada tingkatan paling bawah sekali dalam neraka."
Surah An-Nisa' ayat 142 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah,dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk menunaikan sembahyang,mereka berdiri dengan malas,mereka bermaksud untuk menunjukan dihadapan manusia.Dan mereka tidak menyebut nama Allah kecuali sedikit
 sekali"


SYIRIK

Syirik adalah satu perbuatan yang tidak akan dapat pengampunan dari Allah kerana perbuatanya yang menduakan atau menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain yang dipercayai mempunyai kuasa melebihi kuasa Allah.Perbuatan seperti memuja kubur,pokok,senjata,batu atau benda benda yang dianggap pelik adalah syirik yang tidak akan dapat pengampunan dari Allah dan akan kekal selama lamanya didalam neraka kecuali dia bertaubat sebenar benar taubat.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Seungguhnya Allah tidak memberi pengampunan terhadap orang yang mempersekutukanya dan akan mengampun dosa yang selain dosa syirik bagi sesiapa yang dikehendakinya"Perkara syirik yang kadangkala kita sendiri lakukan tanpa kita sedari seperti jampi mentera yang tidak menyebut nama Allah adalah dikira syirik juga,akan tetapi syirik ini tidaklah menybabkan seseorang itu terkeluar dari islam.Sebagaimana  sabda rasulullah bermaksud :" bahawa sesunngguhnya jampi jampi, yang bukan menggunakan nama Allah  atau doa doa mulia yang diterima dari nabi dan memakai azimat adalah syirik".

KAFIR

Mengingkari keesaan Allah, menafikan kenabian para para nabi dan syariat syariatnya adalah dianggap sebagak kafir.Seseorang yang menyebabkan dirinya dianggap kafir adalah kerana kebodohanya sendiri,takut kehilangan pangkat atau harta duniawi sekiranya dia beriman kepada Allah dan rasul.Menghina hukum hukum islam,sunnah sunnah nabi,menhina al quran dan melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan hukum hukum Allah adalah juga dianggap kafir.

MURTAD

Seorang yang mengisthiharkan dirinya keluar dari islam dan mempersendakan hukum hukum Allah seperti menhalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah dianggap murtad terhadap dirinya sediri,keluarga dan masyarakat islam keseluruhanya.Bunuh adalah hukuman untuknya sekiranya dia enggan bertaubat.Ini adlah berdasarkan dari hadis rasuluallah s.a.w yang bermaksud: "Mana mana lelaki yang menjadi murtad yakni meninggalkan islam,maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada islam,kalau tidak penggallah lehernya, dan mana mana perempuan yang menjadi murtad,yakni meninggalkan islam,maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada islam,dan kalau tidak penggallah lehernya"


Sama samalah kita berdoa semuga dijauhi dari melakukan perkara perkara diatas lebih lebih lagi dibulan puasa yang mulia ini semuga puasa kita diberkati...insyaallah






Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian