BERUK BETUL LAH BROADBAND NI...




Dulu mula mula nak guna broadband,siboklah tanya kawan kawan antara Celcom.Maxis dan Digi  yang mana lebih ok dari segi dia punya liputan.Pening kepala aku bila masing masing bagi pendapat yang ini ok...tak yang ini lagi ok...tak yang itu ok......akhirnya semuanya aku tak ok.Cuma dalam hati aku nak cuba guna Celcom sebab line phone aku pun guna  rangkaian Celcom.Kebetulan semasa pi shopping kat Giant Meru aku dipromosi oleh sales yang sibok promosi broadband Celcom.Apalagi aku terus layan la......

Untuk pakej pertama merangkap pakej keselamatan aku ambik yang paling low.Kira ok jugalah taklah teruk sangat,cuma bila cuaca mendung atau hujan merangkaklah dengan aku aku sekali mencari coverrage.Lama jugalah aku guna kura kura ni hingga banyak kali celcom hantar meseg minta diupgradekan,tapi aku malas nak layan.

Suatu ketika aku terima meseg dari celcom mengatakan aku punya speed telah diupgradekan secara percuma 1gb ke 1.5 gb.Bukan banyak manapun.Terima kasehlah kerana bagi percuma,tapi yang sakit hati ,aku punya speed semakin teruk pada yang lama.Nak buat connection sahaja ambik masa 2- 3 minit ,itu belum masuk bab open page lagi......berapa lama nak tunggu daaaa..........lagi baik pakai yang lama.Aku nak siapkan post pendek macam ni pun dah 2 atau 3 kali putus line,apa lagi nak publish.Korang tolong bagi pendapat sikit,nak tukar beruk yang lain ke atau update sendiri pakai hammer.






Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian