Astaghfirullahhalazim.............

Salam blogger





                 
                           " Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang."


                      Itulah ayat suci paling asas yang sering kita gunakan sebagai langkah permulaan sebelum kita memulakan sesuatu perkara yang baik bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.Itulah juga perkara asas yang telah diterapkan dalam diri kita sedari kecil oleh ibubapa , guru sekolah mahupun guru agama kita agar memulakan sesuatu perbuatan yang baik dengan lafaz "Bismillahirrohmanirrohim". Tapi mengapa ya......kadangkala tanpa kita sedar ....kita sering juga terlupa   untuk melafazkan ayat ini sebelum memulakan sesuatu perkara.Ada juga yang sedar yang dia terlupa tapi dah terlajak pulak.Dah dua tiga teguk air masuk kedalam perut baru sedar..."eh....lupa pulak baca bismillah....!".Hihihi.....mengaku atau tidak yang korang pernah terkene perkara seperti ini.Aku sendiri pun sama jugak,kalau ingat bacalah ,kalau terlupa.......cepat cepatlah beristighfar pada Allah dan mohon keampunan dan ketetapan iman.



"Aduuuh.....lupa lagi"

                            Sebenarnya aku nak kongsi sikit tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada maksud ayat diatas.Kalau setakat faham maksud ayat ,semua orang faham....tapi apa maksud yang tersurat dan yang tersirat pada ayat itu tentu ada yang masih garu kepala.Sebenarnya......dulu aku pernah ditanya soalan yang seperti ini.Garu kepala jugalah jawapnya.Disebabkan tidak berpuas hati dan ingin tahu jawapanya maka aku bertanya kepada beberapa orang guru yang mahir dalam bab bab  agama ni.Dalam ramai ramai guru yang aku tanya,hanya ada seorang guru yang aku rasa jawapanya memuaskan hati aku.Bukan bermaksud guru lain tidak arif,cuma cara penerangan maksud agak kabur tapi maksudnya sama sahaja iaitu mengagongkan Allah S.W.T.



Bismillah - Dengan nama Allah

                              Ok...kita mulakan dengan ayat "Bismilliah".Maksud yang kita faham ialah "Dengan nama Allah."....Apa yang korang faham tentang maksud yang tersurat dan tersirat pada ayat ini.Dari apa yang aku difahamkan dengan maksud ayat ini ialah


  • Dengan kehendaknya.
                                    Dengan kehendaknya ,Allah menciptakan bumi,manusia dan alam semesta.Diciptakan bumi sebagai hamparan untuk manusia melakukan amal ibadah kepadanya.Diperkuatkan lagi dengan Firman Allah S.W.T "dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku"




  •  Dengan kemahuanya.

                                   Dengan kemahuanya  agar manusia dibumi ini beramal berpandukan al quran kerana ia adalah kalam Allah sebagai peringatan dan petunjuk kepada yang hak dan yang  bathil.Petunjuk kepada manusia agar tidak sesat selama lamanya.Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka).Tidaklah kamu akan tersesat buat selama lamanya selama kamu masih berpegang kepada kedua duanya iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya"


  •   Dengan perintahnya


                                  Dengan perintahnya juga,agar manusia  melaksanakan hukum hukum yang telah terkandung didalam Al Quran dan bukan sahaja sekadar melaksanakanya sahaja, bahkan turut diamalkan .


Hirrohman-Yang maha pemurah

                                   Pemurahnya Allah kepada sekian hambanya ialah dengan mengurniakan akal fikiran agar manusia dapat membezakan antara dosa dan pahala.Dikurniakan juga pendengaran,penglihatan dan hati  agar manusia bersyukur dan tidak lalai .Sebagai mana Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Dan sesungguhnya ,kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakkan dari kalangan jin dan manusia.Mereka mempunyai hati,tetapi tidak diperguna untuk memahami ayat ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak diperguna untuk melihat tanda tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak diperguna untuk mendengar ayat ayat Allah.Mereka itu ibarat binatang ternakkan,bahkan lebih sesat lagi.Meraka itulah orang orang yang lalai."-Al-A'raaf:179



Nirrohim- Yang maha penyayang

                 Penyayangnya Allah kepada hambanya ialah melalui pemberian pelbagai nikmat kehidupan kepada sekian makhluk yang ada di alam ciptaannya ini.Sebagai manusia yang telah dikurniakan penglihatan dan akal fikiran yang waras ,sudah pasti dapat menilai dan merasai segala kurniaan dan nikmat dari Allah yang maha penyayang  kepada sekalian hambanya.Namun adakah mereka bersyukur akan nikmat itu.....?Allah lebih mengetahui sebagaimana Firmanya yang bermaksud "kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati.(tetapi) amat sedikit sekali kamu bersyukur.[aS-Sajadah : 9].






p/s:Semuga menjadi renungan kita bersama.






Bila tappet perlu di adjust..

Salam blogger ...

                         
                         Apa khabar semua......lama juga rasanya saya tak jenguk bengkel  ni atas sebab kesibukkan  dan sudah tentu  juga postnya lama juga tak diupdatekan....Jadi malam ni saya cuba curi sedikit masa untuk postkan entry ni semuga pembaca semua tidak melihat entry yang sama sahaja setiap kali berkunjung disini terutama sekali pembaca setia dari Kuala Lumpur wilayah persekutuan yang sering aku perhatikan menjadi pembaca setia blog ini.Terima kasih saya ucapkan semuga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.Begitu juga pada pembaca pembaca yang lain yang sudi bertandang disini.Terima kasih sekali lagi.


bila perlu



                        Malam ni saya akan bincangkan bab mengenai bagaimana cara untuk mengenal pasti bila masa yang sepatutnya proses adjustment tappet perlu dilakukan.Biasanya bila clearence tappet dalam keadaan baik,enjin akan berada dalam keadaan senyap.Tetapi sekiranya clearence tappet bermasalah ia akan menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan seperti bunyi ketukan besi yang boleh kita dengar walaupun dari dalam kereta.Ia akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat terutama sewaktu kita menekan minyak bertujuan untuk memotong kenderaan lain atau sewaktu kenderaan dalam keadaan mendaki bukit dengan muatan yang berlebihan.


Overload




                        Kita tentu tidak selesa bila mendengar bunyi enjin kenderaan kita seperti enjin pecah,jadi untuk mengatasinya kenalah kita hantar kebengkel untuk dibuat pembaikkan.Tentu memerlukan kos untuk membaikinya.Namun bagi cylinderhead yang sistem tappetnya menggunakan rocker arm ,seperti gambarajah dibawah ,ia tidak perlu melakukan proses top overhoul untuk proses adjustment tappet.Cukup sekadar membuka cover cylinderhead sahaja dan kos membaikinya tidaklah semahal mana jika dibandingkan dengan cylinderhead yang menggunakan sistem lifter valve.



Rocker arm





Lifter Valve




                      Untuk kenderaan yang menggunakan sistem lifter valve + sim ,cylinderhead terpaksa dibuat top overhoul  memandangkan ia terpaksa diadjust melalui valve seat atau menukar valve yang baru ,tidak melalui lifter dan kosnya pun agak mahal.Bayangkan hanya untuk membuat adjustment tappet sahaja,valve dan valve seat terpaksa dipotong pada bahagian angel untuk menurunkan kedudukan valve agar menjadi rendah sedikit.Bila valve rendah,hujung valve akan menolak semula lifter keatas.Hihihi....saya rasa anda pening nak bayangkan.Ok...kalau masih ada yang kurang faham tinggalkan komen anda dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci lagi dimasa akan datang.





Hydraulic lifter


                      Bagi kenderaan yang menggunakan liftervalve dari jenis hydraulic ,seperti enjin campro ,contohnya Gen2,Pesona,saga ,exora dan lain lain keluaran terkini ,ia memerlukan masa yang agak lama untuk mengalami masalah tappet kerana kandungan minyak yang terkandung didalamnya akan ditambah dan diadjust secara outomatic apabila clearence antara liftervalve dengan camshaft semakin besar.Akan tetapi sekiranya ia menghadapi masalah tappet ,ia juga terpaksa menjalani proses top overhoul juga dan kosnya juga agak mahal jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang menggunakan sistem rocker arm.Tapi sekiranya anda boleh melakukan proses baik pulih sendiri adalah lebih baik kerana sudah  tentu ia akan lebih menjimatkan kos.Jumpa lagi .








Baca,fikir dan nilailah sendiri......

Salam blogger

                         Maaf pada yang berkunjung disini kerana setakat ini belum ada post terbaru untuk aku update kan .Bukan apa .cuma kebetulan sejak kebelakangan ni aku agak sibuk dan dengan urusan keluarga.Juga ambil sedikit kesempatan menyibuk jugalah dengan mengikuti berita berita terkini tentang  peristiwa kejadian pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu tu.Tapi aku setakat hanya jadi pemerhati dan pembaca setia pada setiap perkembangan terkini melalui beberapa laman laman blogger yang rasa rasa aku 50% boleh dipercayai sementara 50% lagi aku cari dari sumber lain.Bukan apa...sejak berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu tempohari,terlalu banyak berita berita mahu pun pendapat  yang telah digembar gemburkan dan ditokok tambah hingga boleh menyebabkan ramai diantara kita yang terkeliru dengan berita berita tersebut.





                           Sedang anggota keselamatan kita bertungkus lumus mempertahankan negara, di laman laman sosial pula tidak kurang juga hebatnya dengan segala macam pertempuran sesama islam dengan  caci maki dan kata kata kesat dihambur sesama sendiri demi mempertahankan kedaulatan parti masing masing antara golongan puak penyokong  dan puak  pembangkang.Tidak sedar yang memaki dan yang kena maki tu adalah bangsa sendiri dan tidak sedarkah yang di negara kita ni terdiri dari berbilang bangsa,... ada sesetengah dari mereka sedang memerhati dan hanya menunggu masa sahaja untuk bertepuk tangan setelah melihat bangsa kita(Melayu) bersengketa sesama sendiri hanya disebabkan terlalu taksub dengan fahaman politik  masing masing.Kadang aku sendiri tidak faham apa yang mereka taksubkan dengan fahaman politik mereka.Seolah olah fahaman itu yang menentukan   hidup  mati mereka..Walhal Qada dan Qadar mereka telah ditentukan olehAllah S.W.T.Itu kita kena wajib percaya.

                            Tamak.....itulah sikap buruk yang ada pada manusia.Tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada.Namun mereka akan cuba melindungi sikap buruk itu dengan berbagai cara demi  mencapai hajat yang mereka inginkan walaupun pada hakikatnya keburukkan itu boleh dinilai oleh orang lain melalui tidak tanduknya tanpa ia sendiri menyedari.Allah itu maha adil dan bijaksana kerana dalam diri seseorang manusia itu terdapat satu sifat yang kadangkala manusia itu sendiri tidak mengetahui iaitu leka dalam sedar.

                           Mengenai  soal keselamatan negara biarlah ia ditentukan oleh mereka mereka yang mahir dan yang telah kita  rakyat Malaysia amanahkan kepada mereka untuk menjaganya.Sekiranya ada pembelot diantara kita biarlah mereka yang menguruskan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut  mereka lakukan kerana itu bidang mereka.Sebagai rakyat yang telah dididik dengan semangat jiwa demokrasi tidak perlulah untuk kita campurtangan dalam urusan keselamatan negara  ini .Doakanlah keselamatan dan kesejahteraan mereka.Mereka juga mempunyai keluarga yang mereka sayangi sepertimana juga kita dan......mereka juga sanggup bergadai nyawa hanya untuk keselamatan negara dan rakyat,tidak mengira nyawa yang mereka lindungi itu  dari pihak penyokong atau pembangkang.Al-Fathihah dan salam takziah  buat keluarga   anggota anggota keselamatan kita yang telah gugur....Amin




                         

                            
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian