Talam Corporation

Salam blogger....




Memahami Kes Talam
Menurut sumber....
                          Cerita ini bermula pada 80an dan 90an, apabila seorang jurutera bernama Chan Ah Chye yang bekerja di PKNS.Chan mengasaskan Talam Corporation, dan mungkin hasil hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Menteri Besar waktu itu Muhammad Taib, berjaya menjadi antara pemaju-pemaju utama di Selangor.Banyak tanah di Selangor diperuntukkan ke Talam secara percuma! Tanah ini dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman besar yang membiayai projek-projek Talam.Barangkali pembaca boleh meneka siapa yang dapat berkongsi untung dari projek-projek ini.
                         Akhirnya, krisis ekonomi sekitar tahun 1997 melanda Talam. Akibat tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman besar, kedudukan kewangan Talam semakin merosot dan projek-projek semakin terbengkalai.Malangnya, Talam dan sekutu-sekutu politiknya gagal insaf atau bertaubat. Pada 2001, di bawah Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo, tiga bidang tanah diperuntukkan kepada anak syarikat Talam Maxisegar Sdn Bhd sebagai pembiayaan pembinaan kampus induk UNISEL dengan kos pembinaan RM 750 juta.Projek ini akhirnya turut terbengkalai dan pada September 2006, Talam diklasifikasikan sebagai ‘Affected Company’ menurut amalan Practice Note 17 (PN 17) akibat kedudukan kewangannya yang parah.
                          Pada 2008, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyandang jawatan Menteri Besar, beliau mewarisi masalah ini di mana Talam berhutang besar kepada Kerajaan Negeri serta anak-anak syarikatnya.Untungnya rakyat Selangor, selaku Menteri Besar Abdul Khalid dengan berpengalaman dalam bidang kewangan korporat. Beliau memulakan usaha mengutip balik hutang Talam.Rancangan yang akhirnya dipilih berasaskan prinsip yang mudah: menggunakan aset-aset Talam yang masih ada untuk menjelaskan hutang tersebut.Rumusannya: Pertama, hutang Talam disahkan dan direkod dalam akaun (sesuatu yang tidak dibuat sebelum 2008). Selepas disahkan semua pihak, hutang ini dipindahkan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) yang akhirnya bertanggungjawab mengutip hutang dalam bentuk tanah dan wang tunai.
Bahagian seterusnya menjelaskan proses secara terperinci.
Walaupun rumit dan mungkin membosankan, proses disenaraikan untuk sesiapa yang ingin tahu dan untuk menegakkan nilai-nilai ketelusan.
1. Talam berhutang RM 392 juta kepada tiga anak syarikat Selangor: KHSB, PIYSB, dan PNSB.
2. Setelah hutang ini dipersetujui, disahkan dan direkodkan, satu lagi anak syarikat Selangor,Selangor Industrial Corporation (SIC), membeli hutang tersebut daripada tiga syarikat itu.
3. SIC mengambil pinjaman RM 392 juta dari CIMB untuk membeli hutang tersebut.
4. Pada November 2009, Exco Negeri serta Dewan Negeri meluluskan geran RM 392 juta kepada MBI yang menggunakan dana tersebut untuk membeli dan mengambilalih hutang – hutang dari SIC.
5. SIC kemudiannya mengguna dana tersebut untuk membayar balik pinjaman daripada CIMB.
Proses rumit, objektif mudah – tanpa sebarang perbelanjaan tinggi, Talam kini berhutang jumlah yang sama kepada satu sahaja anak syarikat Selangor, bukan lagi tiga yang asal.Kita harus memerhatikan bahawa tidak wujud pada bila-bila masa atau mana-mana peringkat transaksi sebarang pemindahan dana kerajaan kepada Talam. Pemindahan dana hanya berlaku dari satu saku Kerajaan Negeri kepada saku yang lain.Ini adalah perbezaan yang amat ketara berbanding syarikat-syarikat seperti Indah Water Konsortium, MAS, atau Putra/Star LRT, di mana duit rakyat dimasukkan terus ke dalam syarikat-syarikat yang kelihatan hilang beratusan juta ringgit melalui penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketirisan.
Pengstrukturan semula hutang Talam berjaya mengesahkan hutang Talam dan membuka jalan untuk Talam membayar balik hutang tersebut ke satu sahaja anak syarikat negeri.Satu lagi pencapaian yang amat penting adalah bahawa MBI berjaya kutip semula jumlah sepenuhnya hutang Talam, iaitu RM 392 juta.Lebih satu dekad bawah BN, satu syarikat berhutang ratusan juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dalam setahun dua sahaja mentadbir di Selangor, Abdul Khalid berjaya kutip semula hutang ini, dan meningkatkan dana yang boleh dibelanja untuk membiayai program-program kebajikan di seluruh Selangor.
Skandalnya adalah cara Talam dibiarkan sahaja dan tidak diminta pun untuk bayar balik hutang ini bawah BN, dan skandalnya adalah kita terpaksa tunggu 50 tahun sebelum mengangkat pemimpin yang berupaya mereformasikan amalan-amalan kotor ini.Chua Tee Yong sepatutnya membuat kerja rumah sebelum berhadapan dengan Abdul Khalid. Ketidaksediaan anak lelaki Presiden MCA ini menyaksikan angka-angka yang disebut berubah-ubah setiap masa, hari pertama kata RM1 bilion, hari kedua RM260 juta dan hari ketiga RM42 juta pula.
Yang menjadi kemarahan BN ialah bagaimana Kerajaa Negeri berjaya secara sistematik memaksa Talam membayar hutang tersebut secara aset dan tunai.Jika dilihat pada aset-aset dan jualan aset yang terlibat, rata-ratanya mencatatkan kepentingan kroni yang bukan sedikit. Kerana itu kita tidak pelik apabila puluhan tahun BN di Selangor masih gagal mendesak Talam membayar hutang dengan kaedah ini.Jika digunapakai, pasti ada kalangan kroni-kroni, baik dalam parti, mahupun di luar parti, yang akan‘mengamuk’.
Dan puluhan tahun ketakutan BN mengambil kembali hak rakyat Selangor yang dirampas rasanya sudah terjawab.Kalangan kroni yang terlibat dengan kawasan-kawasan aset dan jualan aset berkenaan mungkin boleh mengangguk bersetuju bahawa merekalah punca BN selama ini takut untuk menyentuh aset-aset Talam yang nilainya ratusan juta ini.
-Syed Junaidi Syed Abu Bakar-


Scan DIY

Salam blogger....


                        Kita sebagai manusia , tidak akan sunyi dari gangguan atau cobaan yang terpaksa kita hadapi sebagai dugaan ditahap mana keimanan kita kepada pencipta kita Allah S.W.T.Gangguan atau cobaan itu akan datang dalam berbagai bentuk yang kadangkala kita sendiri tidak tahu gangguan jenis apakah ini.Lebih lebih lagi kalau ia melibatkan gangguan yang berpunca dari syaitan dan jin yang sifatnya memang untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan.Gangguan dari syaitan dan jin ini tidak semestinya bertumpu pada orang dewasa sahaja.Kadangkala kepada anak anak kecil pun ia akan mengganggu.Jadi kita sebagai ibubapa pasti akan merasa serba salah sekiranya ia terjadi kepada anak kita sendiri.

                        Berbagai ikhtiar akan kita lakukan demi anak kesayangan kita,termasuklah berjumpa bomoh atau pawang walaupun kita tahu ianya adalah khurafat.Tapi demi anak..........namun demi menjaga akidah kita sebagai umat islam ,anda dilarang mempercayai atau berjumpa bomoh atau dukun yang cara pengubatannya berlandaskan pujaan atau jampi serapah.Sebaik baiknya carilah ustaz ustaz atau gunakan perubatan cara islam yang berlandaskan ayat suci al Quran sebagai cara pengubatanya.

                         Seperti yang saya katakan diatas tadi,gangguan  syaitan dan jin kepada anak kecil ini datangnya dalam berbagai bentuk dan cara.Sukar untuk kita mengetahui adakah ia gangguan dari laknatullah ini atau penyakit biasa.Jadi sebagai cara untuk mengetahuinya,disini saya kongsikan bersama melalui cara SCAN.Scan yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan tapak tangan kita sendiri disamping disertai dengan bacaan ayat ayat suci al Quran.Sebaik baiknya lakukan semasa anak kita sedang tidur kerana ia akan lebih mudah kita untuk mengetahuinya.



                                                     Sekadar gambar hiasan



  •  Berwudhuk terlebih dahulu 
  • Letakkan tapak tangan kanan anda pada ubun ubun kepala anak anda.
  • Bacakan surah Al Fathihah 1 kali
  • Bacakan ayat Kursyi 7 kali
  • Bacakan surah Al Ikhlas 3 kali
  • Bacakan surah Al Falak 3 kali
  • Bacakan surah An Nas 3 kali

                             Semasa anda membacakan ayat ayat suci tadi,perhatikan sekali bahagian tangan dan kaki anak kita.Adakah ia bergerak gerak atau tidak.Seandainya tangan atau kaki atau kedua duanya sekali bergerak gerak,bermakna ada gangguan pada anak anda.Segeralah ikhtiarkan untuk berjumpa mana mana yang mahir dalam menangani kes kes yang melibatkan gangguan syaitan dan jin ini.Seperti yang saya katakan tadi,berjumpalah pada pakar pakar yang menggunakan ayat ayat suci Al Quran sebagai cara pengubatanya.Subhanallah......

Adjust tappet untuk kenderaan diesel

Salam blogger....

                           Kalau sebelum ini saya banyak menerangkan tentang adjustment tappet pada enjin yang berasaskan penggunaan petrol,kali ini saya akan menerangkan pula tentang adjustment tappet pada enjin yang menggunakan Diesel .Sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi adjustment tappet antara cylinderhead yang menggunakan diesel dengan petrol.Ia cuma berbeza sedikit dari segi saiz kerenggangan tappet dan grain valve.Untuk post ini saya akan terangkan bagaimana enjin diesel model Toyota 2L dibaik pulih  dari peringkat awal sehinggalah ia siap untuk dipasang semula pada enjin.

Toyota 2L image


              Kerosakkan yang kerap berlaku pada cylinderhead dari jenis ini ialah timing belt putus,chamber pecah,retak atau kedudukan chamber menjadi longgar,hictor plug patah dan tertinggal didalam cylinderhead dan cylinderhead pecah atau retak.Kebiasaannya sebelum ia dibaik pulih tidak kira samada ia mengalami overheat atau tidak,ia akan menjalani proses water pressure test terlebih dahulu bagi memastikan cylinderhead tidak pecah.Model dari jenis Toyota 2L,3L dan 5L ,kebiasaanya ia kerap pecah pada bahagian tapak chamber,retak antara 2 valve seat,tapak valve seat dan pada bahagian rumah nozles.Sekiranya salah satu dari kerosakkan berlaku pada cylinder head tersebut ia akan dikira lupus.

              Pembaikkan jenis cylinderhead ini biasanya dilakukan pada bahagian valve seat,samada menukar atau pemotongan semula permukaan valve seat.tukar bahagian valve guide dan valve.Valve seat perlu ditukar sekiranya terlalu rendah yang mana ia akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan ukuran kerenggangan saiz atau clearence yang di perlukan.Begitu juga dengan valve, kerana kedua dua bahagian ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam kerja kerja membuat adjustment tappet nanti



                                                               

             Shim tappet rosak                                                           Lifter valve rosak



              Berkenaan dengan shim tappet,ia tidak akan rosak dan tidak perlu diganti sekiranya ia hanya mengalami kerosakkan biasa sahaja.Akan tetapi sekiranya timing belt terputus,ia akan melibatkan kerosakkan pada bahagian shim dan lifter valve (lihat bambar diatas ).Disamping itu camshaft akan bengkok sedikit menyebabkan ia agak sukar atau ketat untuk dipusingkan setelah diikat pada cylinderhead.Ia juga akan menyebabkan valve menjadi bengkok atau patah dan kemungkinan besar akan jatuh kedalam ruang pembakaran dimana akan menyebabkan berlaku kerosakkan pada bahagian piston pula.




Kesan pada piston



                          Sebagai langkah pertama untuk tappet adjustment setelah cylinder head siap dibaik pulih,Lifter valve complete set akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam cylinderhead tanpa mengikut urutan.Pasangkan camshaft beareng , camsahaft ,cap dan ikat .Cuba pusingkan terlebih dahulu samada camshaft boleh berpusing atau tidak.Sekiranya ia berpusing agak ketat,buka semula dan periksa apa yang menyebabkan ia ketat.Tapi biasanya kalau ia agak ketat pastinya berpunca dari camshaft yang telah bengkok.Tukarkan camshaft yang baru atau second hand.



                  
Pemasangan untuk adjust Tappet


              
                                  
                                                    Penggunaan feller gauge



                        Betulkan kedudukan camshaft lobe menghala ke atas.Masukkan valve ditempatnya dan tolak keatas sehingga mengenai lifter valve dan liftervalve tadi mengenai pula pada bahagian camshaft.Masukkan feller gauge yang bersaiz 0.25mm untuk intake dan pastikan ia masuk tetapi jangan terlalu longgar.Sekiranya terlalu ketat atau tidak boleh masuk,gosok bahagian belakang valve sedikit demi sedikit sehinggalah feller gauge tadi boleh masuk.Sementara untuk outake gunakan cara yang sama tetapi dengan menggunakan saiz 0.30mm.Tandakan mengikut urutan pada valve agar ia tidak bercampur aduk selepas siap dibuat adjustment.Lakukan sehingga siap kesemuanya.Setelah siap keluarkan semula camshaft dan ketepikan untuk proses skimming head jika perlu. 



                                                       Bahagian yang dipotong


                         Selepas siap kesemuanya,lakukan pula proses grainvalve untuk memastikan agar tiada berlaku kebocoran compression.Cuci bahagian yang telah digrain valve agar tiada sisa sisa grain paste yang tertinggal.Pasangkan valve seal pada valve guide dan masukkan pula valve yang telah siap digrain valve tadi.Seterusnya pasangkan return spring dan proses terakhir pasangkan camshaft beareng dan masukkan camshaft semula pada tempatnya.Ikat menggunaka tork spanar dengan kekuatan 80-90 lb.Mulakan ikatan mengikut gambarajah seperti dibawah.Setelah itu ia siap untuk dipasang pada enjin blok.



                                                           susunan ikatan untuk camshaft





                       Sekian.

Punca kerosakan

Salam blogger....

                             Disiniterdapat beberapa senarai tentang punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan sebagai panduan untuk anda semua.Semuga ia berguna sebagai pengetahuan asas untuk anda


Punca 


1.Punca :  Spark plug basah atau berkarbon


  • Ia berpunca dari bahagian piston ring yang telah haus.
  • Selinder blok yang telah haus.
  • Proses lapping atau grain valve yang tidak sempurna.
  • Injektor yang tersumbat
  • Valve seal rosak atau tidak ditukar ketika proses top overhoul.
  • Terdapat valve bengkok yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Valve guide / sarung valve terlalu goyang atau retak.
  • Penyelarasan timing yang tidak tepat.
  • Permukaan valve seat yang tidak sekata / tidak rata.
  • Terdapat campuran air dalam sistem pembakaran.



2. Punca : Susah untuk start


  • Masalah pada distributor
  • Spark plug rosak,basah atau berkarbon
  • Kaburator tersumbat atau dipenuhi angin
  • Timing yang tidak dilaras dengan betul
  • Kerosakkan pada bahagian fuel pump.
  • Fuel filter atau penapis minyak yang tersumbat atau kotor.
  • Starter rosak
  • Ikatan cable pada kepala bateri longgar.
  • Ikatan cylinderhead pada blok tidak sekata/lost compress.



3. Punca :  enjin bunyi bising


  • Piston ring telah haus atau longgar
  • Tappet atau lifter valve tidak dilaras dengan betul (knocking )
  • Camshaft terlalu ketat untuk berpusing.
  • Kerosakkan pada rocker arm
  • Beareng crankshaft haus atau rosak
  • Beareng Connecting rod haus atau rosak



4. Punca :  enjin mati tiba tiba


  • Enjin dimasuki air
  • Overheatting yang melampau.
  • Timing belt putus
  • Fuel pump mengalami kerosakkan
  • Fuel filter tersumbat
  • Kepala bateri (nagetif) bersentuhan dengan body 


5. Punca :  overheatting


  • Kandungan air dalam radiator tidak mencukupi
  • Kandungan air pada tangki spare terlalu penuh atau kurang.
  • Leaking pada bahagian top gasket
  • host yang telah retak atau expired
  • Kipas radiator tidak berfungsi
  • Kerosakkan pada water pump
  • Thermostat mengalami kerosakkan
  • Penutup tangki radiator yang tidak sesuai
  • Sistem  penyelarasan break yang tidak betul









Kezaliman dibumi Gaza.

Salam blogger....



                "  Kita hanya mampu berfantasi....tetapi mereka menghadapi realiti. "




       
                                                      Kezaliman apakah ini........





x

Cara pemasangan camshaft Kelisa



Salam blogger



                            Entry ini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini yang menerangkan tentang bagaimana proses penyelarasan shim tappet dilakukan.Mungkin sesetengah dari kita akan merasa keliru bagaimana  cara untuk pemasangan semula bahagian camshaft yang terdiri dari outake cam dan intake cam atau dengan kata lain twin cam.Pada entry sebelum ini dalam bab "Tappet adjustment untuk perodua Kelisa / Kenari ",saya ada menerangkan tentang langkah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum kita membuka dan mengeluarkan camshaft dari cylinder head.Langkah langkah ini amat penting kerana sekiranya diabaikan ,ia akan mendatangkan masalah semula pada kita ketika pemasangan semula camshaft pada cylinderhead.Antara masalah yang akan timbul ialah pada timing mark dan bahagian gear yang berlapis / layered gear.



                                                               
                                                     Lock gear


                             Gambarajah yang bertanda anak panah berwarna merah di atas adalah tempat untuk kita mengunci kedua dua lapisan gear dengan menggunakan nut agar ia tidak berselisih ketika kita mengeluarkannya dari cylinderhead.Fungsi lapisan gear yang didalamnya mengandungi lingkaran spring ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada gear bersebelahan bertujuan agar ia tidak menghasilkan bunyi yang terlalu kasar.Perlu dipastikan juga agar anda tidak lupa untuk membuka semula nut yang anda telah ikat tadi setelah siap pemasangan agar tidak menimbulkan masalah yang lain pula.



                                            

                                          Pemasangan semula camshaft


                         Untuk pemasangan semula, anda tidak boleh memasang camshaft secara satu persatu kerana anda akan menghadapi kesukaran apabila anda melakukan pemasangan camshaft yang kedua akibat tekanan dari gear dan shim tappet.Sebaiknya anda memasang kedua dua camshaft secara serentak dan ikat cap satu persatu dan pastikan semasa anda mengikat ,ikatan tidak terlalu ketat .Sekiranya anda merasakan agak ketat semasa mengikat,jangan terlalu memaksa,cuba ikat bahagian lain kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada bahagian skru threads.Lakukan dengan berhati hati.Semuga anda mendapat manfaat dari entry ini



                          Sekian







                                                                      
                                
                                    

                                

Selaras waktu tamat persekolahan



Salam blogger...
                             


                       Entry aku ini adalah sebagai ulasan dari artikel keluaran HarianMetro yang bertarikh 16.11.2012 berkenaan tajuk Selaras waktu persekolahan.Artikel ini menyebut tentang rasa tidak puas hati atau cadangan dari pihak GPBSM(Gabungan pengguna bas sekolah Malaysia) melalui Presidennya Encik Rofik Mohd Yusof tentang waktu tamat persekolahan di antara kelas kelas yang tidak sekata.Ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibubapa yang menggunakan perkhidmatan bas untuk menghantar dan mengambil anak mereka kesekolah,malah juga kepada ibubapa yang mengambil sendiri anak mereka , terpaksa membataskan waktu yang mereka ada hanya untuk menunggu anak anak mereka yang tamat waktu persekolahannya yang berbeza beza.Saya sendiri sebagai bapa pun kerap mengalami situsai yang begini dan kadangkala ia boleh menimbulkan perasaan marah lebih lebih lagi bila terpaksa berpanas dan berhujan di sebabkan  pihak Sekolah  tidak mengambil daya inisiatif  bagi menyediakan tempat  untuk ibubapa berteduh sementara menunggu kepulangan anak anak mereka.Adakah pihak Kementerian atau sekolah tidak prihatin tentang perkara ini?...atau setakat prihatin sahaja.Dibawah adalah artikel yang saya maksudkan.Copy & past.






Selaras waktu tamat sekolah

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula waktu tamat persekolahan supaya tidak memperlihatkan perbezaan masa yang begitu ketara terutama di peringkat sekolah menengah.
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, waktu tamat persekolahan yang tidak selaras mendatangkan kesukaran kepada pihaknya untuk mengatur operasi mengambil dan menunggu pelajar, selain membabitkan kos.

“Kalau ikut jadual sekarang, ada yang keluar pada jam 1.05 tengah hari, 1.30 tengah hari malah jam 2 petang dan 2.30 petang pun ada. Bukan serentak menyebabkan kami terpaksa tunggu semua pelajar keluar (ada) baru boleh bergerak.


“Bila kami buat begitu (menunggu) ada ibu bapa yang anaknya tamat sekolah awal marah sebab anak mereka sampai lambat (di rumah) kadang-kadang sampai jam 3 petang, tapi untuk kami sebagai pengusaha buat dua kali perjalanan (mengambil pelajar) adalah mustahil.

“Sebab semuanya membabitkan kos dan kami juga ada kekangan dari segi bas sekolah. Atas faktor beginilah kami mohon supaya Kementerian Pelajaran ambil kira pandangan untuk selaras waktu tamat persekolahan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.


Mohd Rofik berkata, beliau berharap perkara itu diperbincangkan dengan lebih mendalam berikutan tidak mahu mengganggu komunikasi dua hala dengan ibu bapa pelajar apabila anak mereka dihantar lambat dari sekolah.



Beliau juga berkata, mesyuarat agung pertama GPBSM yang akan diadakan 24 November depan bakal mengulas isu itu secara mendalam dan beberapa perkara lain yang membabitkan kepentingan pengusaha bas sekolah di negara ini.

“Kami memfokus kepada bagaimana meningkatkan mutu dan membantu pengusaha menjana pendapatan tambahan termasuk cadangan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji pemberian Lesen Perubahan Sementara (LPS) hanya kepada bas sekolah bagi setiap musim perayaan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

              

Terkenang zaman di sekolah rendah dahulu.....pengorbanan ibu dan ayah.        

SEO SITE CHECKUP

Salam semua.....




analisis blog anda

                             Adakah selama ini anda sedar blog anda bermasalah?Maksud saya masalah dari segi SEO ,meta tag,HTML,keywords dan sebagainya yang mungkin anda tidak sedar ia telah lama bertapak sejak dari mula anda berblog.Sedikit demi sedikit masalah akan timbul setiap kali anda mengupdate blog anda.Dari itu sebagai usaha untuk mengetahui punca punca masalah tersebut, ada baiknya anda menganalisis kandungan blog anda agar dapat mengetahui dimana punca punca masalah tersebut dan bagaimana cara untuk menyelesaikanya.

                             Dalam entry saya yang sebelum ini saya ada  menyertakan link yang fungsinya juga untuk menganalisis kandungan blog yang bermasalah seperti dihttp://chkme.com/  malangnya laman ini hanya menganalisi secara ringkas tanpa memberikan panduan untuk jalan penyelesaian.Laman web  http://www.woorank.com/  ada turut menyediakan khidmat percuma seperti ini dan kalau dari segi kutipan bintang saya beri 3 bintang kepada Woorank.com berbanding 2 bintang  untuk CHKME.com.  Berbanding dengan laman web ini SEO SITE CHECKUP......ia menyediakan analisis blog yang agak terperinci dari segi:

  1. Meta tag Analyzer.
  2. Backlink checker
  3. H1 dan H2 tag test
  4. HTML page size test
  5. Most common keywords test
  6. Favicon test  validator
  7. Page cache test
  8. HTML compress/Gzip test
  9. Url canonicalization
  10. Lib www -perl acces test
  11. Site loading speed test
  12. Server signature test
  13. Visitor breakedown test
  14. Image expires tag test
  15. Page object count test
  16. Nested tables test
  17. WebsiteIP check
  18. IP canonicalization

                                Sekiranya anda berkeinginan untuk menganalisis masalah yang terkandung dalam blog anda, bolehlah terus ke alamat ini : http://www.seositecheckup.com/



Sekian




              




Penggantian Valve seat

Salam semua...




                                     Dalam beberapa bab sebelum ini saya ada menulis tentang proses membaik pulih Cylinderhead terutama pada bahagian valve seat.Pada post pemulaan itu, saya ada menerangkan secara asas bagaimana dan mengapa valve seat perlu dibaik pulih.Jadi untuk melengkapkan lagi kandungan entry tersebut,disini saya akan terangkan lebih lanjut apa yang dikatakan penggantian valve seat, mengapa dan bila waktunya ia perlu diganti dengan secara lebih terperinci.





                                                              
                                                             Valve seat



                                 Di atas adalah imej Cylinderhead dan yang bertanda anak panah berwarna merah itu ialah apa yang dinamakan valve seat.Pada satu satu Cylinderhead,valve seat terdiri pada 2 bahagian ,Iaitu intake valve seat dan outake valve seat.Intake valve seat adalah untuk bahagian kemasukan bahan api,sementara outake valve seat pula adalah untuk bahagian pelepasan bahan bakar setelah proses compress.Dari segi ketahanan,outake valve seat adalah lebih keras dan  berbanding intake valve seat. Pembuatan valve seat dari segi bahan mentah terdiri dari pelbagai jenis.Namun kebiasaannya,untuk kenderaan jenis ringan , penggunaan bahan mentah dari jenis Virgin TFE,Stainless steel/PTFE yang boleh bertahan dengan suhu antara 50F hingga 450F sering digunakan.




                                                       Fungsi valve seat



                                       Fungsi utama valve seat ialah sebagai tapak atau pelapik kepada valve.Oleh sebab itulah valve seat diperbuat dari bahan yang keras dan tahan panas kerana semasa enjin berfungsi,valve akan bertindak balas pada valve seat ketika proses buka dan tutup dengan cepat disamping berlakunya proses pembakaran yang terus menerus.Kepanasan yang maksimum akan menyebabkan valve seat yang diperbuat dari bahan besi jenis biasa dan kadang kala dari jenis cast iron ,akan menimbulkan berbagai risiko seperti pecah atau terkeluar dari kedudukanya.Sekiranya ini berlaku,ia akan meyebabkan beberapa tempat mengalami kerosakkan yang agak teruk.Lihat gambar dibawah.




                                              Kesan kerosakkan valve seat

                                 

                                       Berlakunya kerosakkan seperti gambarajah diatas,akan melibatkan pembaikan pada banyak tempat.Permulaan proses,valve seat intake dan outake akn di keluarkan dengan cara weld atau melalui pemotongan dengan menggunakan mesin.Setelah itu proses T,I.G weld.akan dilakukan pada permukaan yang mengalami kerosakkan terutama di bahagian keliling tapak valve seat agar pembentukkan semula tapak dapat dilakukan.Tapak yang telah siap di welding akan di bentuk semula dengan menggunakan mesin berpandukan kepada saiz valve seat gantian yang baru.Untuk cylinderhead dari jenis alumunium atau aloi dan tidak menggunakan CNG (Compress natural gas) sebagai bahan api,valve seat dari jenis cast iron boleh digunakan kerana ia lebih murah berbanding yang original.




                           
                                          Pemotongan semula tapak valve seat



                                        Setelah siap proses pembentukkan semula tapak, valve seat akan dimasukkan semula dengan cara mengetuk atau menggunakan hydraulic pump.Akan tetapi kebiasaannya penggunaan cara ketuk adalah lebih baik dan lebih selamat berbanding menggunakan hydraulic pump.Dengan cara ketuk,kita akan dapat merasa berapa ketat valve seat masuk ke dalam tapaknya.Sebaliknya jika menggunakan hydraulic pump kita tidak dapat mengagak berapa ketat valve seat itu masuk kedalam tapaknya.Selepas itu proses pembentukkan semula tapak valve seat  akan dilakukan sehinggalah siap proses keseluruhanya.Lihat gambar di bawah.




                                                Bentuk semula valve seat


                                       Bercakap mengenai kesan penggunaan CNG pada  valve seat, kenderaan yang menggunakan sistem NGV, akan mengalami impak paling teruk terutama pada bahagian valve seat.Begitu juga dengan valve guide.Sepanjang pengalaman saya membaik pulih cylinderhead,bila kenderaan yang menggunakan CNG sebagai bahan bakar mengalami kerosakkan ,saya dapati keadaan valve seat seperti tenggelam kedalam sementara valve guide menjadi terlalu longgar yang menyebabkan valve tidak berkedudukan tetap.Ini kerana  gas CNG yang bersifat kering, ringan dan mempunyai suhu kepanasan yang agak tinggi dan mungkin melebihi tahap kepanasan maksimum valve seat.Ini akan menyebabkan valve seat  lebih cepat mengalami kerosakkan jika berbanding penggunaan petrol yang sememangnya mempunyai unsur unsur perlindungan .Sekiranya ingin kepastian cuba perhatikan pada ruang pembakaran antara yang menggunakan CNG dengan bahan bakar petrol semasa membuat top overhoul.Memang banyak perbezaannya..

                                       

 Sekian dahulu dari saya.








                                        

Sekadar luahan hati.....




Salam semua....
                     
                        Sekadar luahan hati.....


                     


Tinggal kenangan





Punca camshaft patah

Salam blogger...



                         Ok...blog aku dah separuh pulih.Kalau sebelumnya markah SEO yang aku dapat cuma 27 peratus sahaja.,sekarang dah ok sikit la.Dah meningkat ke 51 peratus.Tapi masih ada lagi yang perlu diperbetulkan.Lambat sikit lah sebab aku tak paham sangat apa masalah yang timbul pada link url dan  file image aku.Tak apalah...tolak tepi dulu...yang penting ada pengisian dan terus menulis....yang lain tolak tepi dulu....... seperti kata member blogger kita http://hazminhamudin.com/.

                          Entry ini adalah sambungan dari entry  yang telah aku publishkan sebelum ini.Kalau sebelum ini entry mengenai Camshaft fiiting membincangkan secara asas sahaja....untuk entry kali ini aku akan terangkan secara lebih terperinci apa yang menyebabkan camshaft menjadi bengkok atau patah dan cara untuk mengatasinya.



camshaft


                          Diatas ialah apa yang dikatakan camshaft.Ia diperbuat dari besi tuang atau cast iron  yang bersifat rapuh.Tapi tak lah serapuh biskut ye.....Ia akan mudah patah bila terhempas dan akan bengkok  dan berkemungkinan akan patah bila mengalami tekanan yang berlebihan.Dalam sebatang camshaft ada mengandungi beberapa bahagian yang kelihatan agak terkeluar yang dikenali sebagai Lobe.Lobe berfungsi untuk memberi tekanan kepada valve spring agar  proses buka tutup valve akan berlaku mengikut jangka masa atau timing yang telah di tetapkan .Kepada anda yang suka membuat pengubahsuaian bertujuan untuk menambah power pada kenderaan anda....lakukan pada bahagian ini.Akan tetapi ia memerlukan ketepatan dari segi ukuran ketinggian lobe agar anda dapat apa yang anda inginkan.Jangan main belasah je...nanti kereta anda akan sentiasa menggigil ......Maksud aku bergegar..



cylinderhead

                          Cylinderhead adalah punca utama mengapa dan bagaimana camshaft boleh menjadi bengkok atau patah.Apabila cylinderhead mengalami overheatting yang agak teruk,sifatnya akan berubah menjadi melengkung.Dibandingkan cylinderhead yang diperbuat dari jenis cast iron atau besi tuang,cylinderhead yang diperbuat dari jenis aloi atau alumunium lebih mudah mengalami masalah seperti ini (melengkung)Apabila cylinderhead melengkung,kedudukan camshaft yang terikat pada cylinderhead tadi akan turut sama melengkung.dengan itu camshaft akan mejadi semakin ketat untuk berpusing akibat tekanan dari bahagian tengah cylinderhead.Disitu sahaja tentu anda sudah boleh membayangkan apa kesanya pada camshaft yang terpaksa menanggung tekanan pada 3 tempat bahagian.Seandainya anda kurang faham ,dibawah saya sertakan lakaran sebagai imiginasi agar anda lebih faham.




                                                                 Lakaran imiginasi

                               
                                    Anak panah yang berwarna merah  merupakan bahagian  yang paling tinggi memberi tekanan kepada camshaft.Sementara bahagian yang bertanda 2,adalah bahagian yang berisiko tinggi untuk camshaft patah.Tekanan seperti ini akan memberi banyak kesan pada bahagian bahagian lain seperti timing belt akan lebih pendek jangka hayatnya kerana terpaksa memusingkan camshaft yang telah sedia ketat untuk berpusing akibat dari tekanan tadi.Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa usaha untuk membaikinya....atau mungkin kerana anda beranggapan ia perkara kecil....dan kereta masih boleh bergerak.......tak apalah pakai dulu...tanpa anda mengetahui  enjin  kenderaan anda menghadapi risiko yang bagaimana.



                           
                                                              ehsan google
                            
akibat






BPC


                   Ok ....jumpa lagi 










Peratus SEO

Salam blogger...



                       Malam tadi aku baru sedar mengapa blog aku seperti ada sesuatu yang tak kena....tapi aku tak pastilah apa yang tak kena tu.........Dulu awal 2011 masa permulaan aku berjinak jinak dengan blog ni,memang tak de masalah....ok je.Lepas setahun aku tak aktif dan sekarang bila aku aktif semula banyak pulak masalah yang timbul.Aku memang perasan masalah pada blog tu....tapi tak tahu nak mula dari mana untuk mencari punca masalah tu.


                        Kebetulan malam tu aku berBW kat satu laman blog kepunyaan brother Gnesop Poseng dan dari info beliau lah baru aku dapat tau apa punca masalah blog aku tu.Haaa.....kalau korang nak tau blog korang ada masalah ke tak pergi je ke blog brother ni.
.http://www.sop.name.my/2012/11/web-semak-markah-seo-blog-anda.html?utm_source=BP_recent

                     
                        Di situ  boleh cek sendiri berapa peratus SEO  blog korang.Masalah satu dah selesai...ni timbul pulak satu masalah lagi satu....tak tau pulak cara nak perbetulkan masalah tu...aku bukan otai sangat pun dalam hal hal macam ni.Apa apa pun nanti kita cuba mintak tolong pada brother ni untuk buat satu entry berkenaan cara menyelesaikan masalah ni


                         Ni aku punya peratus SEO ......SEO Reports for baikpulih-dhinai.blogspot.com  kalau macam ni aku kenalah merehatkan dulu blog dulu sehingga betul betul pulih.


Betul pun dia kata salah..

Salam semua.....



                       CAPTCHA........tentu korang semua tau apa bendenya tu.....security code .Konon nak bezakan antara antara malaikat dengan iblis.Aku bukan nak cerita panjang lebar pun pasal captcha ni....sebab aku pun tak minat sangat nengoknya.Bukan apa...setiap kali aku merayap kat blog blog yang ada bende ni...memang aku tak berminat nak tinggalkan komen...leceh....setiap kali taip dia punya kod,walaupun kita dan yakin betul,dia tetap kat salah...Aku dah respon kat google tapi sampai skarang sama je..




Kami kesal mendengar anda menghadapi masalah dengan reCAPTCHA. Kami menghargai usaha anda meluangkan masa untuk memberitahu kami mengenai kesulitan yang anda hadapi.

                                                   APA YANG SALAH

 

                                                               PENING KEPALA AKU



Engine part name..

Salam semua...



                       Dibawah ni aku ada listkan sendiri nama nama beberapa bahagian yang terdapat pada sesebuah kenderaan seperti kereta ye...bukan basikal atau kereta sorong.Pada mereka mereka yang dah memang kenal dengan nama part part ini...tak pe la,"wa tabik sama lu..".Aku buat ni pun untuk mereka mereka yang pernah dengar tapi tak tau apa bendanya.Kesian pulakkan  kat dia orang yang beriye-iye baca entry aku yang banyak menyebut tentang bende bende pelik ni tapi tak tau apa bende yang aku sebutkan tu.


                                                               

                                                                        PART LIST






   
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian