So many smoke

So many smoke.....!

Black or white smoke






Smoke

Surely you will feel uncomfortable when you start car engine,white or black smoke go out from chanel exzoz.When seeing rear-view mirror looked like car on fire.Cannot see what weel off back your car.Ussually it occurring on morning and after long parking.

Actually got two possible why occurence of smoke when engine turn on.Ussually only in vehicle already ill.So,for way you know from where occurence of cause this smoke was by looking in your channel hole exzoz in back side.If channel exzoz rear moisten engine oil?.I yes its mean your piston ring or your cylinder block already loose.If only white smoke that out,its mean only valve seal must be change.Please refer to skilled  machenic  and ask her opinion wheater cylinder block need to bee dug again or replay piston ring only.



                                                              PISTON & O RING

Second way to ensure of cause smoke was by looking exzoz channel also.If your channel exzoz dry,Not oil discharge effect,Its mean the piston ring in good situatian.Smoke only occurring if valve seal has expired or the rubber seal cannot gripped tidy sub the valve.Lubricant oil will enter firefox trough spaceseal that already brokken.The best solution is making top overhaul to change the valve seal.




Valve seal

Valve,valve guide anda valve seal.









maksud dalam solat ( maghrib. )





Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib  3 rakaat kerana allah taala

Allah maha besar

Allah maha besar sebesar besarnya.Dan pujian bagi allah sebanyak banyaknya.Maha suci allah siang dan malam.Kuhadapakan mukaku,kepadamu yang menjadikan langit dan bumi.Aku redha lagi berserah kepada allah Dan bukanlah aku dari golongan orang orang yang menyekutukan Allah.Seseungguhnya solatku, hidupku dan matiku  kuserahkan kepada allah tuhan seru sekelian alam.Sekali kali tidaklah aku menyekutukanya.Dan dengan demikian aku ditugaskan,dan aku adalah dari golongan orang orang muslim.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau juga kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang orang yang telah engkau kurniakan nikmat,bukan jalan orang orang yang engkau murkai,
dan bukan juga jalan orang orang yang sesat.
amin

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Katakanlah allah itu maha esa
allah itu selama lamanya tumpuan seluruh makhluk
Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
Dan tiada siap yang setanding dengannya

Allah maha besar

Maha suci tuhanku yang maha agong
Maha suci tuhanku yang maha agong
Maha suci tuhanku yang maha agong

Maha mendengar allah akan pujian orang yang memujinya.Ya tuhan kami,untukmu lah segala puji.

Allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

allah maha besar

Tuhanku,ampuni aku,
sayangi aku,
tutuplah aib aib ku
Angkatlah darjat ku
berilah aku rezeki
berilah aku petunjuk
sihatkan aku dan
maafkan aku

Allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

Allah maha besar

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau juga kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang orang yang telah engkau kurniakan nikmat,bukan jalan orang orang yang engkau murkai,
dan bukan juga jalan orang orang yang sesat.
Amin

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Allah maha besar

Demi waktu.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal solleh serta mereka yang berpesan pada jalan kebenaran dan mereka yang berpesan dengan kesabaran.

allah maha besar

Maha suci tuhanku yang maha agong

Maha suci tuhanku yang maha agong
Maha suci tuhanku yang maha agong
Maha mendengar allah akan pujian orang yang memujinya.Ya tuhan kami,untukmu lah segala puji.

Allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

allah maha besar

Tuhanku,ampuni aku,
sayangi aku,
tutuplah aib aib ku
Angkatlah darjat ku
berilah aku rezeki
berilah aku petunjuk
sihatkan aku dan
maafkan aku


allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

allah maha besar

Salam dan sejahtera,sembah bakti dan segala kebaikan bagi allah.Salam atas mu wahai nabi dan rahmat allah dan keberkatanya.Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kitadan kepada segenap hamba hambanya yang soleh.Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan allah.Dan aku mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh allah.Ya allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita nabi Muhammad dan keluarga Muhammad.

allah maha besar

dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau juga kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang orang yang telah engkau kurniakan nikmat,bukan jalan orang orang yang engkau murkai,
dan bukan juga jalan orang orang yang sesat.
amin

allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

Maha mendengar allah akan pujian orang yang memujinya.Ya tuhan kami,untukmu lah segala puji.
allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

allah maha besar

Tuhanku,ampuni aku,
sayangi aku,
tutuplah aib aib ku
Angkatlah darjat ku
berilah aku rezeki
berilah aku petunjuk
sihatkan aku dan
maafkan aku

allah maha besar

Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi
Maha suci tuhan yang maha tinggi

allah maha besar


Salam dan sejahtera,sembah bakti dan segala kebaikan bagi allah.Salam atas mu wahai nabi dan rahmat allah dan keberkatanya.Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kitadan kepada segenap hamba hambanya yang soleh.Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan allah.Dan aku mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh allah.Ya allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita nabi Muhammad dan keluarga Muhammad.Seperti apa yang telah engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad seperti yang engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha tinggi.

Salam sejahtera untukmu,rahmat allah dan berkatnya.
Salam sejahtera untukmu,rahmat allah dan berkatnya.

aku mohon ampun daripada allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selain daripadanya yang hidup dan yang menguruskan makhluknya dan aku bertaubat kepadanya.



Mengapa Cylinderhead perlu dipotong.

Salam semua....


                   Entry  ini masih lagi berkisar pada bab bab baik pulih. Bab  kali ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai beberapa masalah lain yang timbul dan membabitkan beberapa bahagian kerosakan yang akan berlaku pada cylinderhead. Masalah yang di maksudkan ialah mengapa Cylinderhead perlu dipotong/Skimming. Begitu juga dengan kesan kesan yang akan timbul dan bersangkut paut bila sesebuah cylinderhead itu dipotong.



                                                                     temp.meter


                   Sewaktu anda leka memandu, kononnya untuk tumpukan perhatian pada pemanduan ,dan mungkin telah terlupa untuk menumpukan sedikit perhatian anda pada satu alat keselamatan yang terletak disudut tecometer kenderaan anda.Tergamam  bila tiba tiba asap berupa wap air terhambur keluar dari celah celah bonet depan kereta . "Ngapa pulak ni..." dan bila anda pandang meter temperature,jarum telah berada pada kedudukan merah...."Alamaaaak...overheatla"...hehehe...sudah terlambat. Sediakan sahaja budget untuk membaikinya.


                                         
Pereputan akibat coolent
                                       


                   Pertama sekali proses top overhoul akan dilakukan oleh Makenik. Berpandukan pada keadaan permukaan gasket antara blok dengan cylinderhead, seseorang makenik akan dapat menilai samada cylinderhead itu hanya perlu di potong sahaja atau perlu menjalani proses baik pulih sepenuhnya. Maksudnya ia akan dihantar kebengkel baikpulih menjalani proses:


  1. Water test / menguji tekanan air dalam cylinderhead untuk memastikan cylinderhead tidak   mengalami keretakkan akibat overheat tadi. 
  2. Penukaran pada bahagian bahagian  yang kerap rosak seperti water jacket.
  3. Skimming/potong bertujuan meratakan semula permukaan cylinderhead yang bengkok.bergantung berapa teruk ia bengkok.
  4. Sekiranya terlalu bengkok ,pemotongan semula pada bahagian valve seat dan valve (graidvalve)akan dilakukan terlebih dahulu.  
  5. Welding pada bahagian laluan air yang mereput

                    Pada bahagian no 1, sekiranya selepas proses water presure test dilakukan dan didapati ada keretakkan atau bocor pada bahagian yang retak tadi, maka cylinderhead itu sudah dianggap tidak boleh digunakan lagi .Terpaksalah anda mencari cylinderhead pengganti yang lain dikedai  kedai potong untuk menggantikan cylinderhead yang telah pecah tadi.


Pemotongan Valve seat
                                                        

                           Pada bahagian no.4,Setelah proses water pressure test selesai dan cylinderhead dalam keadaan baik,pemotongan semula pada bahagian valve seat mesti dilakukan sekiranya cylinderhead terlalu bengkok.Ini adalah untuk memastikan agar cylinderhead tidak akan mengalami masalah lain setelah siap dipasang semula pada enjin. seperti lost compression,enjin sukar untuk hidup,penggunaan bahan api yang berlebihan,spark plug basah atau berkarbon dan semput. 



Bahagian yang perlu dibaikpulih
                                                          


                    Sebagai pengetahuan untuk anda, saya akan terangkan serba sedikit tentang sifat sifat valve seat dan valve.. Pada  cylinderhead yang berkeadaan normal,sifat fizikal valve seat dan valve adalah bulat 360 darjah seperti gelang. Apabila berlakunya overheatting,Cylinderhead akan melengkung. Begitu juga dengan valve seat. Ia juga akan menerima kesan  perubahan pada bentuk fizikal dari keadaan bulat 360 darjah kepada berkeadaan lonjong walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata kasar.



Selinder 1 dan 2

                     Dalam ia berkeadaan lonjong,valve tidak dapat duduk rapat dan inilah punca berlakunya apa yang dikatakan kehilangan kuasa pecutan atau lost compression.Bahagian valve seat yang paling teruk menerima kesanya ialah bahagian selinder 2 dan 3.Sekiranya ia tidak diperbaiki,ia akan menimbulkan masalah seperti yang saya sebutkan diatas dan akhirnya enjin anda terpaksa dibongkar semula untuk kali yang kedua. Oleh itu luangkan sedikit masa semasa pemanduan anda  untuk perhatikan pada meter temperature . Usah disebabkan masa 5 saat anda kerugian wang dan masa.


Sekian jumpa lagi.....








                                                  

Kaedah mengesan gangguan .

Salam semua....



 


            Kalau sebelum ini saya pernah  kongsikan beberapa kaedah tentang khasiat yang terdapat  dari surah Yasin tentang khasiat ayat 7 mubin,kali ini saya akan kongsikan tentang satu kaedah yang diambil dari ayat ayat suci al Quran bertujuan untuk mengesan dan merawat diri sendiri .Kaedah ini saya pelajari dari seorang uztaz yang juga seorang pengamal perubatan secara islam.Kaedah perubatan yang saya pelajari itu adalah untuk mengesan samada diri kita ada mengalami simptom gangguan dan anda merasa was was adakah ini disebabkan penyakit biasa atau penyakit buatan orang.

Syaratnya ia mesti diamalkan dan disamping berdoa memohon petunjuk dari Allah semuga ia memberi petunjuk pada kita selepas selesai setiap solat lima waktu dan lebih afdal dilakukan selepas kita berzikir.Dimulakan dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,kemudian membaca surah Al Fatihah 1 kali, surah Al falaq sebanyak 41 kali dan terakhir baca surah AN Nas 41 kali. Amalkan.


Firman Allah s.w.t.

"Barangsiapa yang berdoa kepadaku, nescaya akan aku kabulkan doanya..Barangsiapa yang meminta kepadaku nescaya akan aku berikan dan barang siapa yang memohon ampun kepadaku,nescaya akan aku ampunkan"


Apabila anda mengamalkan bacaan ini dan jika terdapat gangguan seperti gangguan jin atau iblis,paling tidak anda akan kerasa denyutan berulang kali pada anggota badan anda dan adakalanya ia akan berubah tempat.Untuk gangguan yang melibatkan unsur unsur sihir,anda akan mengalami rasa mengantok yang amat sangat sehingga anda akan tertidur sebelum sempat anda menghabiskan bacaan ayat ayat tersebut.

Andainya salah satu atau kedua dua unsur  gangguan  yang saya sebut diatas  melibatkan diri anda atau keluarga anda,segeralah berikhtiar untuk mengubatinya sebelum terlewat.

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia menurunkan ubatnya,ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui."




Punca valve ketat

                     
Salam Blogger semua

                             Ruangan post ini adalah pembetulan kepada post sebelum ini dan saya akan tumpukan kepada beberapa masalah atau punca punca yang kadang kala boleh memeningkan kepala bila perkara ini berlaku walaupun ia merupakan satu masalah yang dianggap remeh , tapi berkemungkinan ia akan menjadi satu masalah yang lebih besar sekiranya ia tidak ditangani dengan segera.Disini saya akan cuba terangkan apakah punca punca masalah kecil yang sering timbul pada sesebuah cylinderhead.


VALVE


Valve/injap


                      Sebenarnya ada beberapa katogori valve yang terdapat dipasaran bergantung kepada permintaan.Kebanyakkan valve diperbuat dari bahan keluli yang telah dikeraskan dan tahan karat yang dikenali dengan nama Austenit.Namun dari segi kelemahanya ia tidak tahan pada suhu panas yang melampau.Jenis ini biasanya digunakan pada valve jenis intake.Untuk jenis outake /exzos,ia diperbuat dari campuaran nikel dan cromium kerana ia boleh bertahan pada suhu yang agak tinggi.Dari segi kelemahannya ,walaupun ia keras namun ia mudah patah bila menerima impak dan akan meninggalkan kesan yang buruk pada bahagaian lain.Valve yang didatangkan asal bersama enjin adalah lebih baik dari yang terdapat dipasaran kerana dari segi kualiti,valve yang terdapat dipasaran hanya diperbuat dari campuran cromium dengan besi.Sebab itu ia mudah berkarat dan mudah bengkok.




Valve guide

                       Pada keseluruhanya valve gide diperbuat dari besi masak atau cast iron kerana ia bersifat pegun.Maksudnya ia tidak mengembang dan tidak mengecil bila mengalami suhu panas atau sejuk.Selain cast iron ada juga yang diperbuat dari bahan lain seperti copper.Kebanyakkan dari jenis copper hanya digunakan pada kenderaan buatan dari negara German iaitu Mercedes Benz.



MERC



                       Berbalik kepada topik yang akan kita bincangkan mengenai punca valve menjadi ketat,kebanyakkanya ia berpunca semasa sesebuah cylinderhead dikeluarkan dari enjin blok atau kata lain ketika membuat top overhoul.Perlu diingat kadangkala perkara ini terjadi berpunca dari kecuaian kita sendiri.Sebagai contoh semasa mengeluarkan cylinderhead,kita terlupa melonggarkan ikatan Camshaft.Dengan itu sesetengah valve akan berada dalam kedudukan terbuka atau ia lebih tinggi dari permukaan cylinderhead sedikit akibat tekanan dari camshaft yang tidak dilonggarkan ikatanya.Untuk mengelakkan lebihan minyak pelincir tertumpah ke lantai,cylinderhead tadi akan diletakkan dalam keadaan terbalik.Maksudnya valve terletak dibahagian bawah.
                     
                     
     

Kedudukan yang salah

   

                      Bayangkan sekiranya cylinderhead diletak secara menegak pula untuk membuang lebihan minyak dan ia tumbang secara tidak sengaja akan menyebabkan valve yang terkeluar tadi akan bengkok.Memang dari pandangan mata kasar kita mungkin tidak perasan valve itu telah bengkok atau tidak.Ia akan diketahui semasa proses pemasangan semula valve ke dalam valve guide.Valve akan menjadi ketat kerana ia telah bengkok pada bahagian shaft.Selain itu penyebab lain ialah ketika proses pengeluaran valve dengan cara ketuk.Lihat gambarajah dibawah.




cara ketuk

               

                      Jika membuka spring valve tanpa menggunakan alat khas,kita akan menggunakan apa sahaja yang boleh digunakan untuk membuka spring tadi walaupun dengan cara ketuk.Cylinderhead akan diletakkan pada permukaan yang rata dan bila kita melakukan ketukkan,valve akan ikut turun dan kepala valve akan mengenai permukaan lantai.Semakin kuat kita mengetuk maka risiko untuk valve semakin bengkok amat tinggi.Jadi adalah disyorkan agar menggunakan permukaan yang agak lembut seperti papan atau menggunakan kain yang lebih tebal sebagai keselamatan.


akibat
                

                  Sifat valve pada pandangan mata kasar ia kelihatan keras.Akan tetapi ia mudah bengkok apabila terkena sesuatu..Lebih lebih lagi sekarang ini permintaan terhadapa pengeluaran alat tukar ganti  semakin tinggi sementara dari segi kualiti ia semakin menurun.Sebaiknya gunakan valve yang asal sekiranya ia masih boleh digunakan.Disini saya berikan satu tips bagaimana untuk mengenal samada valve itu adalah original atau local terutama pada valve outake kerana ia sukar didapati dipasaran.Gunakan magnet dan letakkan pada permukaan kepala valve.Sekiranya ia tidak melekat bermakna valve itu adalah original.Sekian semuga ia dapat memberi panduan untuk anda semua.



C126/134
                    

Balik kampong tak raya ni.....



Salam....



RAMAINYA


Hehehe....ini bukan gambar untuk pertandingan siapa paling hancem ye....Ini adalah gambar adik beradik aku manakala yang bersongkok putih tu ,itulah orang tua aku......berasal dari Parit Pulai Muar Johor.Menurut cerita dari orang tua aku ni,dalam ramai ramai adik beradik dia,....tak ramai mana pun.....5 orang je,hanya dia sorang yang tercampak ke negeri selangor ni.Merantau lah katakan....Tulah kahwin dapat orang selangor.

Korang boleh cam tak mana adik mana abang.....mana yang sulong mana yang bongsu.Semua seperti sebaya je.nak kata kembar tak jugak.Pandai pandai korang lah nak teka yang mana.sebenarnnya kesemua adik beradik aku ni dah berkeluarga , kecuali sorang lagi adik lelaki yang bongsu.Masing masing dah membawa diri ....tapi masih dalam selangor jugak la...ada yang tinggal di Shah alam,banting,jalan kebun,paya jaras,ijok dan aku kalau sebelum ini  menetap di Rantau Panjang Klang,sekarang  dah tercampak ke Sg Panjang.Apa nak buat....cari makan.

Oh ye....hari raya aidil Adha akan tiba tak lama lagi....tak tahulah raya kali ni dapat berkumpul seperti tahun tahun sebelumnya....atau tak.Paling tidak pun kami akan berkumpul di rumah orang tua kami di Kuala selangor.Itu pun tak tentu semua ada atau tak.Tapi......yang pasti adik lelaki aku ni yang baru sebulan menjadi pengantin baru hendak tak hendak kene balik.


                                                    balik jangan tak balik raya ni.......



Setting adjustment hydraulic tappet for Gen2 vehicle.




In entry previously, I have explain by basic how setting adjustment tappet for proton vehicle Gen2 .Maybe still some are confused or still less understood how way that is actually to be doing setting in cyliderhead from this type .Actually this entry only for them those who still sought find guidance how to overcome noise happened by arrive  or after make adjustment tappet because every time when I enter to column dashboard statistic part and keyword search, most vehicle Gen2 imprinted.So in this entry I will actualize their search so that it will more facilitating without idle away find by using keyword word that is strange 



                                                                      Proton Gen2

Like habit in chapter  car engine care, lubricating oil examination or engine oil must be preferred.If  not right care, it will affect not only in major engine, even will affect in all  component in part cylinderhad especially in liftervalve that is systematic hydraulic.If dirt enter in the part, it will cause particular section will be clogged thereby and will produce sound that is rather disconcerting when we listen it.That why emphasize oil care enjin.Change when time arrives.



Gen2 Cylinderhead


Picture above is image cylinderhead Gen2 was expelled from engine blok.I borrow this picture from Mudah. my  because my picture not really clear.In this chapter I will discuss on overhaul in part liftervalve that is troubled only without have to make top overhaul.Just remove first engine oil, then open head cover, camshaft and timing belt.After complete all issued, it will have condition like picture above.Clean waste  engine oil that exist on him with way wipe only to facilitate for you make production job work liftervalve.



Liftervalve


Picture above is image Liftervalve.Before  produced all 16 liftervalve, seen you has made sequence sign 123 in intake and ABC in outake start from direction timing belt.Press one by one as strong as possible in centre that looked like knob .If  submerged or have just as spring reaction, mean the liftervalve already troubled.If  in a situation hard when pressed as strong as might mean the Liftervalve in a good situation .Try all and separate which troubled just now to be done cause examination .Move further is cast oil content that occur in Liftervalve with way smash it in surface that is flat and hard like a slice of plate .Look way to produce knob part in Liftervalve.WARNING...do not until knob part exited in state scattered.



Smash it

Under is part diagram Liftervalve was expelled.




Liftervalve part


Oil content also need to be discarded in that marked no. 1. The numbered 2 is ball beareng which functions to control the entry oil.Dont loss ball beareng because difficult to looking for a replacement .A part which often occurs damages was in small spring part that well off between no 1 and 2.Sometimes it broke caused it could not function to arrest oil from out when camshaft press surface liftervalve.This cause distance between liftervalve and  camshaft fairly large and it will collide among them itself which caused produced him sound noise.At the bottom picture is  liftervalve image was swept oil content that there was inside.Make sure it utterly clean.




                                                                   After clean it

After completed process remove oil from Liftervalve, reassemble all part part was expelled .The way to reinstall is by  press  with interested .For beginning is by reentrancy again spring into part that is marked the 2.After tha t reentrancy into part that is marked 1.Its for more facilitating you see diagram sketch under.





                                                       Install liftervalve part drawwing

Install again all 16 liftervalve that have been completed in the Cylinderhead, and  all completed part  cylinderhead.Fill in again lubricating oil that you produced just now.hehehe do not forget .......Start your car engine and you will hear noise in worried a few  second.Dont worry because liftervalve in oil filling process again after you remove it.OK...finish and good luck trying.








Salam aidil Adha dari saya sekeluarga.

Salam semua..





                                                      Kuih raya ada.....duit raya tak de ye.

Khasiat 7 mubin dan ayat 65 surah Yasin.

Salam semua....

                                        

          Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al Quran itu ialah Yasin..Barang siapa di antara kamu membaca surah Yasin,nescaya Allah akan menuliskan pahala kepadanya seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sebanyak 10 kali." 
         

                             

        Sepertimana sabda Rasullullah s.a.w berkenaan khasiat dan fadhilat membaca surah Yasin,Banyak lagi kegunaan yang boleh diperolehi hasil dari bacaan surah Yasin ini.Tentu anda semua lebih maklum tentang kelebihan bila membacanya.Di sini saya ingin kongsikan bersama tentang satu kelebihan ayat"mubin"yang  terkandung dalam surah Yasin .Di dalam surah Yasin terdapat 7 tempat  dimana terdapatnya perkataan ayat "Mubin".Ia terdapat pada ayat 12,17,23,47,60,69 dan77.

         Kepada sesiapa yang kehilangan barang berharga....ingat yang berharga sahaja, dan berniat untuk mendapatkanya semula ,adalah digalakan agar anda membacakan surah Yasin dalam kadar segera iaitu dalam tempoh 24 jam.Kita hanya berusaha dan hanya Allah yang menentukan.Jadi berdoalah dan bertawakkal agar Allah memperkenankan permintaan kita selepas kita selesai membacanya.

         Dalam kadar segera bacalah surah Yasin sehingga tiba ayat "mubin" yang pertama,berhenti dan berdoa apa yang kita ingin pohonkan.Selesai berdoa,baca semula ayat pertama tadi sehingga jumpa pada ayat "mubin" yang kedua,berhenti dan berdoa.Begitulah seterusnya, selesai berdoa baca dari ayat pertama hingga jumpa ayat "mubin" yang ketiga dan berdoa semula.Ulang sehingga sampai ayat "mubin" yang ketujuh,berdoa dan ulang bacaan sehingga selesai.

       
         Selain dari itu, kaedah ayat ini juga boleh digunakan untuk tujuan:

  • Memanggil kembali anak yang melarikan diri dari rumah
  • Melindungi diri dari fitnah atau di zalimi manusia.
  • Pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan
  • Dibacakan pada pesakit yang sedang tenat(dibacakan pada air dan diminum oleh pesakit) 

          Selain dari itu,Surah Yasin juga boleh digunakan untuk mengetahui siapa yang telah menzalimi diri kita.Contohnya seperti sihir,santau atau apa apa sahaja yang berniat tidak baik kepada diri kita.Caranya ialah:


  • Mengambil wudhuk terlebih dahulu.
  • Membaca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 kali.
  • Baca surah Yasin ayat 65 secara berulang kali diwaktu malam sehinggalah anda tertidur.Sambil membaca,berdoalah semuga Allah memberi petunjuk kepada kita.Pastikan anda tertidur dalam keadaan berwudhuk.


        Itulah salah satu diantara kelebihan surah Yasin.Semuga anda mendapat manfaat darinya.Insyaallah



Proton Gen2 :Adjustment hydraulic tappet

Salam semua....


                   Dalam entry  sebelum ini , saya ada menerangkan secara asas bagaimana setting adjustment tappet untuk kenderaan proton Gen2 dilakukan.Mungkin masih ada yang keliru atau masih kurang faham bagaimana cara cara yang sebetulnya untuk membuat setting pada cyliderhead dari jenis ini.Sebenarnya entry ini hanyalah untuk mereka mereka yang masih tercari cari panduan bagaimana untuk mengatasi bunyi bising yang terjadi secara tiba tiba atau selepas membuat adjustment tappet.Ini kerana setiap kali bila saya masuk ke ruangan dashboard bahagian statistik dan carian kata kunci,kenderaan Gen2 paling banyak tertera.Jadi dientry ini saya akan tunaikan carian mereka semuga ia akan lebih memudahkan tanpa membuang masa mencari dengan menggunakan kata kata kunci yang pelik pelik.




PROTON GEN2

                    Sebagaimana kebiasaan pada bab bab penjagaan enjin kereta,pemeriksaan minyak pelincir atau minyak hitam mesti diutamakan.Sekiranya tiada penjagaan yang betul,ia akan memberi kesan bukan sahaja pada utama enjin,malah akan memberi kesan pada komponen komponen pada bahagian cylinderhad terutama pada liftervalve yang bersistem hydraulic.Sekiranya kotoran memasuki bahagian itu,ia akan menyebabkan bahagian tertentu akan tersumbat dan dengan itu ia akan menghasilkan  bunyi yang agak kurang menyenangkan bila kita mendengarnya.Oleh itu utamakan penjagaan minyak enjin.Tukar bila tiba waktunya.



Cylinderhead



.Diatas adalah imej cylinderhead Gen2 yang telah dikeluarkan dari enjin blok.Saya pinjam dari Mudah.my sebab gambar kepunyaan saya tidak berapa jelas.Dalam bab ini saya akan membincangkan tentang membaik pulih pada bahagian liftervalve yang bermasalah sahaja tanpa perlu membuat top overhaul.Cukup sekadar membuang minyak enjin terlebih dahulu,kemudian buka head cover , camshaft dan timing belt.Setelah kesemua dikeluarkan,ia akan berkeadaan seperti di atas.Cuba bersihkan sisa sia minyak enjin yang terdapat pada nya dengan cara mengelap sahaja agar memudahkan untuk anda membuat kerja kerja pengeluaran liftervalve.



                                                                         Liftervalve



Diatas adalah imej Liftervalve.Sebelum anda keluarkan kesemua 16 liftervalve,pastikan anda telah membuat tanda urutan 123 pada intake dan ABC pada outake bermula dari arah timing belt.Tekan satu persatu sekuat mungkin pada bahagian tengah yang kelihatan seperti tombol itu.Sekiranya ia tenggelam atau ada seperti tindak balas spring,bermakna liftervalve itu bermasalah.Sekiranya ia berkeadaan keras apabila ditekan sekuat mungkin bermakna Liftervalve itu berkeadaan baik.Cuba kesemuanya dan asingkan mana yang bermasalah tadi untuk dibuat pemeriksaan punca kerosakkanya.Proses seterusnya ialah membuang kandungan minyak yang terdapat dalam Liftervalve dengan cara menghempaskanya pada permukaan yang rata dan keras seperti pada sekeping plate tebal.Lihat cara untuk mengeluarkan bahagian tombol pada Liftervalve.AWAS...jangan sampai bahagian tombol keluar dalam keadaan berterabor.





                                                                   ARAH KETUKKAN


Dibawah adalah imej Litervalve dan part part yang berada didalamnya yang telah dikeluarkan dengan cara seperti gambarajah diatas.



KANDUNGAN



Kandungan minyak juga perlu dibuang pada yang bertanda no. 1.Sementara yang bernombor 2 adalah ball beareng yang berfungsi untuk mengawal kemasukan mimyak.Jangan kehilangan ball beareng itu kerana sukar untuk mencari gantinya.Bahagian yang sering berlaku kerosakkan ialah pada bahagian spring kecil yang berada antara no 1 dan 2.Kadangkala ia patah menyebabkan ia tidak dapat berfungsi untuk menahan minyak dari keluar  apabila camshaft menekan permukaan liftervalve.Ini menyebabkan clearence antara liftervalve dan camshaft agal besar dan ia akan berlaga sesama sendiri yang menyebabkan terhasilnya bunyi bising.Dibawah adalah imej liftervalve yang telah dibersihkan kandungan minyak yang terdapat didalamnya.Pastikan ia betul betul bersih.





SETELAH DIBERSIHKAN


Setelah siap proses membuang minyak dari Liftervalve,pasang semula kesemua part part yang telah dikeluarkan tadi.Cara untuk memasang semula ialah dengan cara menekan masuk dengan berhati hati.Peringkat permulaan ialah dengan memasukan semula spring ke dalam part yang bertanda 2.Setelah itu masukan semula ke dalam part yang bertanda 1.Untuk lebih memudahkan anda lihat lakaran gambarajah dibawah.


Pemasangan semula Liftervalve part


Pasangkan semula kesemua 16 liftervalve yang telah siap di install kedalam Cylinderhead,dan pasangkan semula kesemua part part cylinderhead.Setelah siap isikan semula minyak pelincir yang anda keluarkan tadi....hehehe jangan lupa pulak.Start enjin kereta anda dan anda akan dengar bunyi bising dalam beberapa saat.Jangan risau kerana liftervalve dalam proses pengisian minyak semula setelah anda membuangnya tadi.Siap dan selamat mencuba.

Jumpa lagi....






Masalah kenderaan dan tips penyelesaian part 1

Salam semua.....


              Mengenal pasti dan membaik pulih sesuatu masalah pada kenderaan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kelancaran kenderaan dan keselamatan diri andaJadi.dalam entry kali ini saya akan cuba senaraikan beberapa masalah atau punca punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan agar dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk menangani masalah yang timbul.Untuk permulaan saya akan bincangkan masalah masalah yang berpunca dari bateri dan yang bersangkut paut dengannya.


  1. BATERI

Bateri jenis basah



   
                                                                    Bateri jenis kering


  • Jangka hayat bateri biasanya akan dapat bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja.Mungkin ia akan bertahan lebih lama lagi sekiranya penjagaan air bateri di titik beratkan berbanding penggunaan bateri dari jenis kering.Anda perlu memeriksa kandungan air bateri sekurang kurangnya seminggu sekali.Pastikan level air berada pada paras tengah antara dua garisan yang terdapat pada bahagian tepi bateri.Anda perlu memeriksa lebih kerap lagi sekiranya terdapat tanda tanda seperti lampu tiba tiba menjadi terang/malap,power window /cermin sisi seakan berat untuk naik,jam pada dashboard menjadi malap.Cara lain yang paling mudah cuba hidupkan wiper atau pengelap cermin kereta anda ketika enjin kereta tidak dihidupkan.adakah ia berfungsi seperti biasa atau seakan akan berat untuk ia bergerak.


                                                                     Alternator


  • Sekiranya bateri tidak dapat bertahan lama walaupun ia baru diganti,pasti berpunca dari Alternator yang  telah rosak.Dalam keadaan rosak ia cuma  berfungsi  menerima bekalan daya elektrik dari bateri tetapi tidak dapat untuk  mengecas semula bateri semasa enjin dihidupkan.Untuk memastikan samada alternator rosak atau tidak cuba anda cabut kedua dua cable positif dan nagetif pada bateri dalam keadaan enjin hidup.Bermula dengan cable nagetif dahulu.Sekiranya enjin mati bermakna alternator memang rosak dan perlu diganti.Akan tetapi untuk memastikan alternator betul betul rosak anda boleh pastikan dengan cara menguji dengan menggunakan alat yang dikenali dengan nama Multimeter atau multitester.


                                                                         Multimeter



  • Mula dengan setkan multimeter ke voltan DC (arus terus),sambungkan wayar multimeter ke bateri mengikut tanda positif dan nagetif.Bacaan normal pada bateri yang berkeadaan baik adalah sekitar 13V hingga 14V.Akan tetapi sekiranya bacaan pada multimeter tadi kurang dari itu bermakna kuasa yang tersimpan pada bateri telah berkurangan berpunca dari alternator yang hanya menerima bekalan elektrik tetapi tidak dapat membekalkanya semula.




Penyelarasan belt alternator


  • Anda juga perlu pastikan ketegangan talisawat atau alternator belt dalam keadaan yang betul.Sekiranya terlalu kendur,alternator tidak dapat membekalkan arus elektrik yang menepati tahap yang diperlukan untuk mengecas bateri.Sekiranya terlalu tegang ia akan menyebabkan arus yang berlebihan pula dimana ia akan memutuskan fius fius dari jenis Blade type yang tidak mampu menerima arus yang berlebihan.


                                                                     Fius (Blade type)




  • Sekiranya anda telah menukar fius kepada yang mampu menerima voltan yang lebih tinggi,ia akan menyebabkan mentol mentol yang bervoltan rendah pula yang akan terbakar.Kebakaran pada wayar wayar juga mungkin akan menyebabkan berlaku litar pintas dimana  ia akan mengakibatkan kerosakkan dari segi pendawaian kenderean anda.Oleh itu adalah tidak digalakkan untuk mengubahsuai pada mana mana fius terutama dari jenis ini kerana pengubahsuaian dengan cara melilitkan dawai sebagai alternatif tambahan adalah bahaya kerana kita tidak tahu bilangan voltan yang terkandung pada setiap lilitan yang kita lakukan. 

PENYELESAIAN MASALAH

Manual.




                                                                 JUMPING CABLE
  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian manual,anda hanya perlu jumper sahaja dengan bantuan dari kenderaan lain sekiranya anda memandu berseorangan,
  • Sekiranya anda membawa penumpang,minta tolong dari mereka untuk menolak kereta anda,sementara anda mengawal kenderaan anda dengan menekan clucth dan masukan gear pada kedudukan satu.Lepaskan clucth bila kenderaan anda telah bergerak agak laju.
  • Adalah satu bonus untuk anda sekiranya kereta anda berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk memudahkan anda menggerakkan kereta tanpa bantuan orang lain.
Auto

  • Untuk kenderaan dari jenis pengendalian auto,anda tidak boleh melakukan apa apa kecuali meminta pertolongan orang lain untuk melakukan proses jumper.

Kita akan sambung bab punca punca kerosakkan  pada bahagian akan datang.....tunggu.

 
     

Tips dan info penjagaan radiator .Part 2

Salam semua....




                  Untuk post kali ini saya akan membincangkan bab bab mengenai penjagaan radiator,atau tangki air.Sepertimana gambarajah dibawah,fungsi utama radiator adalah sebagai alat untuk menyejukkan bahagian enjin dimana air yang mengalir dalam enjin semasa ia sedang berfungsi akan melaluinya.Air akan melalui bilah bilah yang terdapat pada radiator sementara bahagian kipas yang terdapat dibahagian depan radiator akan membantu untuk menyejukkanya.Akan tetapi sistem penyejukkan melalui kipas tidak akan menjamin radiator tidak akan panas sekiranya terdapat mana mana bahagian pada radiator mengalami masalah seperti tersumbat akibat keladak karat kerana lama tidak diservis , masalah penggunaan coolant atau sistem penyejukkan kipas itu sendiri.



                                                                   RADIATOR


                       Radiator perlu diservis tiga atau empat bulan sekali.Anda tidak perlu mengeluarkan radiator dari tempatnya untuk melakukan servis secara manual(DIY).Cukup sekadar dengan membuka kunci atau nut atau keluarkan hose yang bersambung dengan tangki yang terdapat pada bahagian tepi bawah tangki itu dan biarkan air yang bercampur karat keluar terlebih dahulu.Kemudian buka penutup tangki atau radiator cap yang terdapat pada bahagian atas dan masukan air yang disambung pada paip air (getah paip).Setelah air melimpah dari tangki ,hidupkan enjin kereta anda dan perhatikan air yang mengalir keluar dari bawah  bersama karat menjadi berkurangan warna karatnya.Setelah itu matikan enjin dan pasangkan semula bahagian bahagian yang anda buka tadi.



                                                                   TOP COVER

                 Kebanyakkan penutup bahagian atas tangki radiator sekarang,diperbuat dari bahan plastik yang tahan panas akan tetapi mudah pecah.Tidak seperti keluaran dahulu yang boleh dikatakan kesemua bahagian penutupnya diperbuat dari tembaga.Oleh itu semasa anda memeriksa atau menambah air,pastikan tangan anda tidak menekan hose yang mengikat pada penutup tangki bahagian atas dengan kuat.Ini kerana ia mudah retak dan anda tidak perasan kandungan air akan berkurangan akibat kebocoran dari retakkan tadi.



                                                                KIPAS RADIATOR

                     Bahagian ini amat kurang kita perhatikan.Ini mungkin kerana ia sekadar kipas sahaja.Tetapi sekiranya kita abaikan penjagaannya,ia juga akan menjadi penyebab enjin menjadi panas.Anda harus pastikan kipas ini sentiasa berfungsi ketika anda melakukan perjalanan.Sebenarnya kipas ini akan berfungsi on off secara outomatic .Sekiranya anda malas mahu membuka bonet,cukup sekadar hanya mendengar sahaja bunyi kipas itu apabila enjin telah panas.Akan tetapi sekiranya enjin telah panas sekitar 5 minit dan tiada kedengaran bunyi kipas berpusing,segera matikan enjin dan cuba periksa pada bahagian kipas.Kerosakkan pada bahagian kipas hanyalah pada bahagian pendawaian atau motor kipas sahaja.




                                                           OVERFLOW TANK
  
                     Setiap radiator ada dibekalkan satu tangki bersebelahan yang diperbuat dari plastik untuk takungan air.Ia dikenali sebagai radiator overflow tank atau biasa kita panggil tangki spare.Tujuan penyediaan tangki ini adalah sebagai langkah berjaga jaga sekiranya berlakunya overflow.Jadi semasa anda mengisi air pada bahagian ini pastikan anda tidak mengisi terlalu penuh.Cukup dengan setengah bahagian sahaja untuk memastikan ada ruang apabila overflow berlaku.


COOLANT

                  Coolant adalah bahan kimia cecair yang berfungsi untuk menyejukkan dan menghalang bahagian enjin dari menjadi terlalu panas.Berbagai jenama coolant yang terdapat dipasaran.Dari yang murah hinggalah yang mahal.Bergantung kepada kemampuan dan kemahuan anda untuk menjaga prestasi enjin kereta.Tapi perlu diingat, untuk jangka masa panjang,ia akan mengakibatkan pereputan pada bahagian bahagian dalaman enjin yang diperbuat dari bahan alumunium terutamanya pada bahagian laluan air pada cylinderhead.Ini akan menyebabkan salah satu  perkara berikut mungkin berlaku.Minyak bercampur air atau air bercampur minyak akibat penggunaan coolant.Itu bergantung kepada kepercayaan masing masing kerana ini adalah dari pengalaman saya sendiri dalam mengenalpasti punca kerosakkan pada cylinderhead.



                                                               
                                                                      PEREPUTAN

                Pereputan melalui asid dari bahan yang terkandung dalam coolant juga boleh menyebabkan kandungan air berkurangan kerana ia akan keluar melalui ruang ruang kecil dari pereputan tadi .Akibatnya gasket akan rosak dan akhirnya overheatting akan berlaku.


Sehingga jumpa lagi ...


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian