Motif disebalik......


  Korang mesti ada yang suka minum air yang berkarbonatkan.Tak kisah lah jenama apa pun janji ianya berkarbonat.Lebih lebih lagi bila cuaca panas,kadang musim hujan pun ada yang belasah juga air ni.Sebelum aku mulakan cerita aku mengenai satu jenama minuman berkarbonat yang aku sendiri tidak tahu apa motif sebenar syarikat ni menggunakan nama PEPSI sebagai trade mark dia orang.Tapi sebelum tu korang   baca dulu biodata tentang jenama pepsi ni.

Psi-Cola adalah minuman berkarbonat yang dihasilkan dan dibuat oleh PepsiCo.Mula dihasilkan pada tahun 1890-an oleh ahli Farmasi Caleb Bradham di New Bern,North Carolina.Ia mendapat pengikhtirafan jenama pada 16 jun 1903.Selepas tahun 1903,Syarikat PepsiCo ini telah mengeluarkan banyak jenama minuman berkarbonat seperti Diet Pepsi,Hiloday spice,Jazzpepsi,Pepsi X(hanya boleh didapati di Finland dan brazil sahaja)Raw Pepsi( Korea selatan sahaja).Pepsi Retro(Mexico) semetara Pepsi Satu,Pepsi Raw dan Pepsi Ice Timun hanya boleh didapati di negara Jepun sahaja.


Korang mesti pernah minum air dari jenama Pepsi kan.Dari segi rasa,rasanya ia lebih kurang je dengan jenama lain seperti Coca Cola.Tapi ada satu jenama Pepsi yang mengandungi logo yang berunsur lucah.Apa sebenarnya tujuan dia orang .Adakah dengan melabelkan logo seperti itu akan lebih melariskan atau mempopularkan nama PepsiCo ini?.

                         

Sekarang cuba kita lihat imej ini bila ia dalam keadaan terbalik,dan cuba baca perkataan Pepsi tu.....

               
Salam smua...






Padan muka aku

Salam smua,

Kalau sebelum ni suasana rumah aku riuh rendah dengan gelak ketawa gurau senda anak anak.Bukan ramai mana pun,empat orang je,tapi disebabkan kawan kawan dia ditambah lagi anak anak jiran yang tersangatlah rajinnya melepak kat rumah aku,jadinya riuh rendah seperti pasar malam,bezanya cuma tak ada jual beli.Kalau ada jual beli mau seperti pasar borong jadinya.Sebagai manusia biasa kadang ada juga perasaan marah bila tengok barang rumah bersepah sana sini.Nak dimarah anak orang,takut nanti sebab anak anak emak bapak pulak bermasam muka.Kalau ikut hati aku nak taji je sorang sorang biar takut sikit lain kali.Tapi apakan daya.....terpaksalah bermain sandiwara semata mata nak jaga hati jiran tetangga.Makan hati berulam jantung lah aku,tak pasal pasal boleh kene sakit jantung pulak.Baru padan muka aku....hehehe.

Sekarang aku rasa aman,dah tak ada pasar borong lagi dalam rumah aku.Sempena cuti sekolah ni masing masing nak balik kampong,tukar angin lah kononnya.Apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang,anak anak dengan bini aku sekali aku hantar balik kampong.Aman.........anak anak jiran pun dah kurang nak jenguk muka sebab anak aku tak ada.Lagi aman aku.

Itu seminggu lalu,sekarang ni aku rasa sunyi pulak sejak anak bini aku tiada dirumah.Apa yang aku buat semua tak kene.Jalan salah,duduk salah,makan tak selera,cuma kalau mandi tu basahlah,kalau tido tu boleh dikatakan lena juga.Ada juga aku risik risik tanya dia orang nak balik tak.....kalau dekat kampong dah seronok lebih lebih lagi kene musim rambutan dengan durian tengan bermusim,tentu korang dah tau apa jawapanya.


Sekarang ini,disaat aku menulis entry ini aku maseh bersendirian.Sendiri cari pasal,pada muka aku lagi sekali.....huhuhu.



Solat

Salam blogger smua...

Hari ni aku nak berbicara bab solat pulak lah....bukan apa sewaktu aku asyik dok menonton youtube ,aku terjumpa satu video yang aku sendiri tak tau nak bagi hukum.Bukan nak mengata atau menjatuhkan maruah sesiapa,cuma untuk jadikan pengajaran disamping mengenali pelbagai ragam manusia dalam menghambakan diri kepada yang maha esa.Cuba korang tonton dan nilai sendiri.


Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian