aku hijrah

Salam blogger semua...
Apa khabar semua..lama rasa aku tak beblogging ni.Nak mula balik rasa pelik pulak.Bukan pelik apa...maklumlah aku dah agak lama ketinggalan untuk update entry berbanding korang yang tersangatlah rajinya membuat entry baru.Aku sebenarnya bukan malas nak update blog aku ni,cuma perasaan malas disamping kesibokkan tugas membuat aku tiada masa nak buka laptop ni.

Tapi........sempena tahun baru ni aku dah buat keputusan untuk berhijrah juga.Hijrah yang besar bagi aku .Aku dah meletakkan jawatan aku dari tempat kerja dengan alasan aku nak berusaha sendiri pulak.Tak nak terkongkong dibawah telunjuk dia orang lagi.Sekarang ni aku berada di satu daerah di sungau panjang(Binjai patah)untuk memulakan hidup baru.Harap lepas ni hijrah aku diberkati dan aku harap korang doakan aku ye........




Sokongan moral

Salam blogger smua...

Simple.....ini saja post yang dapat aku kongsikan dengan korang smua.Bukan apa,cuma buat buat sibok walaupun nampak tak berapa sibok....tapi hakikatnya memang sibok pun.Bukan sibok apa pun ,cuma sekarang ni aku tengah menyebok nak cari makan di alam maya.hehehe.....Tapi tak pe lah,aku nak share sikit dengan korang apa yang buat aku sibok sangat ni.




Ha....ni lah bendanya yang buat aku sibok sangat.Ni baru dia punya mukadimah saja, kepala dah pening semacam.Tiap tiap malam aku tido lewat semata mata nak siapkan dia punya rumah.(minisite).Bukan nak mengadu atau mengeluh sebab itu bukan sikap aku.Bagi aku sekali melangkah aku akan tetap teruskan walau orang nak kata apa.Harap harap korang bagilah sokongan sikit pada aku yang baru nak berjinak jinak dengan dunia e-book ni ye.......nanti adalah anugerah penghargaan untuk korang. 

Hampir siap....

Salam blogger smua...

Pagi ni bila aku jengok blog aku baru aku sedar yang aku dah lama tak update aku punya blog.Patutlah sep je.Sesekali tu bila aku jengok pada site visitor incoming tu,memang tak de perubahan kecuali yang dari johor baharu ada juga sesekali jengok blog ni.Terima kasehlah ye pada E.U.



Sebenarnya aku sekarang tengah sibok betul dengan minisite aku ni.Dah hampir 2 minggu tak kira siang malam aku mengadap laptop pasal benda ni je.Sebenarnya aku tengah bina minisite untuk aku terbitkan ebook yang aku tulis beberapa bulan lalu.Mulanya memang pening nak bina minisite ni,tapi lam kelamaan seronok pulak dan sekarang dah hampir 80% siap.

aku paling minat.....

Salam blogger smua....

Rasanya belum terlambat untuk aku ucap selamat hari raya aidil adha  kepada korang semua semuga korang ceria dan happy selalu dihari raya korban ni.....jangan ada yang terkorban pulak ye.Doaku semuga korang sentiasa berhati hati terutama ketika memandu kemderaan dijalan raya.Korang tau lah....kenderaan kita ni akan sentiasa taat kepada kita dan taat juga kepada nafsu pemanduan kita.Jadi berhati hati lah.....

Apa juadah raya korang tahun ni....conform daging korban kan.Mungkin masa ini lah banyak menu menu masakan daging yang tercipta.Makangnya aku ni kurang minat sikit makan daging lembu ni.Apalagi kalau dibuat sup...........
Nasib baiklah bini aku ni jenis rajin pulak buat kek.Kadang untuk tempahan,kadang makan sendiri.Tapi menu kek raya ni pelik pulak aku tengok,berbelang belang.Mulanya aku tak nak rasa.....tapi tak boleh tahan cuba rasa sikit....sudahnya.....hehehe.Sedap pulak.





Inilah makanan selingan aku pagi petang siang malam......

Aku paling minat ....

Salam blogger smua...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidil Adha kepada semua rakan rakan blogger dan bukan blogger juga .Doa ku semuga kalian sentiasa ceria dihari raya korban ini....jangan ada yang terkorban pulak ye,semuga berhati hati kalian ketika memandu kenderaan yang sentiasa taat mengikut nafsu pemanduan kita.Oh ya..apa menu juadah korang raya ni,.....conform daging korban punya.Malangnya aku tak berminat sangat makan daging lembu ni,lebih lebih lagi kalu sup daging.......aaaaarrggg.

Raya ni aku lebih banyak melayan selera aku dengan makan makanan yang simple mimple ni...senang nak makan ,tak panyah kunyah terus telan je pun boleh.Nasib baiklah bini aku faham selera aku ...kalau tak ......hehehe.Korang nak kata apa tu....Inilah makanan kegemaran aku..kek yang berbelang belang ni

Gayat

Salam blogger smua.....

Korang ada tak perasaan gayat bila berada tempat yang tinggi.Aku sendiri pun gayat juga,tak payah tinggi tinggilah, panjat bumbung rumah dan bila pandang bawah pun dah gayat gila.Perasaan tu timbul  bagaikan memberi satu amaran terakhir atau isyarat kepada otak kita agar berhati hati atau menjauhi tempat tempat yang begitu.Tapi betulkan perasaan gayat dalam diri kita itu boleh dibuang .Bagaimana..?Adakah dengan cara membiasakan diri berada ditempat tempat tinggi boleh mengatasi masalah ini. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.Kadang bila tengok bangunan bangunan tinggi bagai nak mencecah langit tu....pencakar langitlah......aku terfikir juga bagaimana perasaan orang orang yang berada atau berkerja  ditingkat paling atas sekali,tak gayat kah diaorang?atau sudah biasa.Aku ingin tanya korang,apa perasaan korang bila berdiri ditepi bangunan yang hanya berdindingkan cermin sahaja.Tak payah tinggi tinggi...cukup berada ditingkat tujuh atau korang tengok gambar ni dan bayangkan korang sendiri yang berada di situ.Ada tak terdetik perasaan gayat....jom layan

Gayat

hello....hello.....hello

salam blogger smua....

sepandai mana,sehebat mana sesorang itu pastinya terselit sedikit sifat kekurangannya.itu adalah salah satu sifat semula jadi manusia dan kita kena terima yang manusia ini bersifat serba kekurangan.Tak kisah lah kekurangan dari segi apa pun.Tak kiralah ko berpangkat besar mana pastinya ko akan ada kekurangan yang tanpa ko sedari....
Cuba layan gambar ni......



korang jangan gelakkan dia pulak....kecik hati dia

blog aku dah ok.....hohoho

salam blogger smua....

                                                                             i am happy now....

tak dapat hisap pegang pun jadi la....

salam blogger smua...

kata orang kalau dah rindu pada seseorang dapat tengok bumbung rumah dia pun jadilah.........hehehe...dah angau lah tu.Ayat tu seumpama bidalan tapi aku tak pernah jumpa pun ayat tu dalam mana mana kamus bidalan mahupun peribahasa.Tak kisahlah yang penting korang paham apa maksud yang tersurat dan tersirat disebalik bidalan itu.Ia juga ada kena mengena dengan apa yang nak aku perkatakan disini terutama kepada bekas bekas perokok tegar yang bermati matian dalam usaha untuk berhenti dari tabiat merokok.Nasihat aku kalau korang  terjumpa peralatan seperti dalam gambar ini, cepat cepatlah korang jauhkan diri sebelum korang  terjebak semula diarena perokok...


ballpen yang menyerupai rokok .......du...ga...an

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian