Salam...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA
Salam...
KORANG PERASAN TAK
Salam dan selamat berpuasa semua.....
Sebenarnya entry aku ni simple je untuk korang.Aku tau bulan puasa ni korang kalau baca panjang berjela pun korang tak larat nak habiskan kan.....jadi aku singkatkan sesingkat yang boleh.Sebenarnya persoalan ni dah bersarang lama dalam kepala aku cuma petang ni je aku sempat postkan entry ni .Waktu ni aku betul betul free ....tunggu waktu buka je ni.Persoalan aku sekarang ,apabila korang buka blog korang punya sendiri,apa yang korang harapkan dan apa yang mula mula korang perhati dalam blog tu.Ada tak korang perasan perubahan pada diri korang.Tentu masing masing ada pendapat sendirikan.Kadang kala aku sendiri merasa pelik ,semenjak aku ada blog sendiri ni ,rasanya kalau sehari tak tengok blog ,semacam ada sesuatu yang tak cukup dalam rutin seharian aku.Dapat tengok sekejap pun dah memadai....macam jadi ketagih pulak..Agaknya korang pun sama kot.....
Itu je aku nak tanya.......oklah sekarang dah pukul 7.08pm,aku nak pi bazar jalan jalan beli makan......
BAIYA...SAYA PUN MAU HARI RAYA JUGAK
Walaupun mereka warga asing,tetapi kita sebagai orang islam janganlah ambil kesempatan sebegini.Kesian pada mereka lebih lebih lagi hari raya semakin hampir dan mereka ada keluarga yang perlu digembirakan sebagaimana kita sendiri mengharapkan kegembiraan pada keluarga kita dihari raya nanti.Kalau dah tak boleh tahan nak merompak pun tunggulah lepas habis raya nanti,korang nak rompak sampai seluar dalam pun orang tak kesah.........
myMetro | 5 konstabel polis rompak 16 warga Bangladesh didakwa
myMetro | 5 konstabel polis rompak 16 warga Bangladesh didakwa
BAIK PULIH CYLINDERHEAD
Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, cylinder head merupakan salah satu dari beberapa bahagian enjin yang bila sampai masanya ia perlu untuk dibaik pulih.Ada kalanya belum tiba masanya pun ia terpaksa dibaik pulih bila keadaan memaksa.Yang dimaksudkan keadaan memaksa itu ialah bilamana ia mengalami kerosakkan akibat kecuaian kita sendiri.Kebiasaanya sesebuah cylinderhead perlu untuk dibaik pulih atas beberapa sebab tertentu,diantaranya
- Terlalu lama tidak diservis
- Kuasa pada enjin semakin berkurangan.
- Penggunaan bahan api semakin bertambah.
- Berlakunya overheatting.
- Tangki radiator sering kekurangan air
- Timing belt putus
- Valve dan seat sudah terlalu uzur
- Asap putih sentiasa keluar dari saluran exzoz
- Penggantian valve seal.
Cylinder head yang terlalu lama tidak pernah diservis akan menyebabkan kuasa sesebuah enjin semakin berkurangan akibat dari karbon karbon yang melekat pada tempat tempat yang tidak sepatutnya seperti pada valve,valve seat,plug ,ruang pembakaran dan saluran exzoz.Sekiranya dibiarkan ia akan semakin menebal dan saluran yang dahulunya luas akan menjadi mengecil atau tersumbat.Dengan melakukan servis, karbaon karbon yang melekat tadi akan dibersihkan dan baik pulih valve dan valve seat akan dilakukan semula.
Kuasa enjin semakin berkurangan akibat berlakunya kebocoran pada kedudukkan antara valve dan valve seat.Kerana telah lama ia berfungsi,kedudukan valve akan menjadi tidak stabil lagi kerana tetapnya kedudukan valve adalah bergantung pada keadaan valve guide atau valve sleave.Valve guide berfungsi sebagai panduan atau pemegang kepada valve agar ia berkedudukkan tetap.Sekiranya valve guide telah longgar,ia akan menyebabkan valve bergerak turun naik dalam keadaan tidak menentu dan hanya mengikut daya tarikan spring .
Penggunaan bahan api semakin bertambah
Ini adalah disebabkan perkara perkara yang telah saya sebutkan diatas dimana penggunaan bahan api akan semakin kuat atau bertambah tetapi enjin tiada daya kuasa yang cukup sepertimana sebelumnya.Mungkin anda pernah mengalaminya sendiri.Kebiasaanya bila anda pergi kesuatu tempat seperti balik kampong,anda hanya menggunakan kos untuk mengisi minyak sebanyak rm30.00,tetapi kali ini rm30.00 tidak mencukupi sedangkan tempat yang dituju adalah tempat yang sama.Harga minyak naik...mungkin itu satu sebab sebagai alasan,namun hakikatnya hanya anda sendiri yang tahu.
Overheatting adalah masalah yang paling banyak mendatang kerosakkan pada sesebuah cylinder head.Ia akan melibatkan kos yang agak tinggi untuk memperbaikinya bergantung pada tahap kerosakkannya.Sekiranya cylinderhead mengalami overheatting,ia akan dihantar ke pusat baikpulih untuk menjalani beberapa proses sebelum ia boleh digunakan semula atau anda terpaksa menggantikan kepada cylinder head yang baru atau secondhand sekiranya ia tidak boleh digunakan lagi disebabkan ia mengalami keretakkan atau maksimum limit ketika proses skimmimg dilakukan.
Sering kekurangan air
Sekiranya anda terpaksa memeriksa kandungan air dalam tangki radiator setiap hari atau ketika ingin memulakan perjalanan,tentu ianya satu rutin yang membosankan.Lebih lebih lagi bila menghadapi jalan yang sesak,hati semakin risau bila melihat pada jarum meter temperature yang semakin lama semakin naik .Hendak atau tidak anda terpaksa berhenti ditepi jalan untuk menyejukkannya semula.Tahukah anda ini adalah salah satu dari tanda tanda yang cylinder head anda menghadapi masalah.Mungkin ia telah melengkung dan tekanan air yang panas akan mencari ruang untuk keluar melalui gasket yang mungkin telah rosak akibat dari cylinder head yang melengkung tadi.Sebab sebab lain mungkin ada kebocoran kecil dibeberapa bahagian lain yang telah rosak seperti gasket Waterpump atau mana mana yang kita tidak perasan.Mungkin pada host pipe,water jaket atau radiator cap.
Timing belt putus
Timing belt mempunyai tempoh jangka hayat yang telah ditetapkan dan kita perlu menggantikan yang baru apabila sampai waktunya.Tetapi bagaimana jika belum sampai waktunya ia telah putus.Bagi cylinder head yang pernah mengalami overheatting,walaupun telah membuat proses baik pulih tetapi dibahagian tempat duduk camshaft ia tidak diberi perhatian lansung.Setelah ianya siap dibaik pulih camshaft akan terus dipasang tanpa memeriksa terlebih dahulu samaada ia boleh berpusing atau tidak.Kebiasaanya sekiranya cylinderhead melengkung ,camshaft akan menjadi ketat untuk berpusing dan secara tidak lansung timing belt akan menanggung beban yang lebih untuk memusingkan camshaft tadi.Ini akan menyebabkan hayatnya menjadi lebih singkat dari yang telah ditetapkan.
Valve dan seat sudah terlalu uzur
Valve dan seat adalah sepasang,sekiranya salah satu menghadapi masalah yang satu lagi akan menerima kesannya.Sekiranya seat telah lama digunakan ia akan menjadi semakin rendah atau tenggelam dan valve pula akan menjadi semakin lekuk.Bila proses pemotongan dilakukan ianya akan bertambah rendah dan ini akan menyebabkan tekanan ruang pembakaran semakin besar.Satu masalah lagi dimana ini akan menyebabkan kerosakkan pada bahagian lain seperti piston dan liner ialah tekanan spring untuk valve akan menjadi semakin kurang dimana spring tidak dapat memberi tekanan yang cukup untuk menekan kekunci/valve retainer.Ini akan menyebabkan valve terlepas dari spring dan terjatuh kedalam ruang pembakaran .Anda tentu dapat membayangkan kesannya.
Asap putih
Kadangkala kita ada melihat kereta yang keluar asap putih dibahagian saluran ekzoz mengalahkan lori atau bas yang menggunakan diesel.Kadangkala adajuga asap yang hitam.Ini nergantung pada kerosakkan jenis apa yang dialami.Bagi kenderaan ringan seperti kereta ,asap putih yang keluar tidaklah merisaukan sangat,cuma kena rajin rajinlah periksa minyak enjin,takut kering pula sebab sedikit demi sedikit ia habis melalui ruang pembakaran .Sebabnya valve guide dan valve seal telah rosak dan perlu diganti.
Penggantian valve seal
Valve seal berfungsi sebagai penghalang minyak enjin daripada memasuki ruang pembakaran yang boleh menyebabkan pelepasan asap putih.Ia ada yang murah dan ada yang mahal harganya.Kalau yang murah ia disertakan sekali semasa pembelian gasket untuk top overhaul.Kelebihannya ia murah dan kelemahannya ia tidak tahan lama.Ia akan menjadi keras dan retak dimana ia akan menyebabkan minyak enjin memasuki ruang pembakaran dan terjadilah asap putih yang sentiasa keluar dari saluran exzoz.
Baca lagi :PROSES BAIK PULIH CYLINDERHEAD
Langgan:
Catatan (Atom)
Wikipedia
Hasil carian

















